Monday, July 25, 2022

Ini kampung belum ada letrik. & Jom PAS, Umno, BERSATU

 


1. Kampung Mukandot belum ada bekalan elektrik

KALABAKAN: Kampung Mukandot Luasong sudah wujud hampir 30 tahun lalu, namun belum terdapat bekalan elektrik dan air seperti di kampung-kampung lain di Sabah.

Ketua Komuniti Kampung Mukandot, Junari Sapari berkata, kampung tersebut sebelum ini dikenali sebagai Kampung Luasong Darat terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar Tawau.

“Terdapat kira-kira 260 penduduk daripada 73 keluarga yang tinggal di kampung ini sekarang,” katanya pada program Kita Bersaudara peringkat Negeri Sabah yang diadakan di sini kelmarin.

Program tersebut dirasmikan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Senator Nuridah Mohd Salleh.

Turut hadir Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr Najihahtussalehah Ahmad, Pengerusi Lajlnah Perpaduan Nasional Salmah Abdul Latiff, Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah Norsah Bongsu, Yang Dipertua PAS Kalabakan Ahmad Dullah dan Yang Dipertua PAS Tawau Mohamad Husain.

Program tersebut dianjur Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal (LPTPOA), Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan usahasama Dewan Muslimat PAS Sabah bertujuan mendekati masyarakat Orang Asal terutamanya golongan mualaf.

Sempena program itu sebanyak 70 keluarga penduduk menerima sumbangan keperluan asas dapur.

Ahmad pula berkata, kampung tersebut perlu mendapat perhatian pemimpin untuk menyediakan kemudahan asas termasuk telaga wakaf bagi kemudahan penduduk tempatan.

Nuridah turut melahirkan perasaan sebak melihat keadaan masyarakat yang belum terbela tinggal di pedalaman Sabah.

“Saya merasa bersalah selaku ahli Dewan Negara jika tidak dapat membantu masyarakat kerana mereka berhak mendapat keperluan asas yang lebih baik.

“Insya-Allah saya akan berusaha membawa suara penduduk tempatan di sini kepada kerajaan untuk membolehkan mereka menikmati kemudahan seperti penduduk di tempat lain,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/7/2022

2. PAS, Umno, BERSATU Sungai Besar serlah kesatuan 

SUNGAI BESAR: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Sungai Besar Kali Ke-19 telah berlangsung dengan penuh semangat penyatuan ummah pada majlis di Pusat Tarbiyyah Darussalam, Simpang Lima, di sini semalam.

Majlis perasmian mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Setiausaha PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir dengan turut dihadiri sama pimpinan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Sejarah tercipta pada majlis ini yang menyaksikan kehadiran Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Dato’ Seri Jamal Md Yunos dan Pemangku Pengerusi BERSATU Sungai Besar, Mohd Ashraf Basri.

Yang Dipertua PAS Sungai Besar, Ustaz Mohd Fadzin Taslimin dalam ucapannya berasa sebak dan menitiskan air mata menyaksikan peristiwa bersejarah itu berlaku setelah hampir 40 tahun menerajui jawatan itu. 

Beliau dalam ucapannya itu menyeru agar perpaduan ummah yang telah terjalin sesama parti Melayu-Islam itu terus dapat dipertahankan demi kepentingan agama dan bangsa serta generasi masa depan.

Roslan Shahir juga dalam ucapannya senada berharap perpaduan ummah ini dapat terus direalisasikan demi kesejahteraan umat dan seterusnya dalam menghadapi PRU15 nanti berhadapan Pakatan Harapan secara bersepadu.

Mesyuarat agung kali ini melibatkan 32 PAS Cawangan dan 142 orang perwakilan di mana antara perkara diberi perbahasan adalah melibatkan semakan yuran keahlian PAS, namun tiada sebarang usul yang diluluskan.

Ustaz Mohd Fadzin dalam ucapan penangguhannya berharap semua ahli PAS terus istiqomah membantu perjuangan ini memartabatkan Islam tanpa memiliki sikap keakuan atau mementingkan diri sesama ahli.

“Kita jangan bersikap, akulah yang banyak memberi sumbangan kepada PAS. Sebaliknya partilah yang menyebabkan kita di kenali ramai,” nasihat beliau.

Turut hadir sama semasa majlis perasmian adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Umno dan BERSATU Sungai Besar. – HARAKAHDAILY 25/7/2022


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, ada kampung yang masih belum ada letrik. Dan jom sama-sama PAS, Umno, BERSATU terjun membantu rakyat!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails