Tuesday, June 14, 2022

Rogol: Diperkosa bapa & jiran. Kembalilah ke Islam.

 


1. Empat tahun diperkosa bapa

TUMPAT: Polis daerah ini menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang disyaki merogol anak remajanya sejak empat tahun lalu. Ketua Polis Daerah Tumpat, 

Asisten Komisioner Amran Dolah, berkata kali terakhir suspek didakwa berbuat demikian ialah pada tengah malam Khamis lalu di kediamannya di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Bharu di sini.

Katanya, mangsa berusia 15 tahun yang juga pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Kota Bharu itu, mendakwa didatangi suspek di bilik tidurnya sebelum dirogol.

"Remaja itu mendakwa diperkosa bapanya sejak berusia 12 tahun. Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan pemeriksaan doktor mendapati ada kesan koyakan lama, berkemungkinan disebabkan tusukan objek tumpul," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Amran berkata, susulan laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, suspek ditahan di rumahnya pada jam 3 petang semalam.

Katanya, isteri suspek turut membuat laporan polis terhadap suaminya atas dakwaan mendatangkan kecederaan.

"Suspek yang juga seorang penganggur mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah, namun ujian saringan dibuat mendapati keputusannya negatif.

"Suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 15 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Sebaik selesai, dia akan ditahan semula untuk siasatan bagi kes sumbang mahram mengikut Seksyen 376(3) KK yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan dikenakan sebat," katanya. (BH)

2. Remaja 15 tahun dirogol jiran - Jun 13, 2022 

KOTA BHARU: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar Tingkatan Tiga yang juga jirannya, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dirogol oleh suspek berusia 20-an ketika keluar rumah.

Beliau berkata, dalam laporan yang dibuat, ibu mangsa mendapati anak perempuannya tiada di rumah sebelum remaja itu pulang kira-kira jam 7.50 malam pada hari sama.

"Ibu mangsa mengesyaki anaknya itu keluar bersama kawan lelaki dan dikatakan bersiar dengan membonceng motosikal suspek sebelum dirogol.

"Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek yang juga jiran mangsa di kawasan Jalan Kampung Bunut payong, kira-kira jam 8.30 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.

"Ujian saringan dilakukan ke atas suspek yang masih bujang mendapati positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki dua rekod jenayah lalu termasuk berkaitan dadah.

"Suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimRogol: Masanya Untuk Syariah Islam Diperkasa. 

1. Kes bapa merogol dan liwat anaknya sehingga lebih 600 kali sangat meruntun jiwa masyarakat. Hati kita bagai disiat-siat membacanya, apatah lagi membayangkan derita mangsa selama dua tahun.

2. Lebih malang, ini bukanlah kes pertama seumpamanya. Anak gadis kita diperkosa oleh ahli keluarga yang merupakan wali mereka, yang sepatutnya bertanggungjawab memberi perlindungan buat si gadis.

3. Di dalam Islam, rogol didefinisikan sebagai jenayah zina secara paksaan. Walau bagaimanapun, Islam sebagai agama rahmat tidak memberi hukuman kepada mangsa rogol.

Firman Allah s.w.t :

“Dan janganlah kamu memaksa hamba perempuan-perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia” (Surah An Nur : 33)

Dan firman-Nya lagi :

“Dan sesiapa yang memaksa mereka, sesungguhnya Allah — sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka — Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah An Nur : 33)

4. Hukuman bagi jenayah rogol dalam Islam adalah sebagaimana dalam hukmum hudud. Jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina.

5. Terdapat dua bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan:

      • Rejam sehingga mati jika pesalah pernah melakukan persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.
      • 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah melakukan persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun.

6. Namun, sekiranya kesalahan tidak dapat dibuktikan melalui empat orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes dan dikenakan hukuman yang dipanggil Takzir mengikut budi bicara mahkamah.

7. Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada Hudud sekiranya mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental

8. Dewan Muslimat PAS Malaysia mendesak Kerajaan Persekutuan lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol.

9. Dewan Muslimat PAS Malaysia juga menyeru pengukuhan keluarga yang merupakan unit kecil yang terpenting dalam membina sebuah negara. Masyarakat perlu sama-sama diberikan ingatan demi peringatan akan kepentingan membentuk keluarga yang rukun berteraskan nilai-nilai Islam.

Firman Allah s.w.t :

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka” (Surah At-Tahrim : 6)

Tulisan ini diangkat dari USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH Ketua, Dewan Muslimat PAS Malaysia 20 Zulkaedah 1438 H 13 Ogos 2017


Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails