Saturday, July 30, 2022

Piket! Jika gaji X naik sebelum PRU. & Umno, Bersatu bantu PAS.

 

Gambar hiasan

1. CUEPACS akan piket jika gaji penjawat awam tak naik sebelum PRU.

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil. 

"Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam," katanya seperti dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat

Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

Minggu lalu, CUEPACS menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Adnan berkata, cadangan lain termasuk:

• pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam;

• dua kenaikan setiap tahun;

• sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama;

• elaun pelbagai tugas;

• elaun batik dan pakaian kebangsaan;

• mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera;

• tiada pelupusan jawatan yang tidak diisi selama dua tahun seperti yang terkandung dalam pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini sebagai langkah penjimatan kos; dan

• menamakan semula jawatan pembantu tadbir kepada pegawai perkeranian, seperti sebelum ini.

Beliau berkata, struktur gaji semasa penjawat awam sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan zaman semasa. (BH)


2. Kerjasama Umno, Bersatu bantu PAS tadbir Kedah 

ALOR SETAR: PAS Kedah tetap komited dengan gagasan perpaduan ummah bersama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) tanpa mengabaikan kedudukan masyarakat majmuk.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Dato’ Ahmad Yahaya berkata, ada pihak silap faham kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenainya kemampuan PAS Kedah mentadbir negeri secara sendirian.  

Katanya, kenyataan itu bukan bermaksud PAS tidak lagi memerlukan rakan-rakan muafakat lain.

“Kenyataan Tok Guru sebenarnya mahu merujuk kepada prestasi cemerlang yang ditunjukkan PAS Kedah.

“Jadi beliau melahirkan keyakinannya kepada keupayaan PAS Kedah untuk mencapai kemenangan dengan lebih baik,” katanya pada kenyataan hari ini.

Pada 23 Julai lalu ketika berucap di Kompleks PAS Kedah, Tuan Guru Abdul Hadi menyebut PAS Kedah mampu mentadbirkan kerajaan negeri secara bersendirian serta mendominasi bersama rakan-rakan lain.

Bagaimanapun ucapan itu dianggap Pengerusi Umno Kedah, Dato’ Seri Jamil Khir sebagai menjawab teka-teki sebelum ini berkenaan pendirian PAS berkaitan MN dan PN.

Ahmad berkata, PAS sentiasa berusaha mengukuhkan perpaduan antara parti-parti politik Melayu dan Islam atas nama perpaduan ummah bagi mengelakkan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

“Kerajaan Kedah sekarang berada dalam keadaan stabil dan terbukti berjaya memacu kejayaan untuk kesejahteraan rakyat. Itu juga kerajaan yang diharapkan rakyat selepas PRU ke-15,” ujar beliau.

Menurutnya juga, semangat serta kerjasama yang ditunjukkan Umno dan Bersatu mentadbir kerajaan negeri bersama PAS menjadikan Kedah terus stabil. 

Bagaimanapun kata beliau,PAS Kedah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan ada rakan muafakat yang hendak bertanding secara solo. – HARAKAHDAILY 26/7/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails