Monday, June 13, 2022

Lelong gitar elektrik bantu artis terlantar sakit

 

HALAMAN HIBURAN

Program.. menampilkan Zamani Slam, Aida Agil, Jatt Ali dari Kumpulan Black Dog Bone, Kudeen Rafee dan Ayai Ilusi.

KOTA BHARU: Ketika era kegemilangan dan masih bertenaga artis sering disanjung, namun selepas era itu berlalu golongan berkenaan berdepan pelbagai kesukaran bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Keadaan lebih terasa ketika penularan Covid-19, di mana ramai artis terkesan, lebih-lebih lagi mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Menyedari situasi itu sekumpulan artis menganjurkan program ‘Jelajah Showcase Awang BPR: Perjalanan dan Rakan-rakan’ bagi membantu artis-artis yang memerlukan sumbangan.

Penganjur jelajah terbabit Shahrul Nazry Abdul Hamid berkata, program berkenaan berunsur kebajikan, di mana hasil jualan amal meja dan lelongan gitar elektrik dan pembesar suara akan disumbang kepada rakan-rakan artis.

“Pada program itu akan diadakan acara bidaan alat muzik, iaitu sebuah gitar berjenama dn pembesar suara (amplifier) bagi mengumpul dana,” katanya ketika dihubungi di sini.

‘Jelajah Showcase Awang BPR: Perjalanan dan Rakan-rakan’ akan diadakan pada 24 Jun ini di Loon Sing Convention Centre, Taman Daya, Johor Bahru bermula jam 8 malam.

Program tersebut akan menampilkan Zamani Slam, Aida Agil, Jatt Ali dari Kumpulan Black Dog Bone, Kudeen Rafee dan Ayai Ilusi.

Shahrul berkata, ‘showcase’ itu berkonsepkan majlis makan malam amal untuk membantu rakan-rakan artis, di mana kutipan derma dibuat dari meja ke meja.

“Ramai artis kita khususnya di bawah naungan abang Awang BPR terjejas akibat Covid-19 dan ada menghadapi masalah kesihatan.

“Antaranya Ayai yang mengalami masaalah penglihatan hingga menjejaskan lebih 70 peratus penglihatannya,” ujar beliau.

Menurutnya juga barisan artis lagenda yang ditampilkan akan menyampaikan lagu-lagu yang dicipta Awang BPR.

“Awang BPR tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, malah beliau antara nama-nama besar sebaris komposer terkenal di negara ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/6/2022

Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails