Saturday, June 18, 2022

Ini, rancangan masa depan M'sia -PAS.... & India terkini

 

1. PAS ada rancangan masa depan untuk Malaysia

KUALA LUMPUR: PAS satu-satunya parti di negara ini yang mempunyai perancangan masa depan untuk Malaysia yang digariskan menerusi dokumen lengkap Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051).

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menegaskan, tiada parti lain memiliki ‘blueprint’ dan ‘roadmap’ sekemas itu meliputi segenap aspek.

“Dokumen lengkap untuk baiki dan pulih negara Malaysia ini dalam 30 tahun, terperinci dalam segenap aspek. Ini kelebihan yang menunjukkan jauhnya pemikiran, pandangan dan perancangan PAS,” ujarnya turut memberitahu beberapa lagi selain itu. 

Parti lain katanya, sekadar memiliki manifesto PRU itupun hanya untuk sepenggal atau 5 tahun, serta pengurusan belanjawan bagi satu tahun, selain Rancangan Malaysia (RMK) yang cuma dalam 5 tahun juga.

Untuk rekod, PAS juga mempunyai Dokumen Hijau berkait penyelesaian ekonomi, selain pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), serta dokumen dasar sektor, termasuk idea seperti Kerajaan Teknokrat serta Gagasan Sejahtera.

Perkara itu diucapkannya dalam Majlis Ceramah Perdana dan Penyerahan Borang Masuk PAS anjuran PAS Kawasan Besut di Padang Futsal Padang Luas Dalam di Besut, 15 Jun baru-baru ini.

Menurut beliau, orang ramai sebenarnya menaruh harapan yang tinggi kepada PAS terutama sejak parti itu menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan pada ketika ini.

“Sebab itu hari ini bila kita (PAS) duduk Putrajaya, walaupun hanya ada tiga Menteri dan lima Timbalan Menteri, tetapi sebahagian orang anggap macam PAS (mengetuai) pemerintahan Malaysia. Sebab sikit-sikit tanya PAS buat (tindakan) apa (sesuatu isu)?. 

“Mana PAS dok kecek (menyuarakan) selama ini? Anggap supo(seperti) kita (mengetuai) memerintah. Antaranya harapan orang kepada PAS besar, mereka harap kita boleh buat dan laksana cita-cita Islam. Tetapi kita (hanya) ada 18 kerusi (Parlimen).

“Jadi nak lihat PAS boleh perintah dengan baik dan asas negara ini berdasarkan Islam, (maka) kena sokong PAS dan beri peluang lebih banyak (menang kerusi Parlimen),” ujar beliau menyifatkan kini adalah ‘zaman PAS’ merujuk kepada parti itu kini berada di puncak persada politik tanah air.

Beliau optimis PRU15 nanti PAS akan kekal memerintah kerajaan negeri ditadbir, serta menambah kerusi DUN dan menang bertapak lebih kukuh di Putrajaya dengan menjadi komponen yang kuat dalam Kerajaan Persekutuan.

Ketika itu katanya, PAS boleh melaksanakan banyak cita-cita dan hasrat Islam yang diharapkan rakyat kepada parti ini sebagaimana telah usaha diperjuang untuk dimartabatkan selama ini.

PAS pilihan terbaik

PAS yang dipimpin manusia bagaimanapun diakui beliau, tidak lari dari kesilapan, kelemahan dan kekurangan, namun satu-satunya parti yang melaksanakan dasar Islam dalam pemerintahan.

Jelasnya, perubahan tidak akan berlaku segera dalam sepenggal, sebagaimana di Kelantan yang sudah lebih 30 tahun PAS menuntun pelaksanaan Islam yang disusun bersama perjalanan masa kerana melibatkan usaha merubah manusia.

Terang Mohd Amar, mengubah manusia adalah tidak mudah sebagaimana kerencaman yang dapat dihayati dari sirah Rasulullah SAW melibatkan para Sahabat RA dan rakyat pelbagai kabilah serta agama.

Apatah lagi sebutnya, usaha mempertahankan kemenangan lebih sukar berbanding untuk menang, selain perlu berdepan realiti masyarakat majmuk, namun boleh dicapai dengan izin Allah menerusi keazaman dan perancangan.

Oleh itu peringat beliau, walaupun wujud rasa tidak puas hati terhadap PAS, tetapi menukar parti ini dengan pilihan yang lain bukan menyelesaikan kepada masalah sedia dihadapi dalam banyak hal.

“Walaupun tiada pembangunan besar dan hebat (dibawa PAS), tapi (parti ini) juruh (baik). Orang (perempuan) nak pilih tok laki (suami), mana nak, kaya ke juruh?” ujarnya melontar pertanyaan kepada hadirin. 

Pemerintahan PAS katanya, terbukti dengan rekod bersih tanpa terbabit rasuah di mana dalam aspek pengajian sains politik ianya menjadi nilai terpenting bagi sesebuah kerajaan yang diberi mandat.

“Orang tak nilai pembangunan atau kemajuan kebendaan sahaja. Tetapi bersih atau disebut berintegriti, ada ‘good governance’. Kita (PAS) memerintah, kalah dan menang semula, tak (berlaku) khianat rakyat, tak ambil harta rakyat,” ujarnya.

Beliau menyeru rakyat supaya tidak mabuk dengan melihat perkara lahiriah semata-mata dalam menilai PAS sebagai kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta sebahagian Persekutuan ketika ini.

Nasihatnya juga agar rakyat tidak terikut-ikut secara mudah untuk menukar kerajaan bersih, prihatin dan menjaga rakyat sedia ada kepada kepimpinan yang buruk dan bermasalah.

Dato’ Amar memetik kisah pengajaran dari sikap Bani Israil yang setelah diselamatkan dari kezaliman kerajaan Firaun oleh Allah SWT dengan mengikuti Nabi Musa AS, namun mendesak pelbagai tuntutan lagi.

“Umno dulu perintah lebih 60 tahun. Orang tahu dah segalanya mengenai Umno. Jumpa tahi tengah jalanpun orang kenal itu tahi Umno. Mari PH (Pakatan Harapan) Allah tunjukkan (di sebalik dan hakikat sebenar mereka). Janjikan macam-macam akhirnya kata ‘manifesto bukan kitab suci’. 

“Lihat rekod Umno baik pada presiden mahupun bekas presiden. Nak sebut orang tahu belaka, puluhan tuduhan di mahkamah. Dah sabit kesalahan dan ada di peringkat Mahkamah Rayuan. 

“Bukan kes beberapa ringgit atau curi nasi kerabu, tetapi (melibatkan salah guna) berbilion. PH pun sama, cakap antirasuah, tapi pemimpin PH pun ada kes rasuah dan ke mahkamah. 

“Jadi, buat pilihan yang ada – PN (Perikatan Nasional). Tak kan nak beri balik ke Umno? Kita tahu dah dia perintah macamana. PH lagu tu juga setara mana. Sepatutnya lebih 60 tahun Umno perintah Malaysia dan PH 22 bulan perintah Malaysia kita boleh nampak dah,” bidasnya.

PAS berubah ‘kluk klek‘?

Akui ADUN Panchor itu lagi, ada orang mempertikaikan PAS kerana didakwa berubah-ubah di mana dahulunya baik dengan Umno, kemudian berbalah, tetapi setelah itu berbaik kembali.

“(Dulu) Balah dengan DAP, lepas tu baik, lepas tu balah pula, kenapa? Biasa la (dalam hubungan) orang nikah pun bercerai, orang bercerai (lepas itu) menikah. Kenapa nikah, kenapa bercerai? Mesti ada sebab. 

“Nabi sendiri ada masa berhubungan, ada masa berperang. Pindah (Hijrah) ke Madinah berbaik berpakat dengan Yahudi Bani Quraizah, Bani Nadir, Bani Qainuqa’. Lepas tu perang hingga hambat keluar semua Yahudi dari Madinah,” ujarnya.

Jelas beliau, PAS membuat banyak perubahan hanya pada pendekatan atau strategi atau kaedah mengikut keperluan semasa dan tujuan tetapi semata-mata demi kepentingan Islam.

Beliau memberi contoh orang dari Jerteh mahu ke Kota Bharu di mana boleh menggunakan pelbagai jalan sama ada melalui Pasir Putih, Machang, Besut atau Kenyir yang dipilih atas keperluan tertentu, namun tetap sampai kepada tujuan atau destinasi.

Namun tegas Dato’ Amar, PAS sejak ditubuhkan rasmi tahun 1951 tidak pernah berubah dasar dan matlamat perjuangannya iaitu Islam serta rujukan PAS adalah al-Quran, al-hadis, ijmak dan qiyas.

Tujuan-tujuan PAS terangnya, adalah untuk mewujudkan sebuah pemerintahan dan keadaan di mana masyarakatnya hidup dengan Islam dan hukum hakam Allah dilaksanakan. berjalan. 

“Sejak mula sampai hari ni tak berubah. Yang nampak berubah hanya pendekatan, strategi, kaedah.  Semua tindakan-tindakan politik kita ambil untuk kepentingan Islam. Tapi orang kata PAS gila kuasa dan ‘kluk klek‘. 

“Sedangkan sejarah penurunan al-Quran pun ada nasakh dan mansukh. Quran pun ada mansuh ayat dan hukum,” fahamkan beliau mengenai perubahan dilakukan kerana ‘maslahah’ selagi tidak bercanggah syarak.

Menurutnya, walaupun adakala keputusan PAS tidak disenangi ahli sendiri, mereka perlu faham bahawa semua itu turut dibahas dari aspek hukum Islam yang terkadang adanya darurat. 

Beliau memberi contoh ketika darurat, daging babi yang haram juga dihalalkan makan, namun fekah menetapkan sekadar keperluan untuk hidup menjaga ‘maslahah’ nyawa dan bukannya sehingga kenyang.

Memperluas lagi kefahaman tersebut beliau berkata, begitulah ketika parti mengarahkan supaya undi Perikatan Nasional (PN), maka mesti diberi undi ke situ sebagai strategi biarpun ia ‘tidak hijau’. – HARAKAHDAILY 17/6/2022

Wawasan Induk Negera Sejahtera (WINS) 2051

WINS 2051 merupakan satu model baru yang dicetuskan oleh PAS sebagai panduan asas untuk mentadbir sebuah negara berdasarkan prinsip-prinsip Islam dalam realiti moden. 

2. India kacau-bilau: Rakyat bakar koc kereta api, pejabat BJP  

LUCKNOW: Sikap kejam kerajaan India di bawah pemerintahan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi terhadap umat Islam di negara itu nampaknya  ‘memakan diri sendiri’ apabila ia kini menjadi kacau-bilau susulan siri protes rakyat, terbaharu, tunjuk perasaan yang bertukar ganas, ekoran bantahan orang ramai terhadap sistem baharu pengambilan tentera yang baru diperkenalkan BJP.

Laporan NDTV menyebut bahawa penunjuk perasaan telah bertindak membaling batu ke arah polis dan membakar koc kereta api pada hari ini, Jumaat (17 Jun) ketika tunjuk perasaan pada hari kedua menentang proses pengambilan tentera baharu yang sebelum itu diumumkan BJP.

“Penunjuk perasaan berkumpul semula pada hari ini (Jumaat), membakar koc kereta api di sekurang-kurangnya dua stesen di negeri timur Bihar dan mengganggu kelancaran perkhidmatan kereta api,” ujar pegawai polis di Bihar, Sanjay Singh kepada Reuters.

Tambahnya, penunjuk perasaan telah menyekat operasi kereta api di 10 lokasi pada hari ini (17 Jun) sambil menambah bahawa lebih 100 orang telah ditangkap kerana terbabit dalam protes di seluruh India pada Khamis (16 Jun).

“Penunjuk perasaan juga menyerang rangkaian kereta api di seluruh Bihar sekurang-kurangnya di dua lokasi, merosakkan landasan dan stesen kereta api dan stesen,” ujar kenyataan syarikat kereta api berkenaan. 

Pejabat BJP di Arambagh, Bengal terbakar pada 2 Mei 2022. (FOTO Dailymotion)

Sementara kenyataan pegawai polis Nawada kepada Reuters memberitahu bahawa kumpulan penunjuj perasaan juga telah membakar pejabat BJP di bandar Nawada, menyerang infrastruktur kereta api dan menyekat jalan raya, ketika tunjuk perasaan merebak di beberapa bahagian negara itu.

Sementara pegawai polis, A.R Srinivas memberitahu Reuters bahawa beratus-ratus orang turut berkumpul di bandar selatan Secunderabad melontar batu ke arah polis, sebagai tanda protes yang semakin merebak.

“Mereka juga telah membakar hartanah di stesen kereta api Secunderabad,” ujarnya.

Menurut laporan Reuters lagi, polis di utara India telah melepaskan tembakan ke udara pada Khamis untuk menghentikan tindakan orang ramai yang membaling batu kepada mereka; sementara pihak berkuasa juga menutup operasi  internet mudah alih di sekurang-kurangnya satu daerah untuk mengelakkan keadaan huru-hara daripada melarat, ketika protes semakin meluas terhadap sistem baharu pengambilan tentera di negara itu. 

Penunjuk perasaan membakar koc kereta api di Bihar pada 17 Jun 2022. (FOTO AFP)

BJP pada minggu ini mengumumkan rombakan pengambilan untuk 1.38 juta angkatan bersenjata India, bertujuan untuk menurunkan purata umur kakitangan dan mengurangkan kos perbelanjaan pencen.

Namun bakal tentera yang direkrut, golongan veteran tentera, pemimpin pembangkang dan juga beberapa anggota BJP sendiri telah bangkit menimbulkan keraguan mengenai perkara tersebut.

Di daerah Palwal di utara Haryana, kira-kira 50 kilometer (31 batu) di selatan ibu negara New Delhi, orang ramai membaling batu ke arah rumah pegawai-pegawai kerajaan dan polis yang melindungi bangunan itu melepaskan tembakan untuk menghalang tindakan mereka orang ramai, merujuk rakaman video daripada rakan kongsi ReutersANI

Polis India melepaskan tembakan terhadap orang ramai yang membaling batu di sekurang-kurangnya dua bandar di India ketika orang ramai membantah di seluruh negara atas ucapan anggota BJP yang menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini. ( FOTO AFP)

“Ya, kami telah melepaskan beberapa das tembakan untuk mengawal protes ganas orang ramai,” kata seorang pegawai polis tempatan, yang enggan namanya disiarkan.

Tiada maklumat segera mengenai kemalangan jiwa, sementara Jabatan Penerangan Haryana berkata, kemudahan internet mudah alih digantung buat sementara waktu di daerah Palwal.

Sistem pengambilan baharu tentera yang dikenali sebagai Agnipath atau dalam bahasa Hindi bermaksud, ‘jalan api’  akan membawa masuk calon lelaki dan wanita berumur antara 17 dan 21 tahun untuk tempoh perkhidmatan empat tahun bagi pangkat bukan pegawai, dengan hanya suku daripada mereka dikekalkan untuk tempoh perkhidmatan yang lebih lama.

Sebelum ini, calon tentera direkrut untuk mengisi ke dalam angkatan tentera darat, tentera laut dan tentera udara secara berasingan dan biasanya bagi tempoh perkhidmatan sehingga 17 tahun untuk pangkat paling rendah.  

Kekejaman polis memukul sekumpulan lelaki Muslim yang ditahan di penjara pada 16 Jun 2022 menambahkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan BJP yang memerintah India ketika ini. (FOTO BBC)

Tempoh yang lebih singkat telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan bakal tentera yang direkrut di India.

“Ke mana kita akan pergi selepas bekerja selama empat tahun sahaja?” soal seorang pemuda, dikelilingi oleh rakan-rakan penunjuk perasaan di daerah Jehanabad di Bihar, memberitahu ANI

“Kami akan kehilangan tempat tinggal selepas empat tahun berkhidmat. Jadi, kami kini bertindak menyekat jalan raya,” tambahnya. 

Tindakan tidak berperikemanusiaan merobohkan kediaman aktivis Afreen Fatima di Prayajraj, New Delhi pada 12 Jun 2022 menunjukkan satu lagi bukti kekejaman kerajaan BJP di bawah pimpinan Narendra Modi. (FOTO YouTube)

Menurut laporan IndiaTVnews, asap berkepul akibat pembakaran tayar di persimpangan jalan di Jehanabad, lokasi di mana penunjuk perasaan menjerit slogan dan melakukan tekan tubi untuk menekankan kecergasan mereka bagi direkrut sebagai tentera.

Terdahulu, Bihar dan negeri jirannya, Uttar Pradesh menyaksikan bantahan terhadap proses pengambilan pekerja kereta api baharu pada Januari tahun ini, menggariskan masalah pengangguran yang berterusan di India. 

Kereta api Ekspres Vikramshila musnah terbakar diserang penunjuk perasaan di Agnipath, Lakhisarai, India pada 17 Jun 2022 (FOTO PTI)

Varun Gandhi, ahli parlimen BJP dari Uttar Pradesh, dalam surat kepada Menteri Pertahanan, India, Rajnath Singh pada  Khamis berkata bahawa 75 peratus daripada individu yang diambil bekerja di bawah skim itu akan menjadi penganggur selepas empat tahun berkhidmat.

“Setiap tahun, jumlah ini akan meningkat,” kata Gandhi, menurut salinan surat yang disiarkan olehnya di media sosial.

Sementara pada 2 Mei lalu, pejabat BJP di Arambagh, Bengal terbakar ketika Kongres Trinamool menuju ke arah kemenangan besar dalam pilihan raya dewan, membawa semula kepada dakwaan keganasan oleh parti pemerintah itu. 

Pengumuman kerajaan BJP tentang perancangan terbaharu organisasi ketenteraan di India telah menaikkan api kemarahan rakyatnya. (FOTO BBC)

Pemimpin dan pekerja BJP dalam video tweetnya, bagaimanapun mendakwa bahawa Trinamool telah melancarkan keganasan terhadap pekerjanya.

Namun Ketua Menteri, Mamata Banerjee menafikan dan sebaliknya berkata, pekerja BJP yang mengejar calon parti Arambagh, Sujata Mondal, serta memukul kepalanya berhampiran pusat pengundian.

Pendek kata di sana sini berlaku huru-hara menjadikan India kini tidak lagi aman, susulan rakyatnya tidak kira Muslim atau Hindu semakin tidak berpuas hati dan mulai bangkit memprotes kekejaman dan ketidakadilan BJP terhadap mereka. – HARAKAHDAILY 17/6/2021

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

DAP dan kartel Kerala di belakang Majlis Peguam perhimpunan jalanan guling guling di Padang Merbok..!?

CT Kassim dan loyar loyar buruk Majlis Peguam yang terkenal dengan condong kepada pihak yang anti Barisan Nasional dilaporkan sudah mengadakan demonstrasi di Padang Merbuk pada 17.6.2022

Keputusan mahu mengadakan demonstrasi protes terhadap seorang hakim disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia oleh Majlis Peguam adalah satu tindakan sia sia dan bermotif politik.

Apatidak nya, Hakim Nazlan Ghazali dipercayai menerima sejumlah wang dari pihak yang beliau tidak dedahkahkan kepada umum siapa pemberinya , dan sesuai sangat beliau disiasat dan didakwa.

Pihak Judisiari tidak patut terlihat terhutang budi kepada Pakatan Harapan atau Bar Council.

Rakyat jangan cuba dikelirukan dengan isu berbangkit berkenaan seorang individu menerima rasuah atau mungkin menerima rasuah.

Perdana Menteri pun boleh diaibkan dengan pelbagai dakwaan dan diintip bualan nya oleh SPRM, apa sebab pula Hakim Nazlan sekadar Hakim bukan dipilih rakyat dan makan gaji dari wang rakyat tidak boleh disiasat?

Semua orang boleh disiasat dalam perlembagaan undang undang Negara tidak kira apa kedudukan dan jawatan mereka termasuk Majlis Peguam.

Nampak nya kumpulan peguam di bawah Majlis Peguam begitu takut anggota mereka disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sanggup guling guling di Padang Merbuk. Siapa dalang dibelakang Majlis Peguam hingga sanggup berhimpun guling guling atas jalanraya di Padang Merbuk itu.

Gaji pihak Judisiari datang dari keringat rakyat. Keadaan bertambah buruk apabila pihak judisiari dilindungi oleh parti politik seperti gabungan Pakatan Harapan.

Rakyat boleh agak siapa dalang dibelakang yang menghasut supaya Majlis Peguam demonstrasi guling guling di Padang Merbok itu..!!?

Anonymous said...

khas pada blog KeluangDimond..

Bodo walaun bloger Barua Tun tuan mya DAP@LeeKwanYew.. Nazlan tu baru satu contoh aje... fakta nya Nazlan sbgi contoh tapi bukan untuk Nazlan sekor aje... Kes Nevin Tan anak Vincent Tan kroni Tun bebas lepas ko ingat percuma..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails