Wednesday, July 27, 2022

Mat Kilau, Kejuaraan Pencak Silat Dunia. & lagi mabuk punya hal..

 

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (duduk dua, kiri) bersama barisan tetamu jemputan menyaksikan perarakan masuk kontinjen pesilat negara pada Majlis Perasmian Pembukaan Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini. - Foto BERNAMA

1. Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia

MELAKA, 26 Julai (Bernama) – Kemunculan watak utama filem 'Mat Kilau' lakonan Datuk Adi Putra menghangatkan upacara pembukaan Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19, malam ini.

Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian dalam pertandingan selama lima hari bermula esok.

Lontaran monolog Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim yang dipetik menerusi filem Mat Kilau itu disampaikan dengan penuh bersemangat sejurus upacara perasmian dilakukan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Terdahulu, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata silat memainkan peranan besar dalam memastikan budaya anak bangsa ini dapat dikenali di seluruh dunia.

Beliau berkata kejuaraan berprestij itu merupakan platform terbaik mempromosi budaya Melayu Nusantara dengan dunia luar dengan ratusan ribu ahlinya di benua Eropah, Asia Tengah, Asia Timur dan Afrika.

Dalam pada itu, majlis perasmian turut dimeriahkan dengan demontrasi silat oleh para peserta serta kehadiran bekas juara dunia yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam kejohanan itu.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), Prabowo Subianto berkata, menjadi harapan badan induk sukan itu untuk membawa pencak silat ke arena Sukan Olimpik pada masa akan datang.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Penasihat Kehormat PESAKA, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM,) Tan Sri Norza Zakaria. – BERNAMA


2. Lagi mabuk punya hal, 28 maut di Gujarat. 

A man is shifted on a stretcher upon arriving in an ambulance at the Civil Hospital in Ahmedabad on July 26, 2022, after suffering health problems due to consuming bootleg liquor. (Photo by SAM PANTHAKY / AFP)

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 28 orang maut di negeri Gujarat di barat India selepas meminum arak tiruan, kata polis hari ini.

Menurut media tempatan, minuman mengandungi 'methyl alcohol' itu meragut nyawa 22 mangsa dari pelbagai kampung di daerah Botad selain mangsa dari Ahmedabad.

"Analisis forensik mengesahkan kesemua yang maut mengambil 'methyl alcohol'. Kami sudah menahan 14 individu atas tuduhan membunuh dan beberapa kesalahan lain," menurut satu laporan yang memetik Ketua Pengarah Polis (DGP) negeri, Ashish Bhatia.

Kerajaan negeri mengarahkan siasatan berhubung tragedi itu.

Kematian akibat minum arak haram sering berlaku di seluruh India kerana peminum yang sering membeli minuman keras buatan sendiri disebabkan larangan tempatan atau harganya yang murah. - BERNAMA


Hibu Hibur Sikit

H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.


Waris - Lagu Bola (Official Music Video)

WARIS - This Is Pilah (Official Lyric Video)
IWAN FALS - SEPAKBOLA

Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)

Ilmu Silat juga termasuk kegiatan sukan yang baik)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails