Sunday, July 24, 2022

Halang wanita bujang bekukan sel telur & seksual.

 

Xu ketika bercakap kepada wartawan sebelum perbicaraan mahkamah dalam samannya terhadap hospital Beijing pada 2021. - Foto AFP

1. Mahkamah tolak kes wanita bujang dihalang beku sel telur

BEIJING: Mahkamah Beijing menolak kes seorang wanita yang sebelum ini dihalang daripada membekukan sel telurnya atas alasan beliau belum berkahwin.

Pada 2019, Xu Zaozao, mengambil tindakan undang-undang selepas hospital Beijing enggan membekukan sel telurnya.

Di China, prosedur itu hanya dilakukan terhadap pasangan yang sudah berkahwin dan mengalami masalah kesuburan.

Kesnya mendapat liputan meluas di China, di mana hak wanita kini menjadi isu penting dengan kadar kelahiran menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  

Mahkamah berpendapat bahawa keengganan hospital untuk membekukan sel telurnya adalah tidak menyalahi undang-undang dan tidak melanggar haknya.

Xu, bagaimanapun menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, berkata beliau berjanji akan mengemukakan rayuan.

"Saya tidak akan membenarkan ini berakhir begitu saja.

"Kita tidak boleh menyatakan ini adalah tamparan kepada hak reproduktif untuk wanita yang belum berkahwin. Ini mungkin hanya halangan sementara," katanya.

Xu, yang ketika kejadian berusia 30 tahun dimaklumkan oleh hospital pada 2018 bahawa prosedur itu hanya dapat dilakukan ke atas wanita yang tidak boleh hamil secara semula jadi dan bukannya pesakit yang sihat.

Selain risiko berkaitan dengan pengambilan telur, hospital itu juga menyatakan bahawa kehamilan seterusnya lebih berisiko untuk ibu dan anak selain memaklumkan mengenai kesukaran yang dihadapi oleh ibu tunggal.

Perkembangan ekonomi mendorong lebih ramai wanita di China untuk memasuki alam pekerjaan sejak beberapa dekad kebelakangan ini menyebabkan ramai yang memilih untuk berkahwin lewat.

Bagaimanapun, ramai yang menghadapi tekanan hebat daripada ibu bapa untuk berkahwin dan mempunyai anak selepas umur 30 tahun. - AFP


2. China gubal peraturan baharu perlindungan gangguan seksual Disember 21, 2021 @ 11:17am  

Gambar hiasan

BEIJING: Badan penggubal undang-undang tertinggi China membahaskan undang-undang untuk memberi lebih perlindungan kepada wanita terhadap diskriminasi jantina dan gangguan seksual di tempat kerja.

Menurut media kerajaan, peraturan itu turut menggariskan definisi yang lebih jelas mengenai tingkah laku tidak wajar membabitkan gangguan seksual.

Rangkaian televisyen negara itu, CCTV melaporkan jawatankuasa tetap parlimen negara itu, Kongres Rakyat Kebangsaan, membincangkan draf pindaan Undang-Undang Perlindungan Hak dan Kepentingan Wanita.

Langkah itu dibuat ketika China meneroka cara mengekalkan tenaga buruh ketika populasinya menunjukkan penurunan dan selepas aktivis meminta kesaksamaan jantina yang dituntut melalui gerakan #MeToo.

China menduduki tempat ke-107 dalam kalangan 153 negara dalam ranking tahunan Forum Ekonomi Dunia mengenai kesaksamaan jantina global.

Lelaki mendominasi jawatan tertinggi dalam politik dan perniagaan.

Satu perempat daripada Parlimen China dianggotai wanita dan hanya ada seorang wanita dalam 25 anggota Biro Politik Parti Komunis China.

Di bawah peraturan baharu itu, majikan tidak akan dibenarkan bertanya kepada pemohon pekerjaan wanita jika mereka berhasrat untuk berkahwin atau hamil, atau meminta mereka menjalani ujian kehamilan, kata CCTV.

CCTV adalah sebahagian daripada jabatan publisiti kerajaan China yang menjadi saluran rasmi untuk parti dan kerajaan mengeluarkan maklumat.

Namun, ia tidak mengulas lanjut mengenai undang-undang yang dicadangkan itu.

Dalam masa yang sama masih tidak jelas bila undang-undang itu boleh diluluskan, lapor agensi berita CNA.

Perbincangan itu dijangka berterusan sehingga Jumaat dan draf itu mungkin tidak akan diundi sebelum itu.

Mengikut peraturan baharu itu, majikan didapati melanggar undang-undang jika mereka menyekat kakitangan wanita daripada berkahwin atau mempunyai anak, atau jika mereka secara jelas mengutamakan calon lelaki berbanding wanita.

Dalam takrifan paling jelas mengenai gangguan seksual di China, draf pindaan menetapkan adalah menyalahi undang-undang untuk merendahkan wanita menggunakan ungkapan lisan dengan nada seksual, tingkah laku badan yang tidak sesuai atau tidak perlu, imej seksual yang eksplisit atau membayangkan faedah sebagai pertukaran untuk hubungan intim atau seks.

Pergerakan #MeToo China digerakkan pada 2018 apabila seorang pelajar kolej di Beijing secara terbuka menuduh profesornya melakukan gangguan seksual.

Gerakan itu mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan, media dan industri lain namun kurang mendapat sambutan apabila mahkamah pada September lalu tidak memihak kepada plaintif dalam kes gangguan seksual berprofil tinggi itu. - AGENSI


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China &Kung Fu Fighting

Most Beautiful Nasheed in Arabic For Chinese Muslims ᴴᴰ┇Muslims in China Promote islamic Culture




Chinese Man Throws Bicycle at Thieves on Scooter!


Carl Douglas Kung Fu Fighting (Original Music Video)


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails