Wednesday, June 15, 2022

Bongkar lemah preiden2 UMNO, DAP & SIS..

 


1. Bagaimana Presiden-presiden Umno sembunyi kelemahan

PADA tahun 2003, Perdana Menteri (PM) ke-4, yang juga Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), telah meletakkan jawatannya sebagai PM dan Presiden Umno, setelah menemui penggantinya. Tun M dipercayai merasakan perlu melakukan hal itu kerana serangan kuat bertali arus daripada Barisan Alternatif. Pun begitu, BN masih kuat, mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau juga tidak mahu dipandang hina oleh rakyat atas kesilapan yang beliau lakukan. Jika terus menjadi Presiden Umno dan PM, kemungkinan Umno akan kalah dalam PRU selepas itu. Beliau bertindak bijak mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku, beliau bersara pada waktu puncak dengan meninggalkan legasi terbaik kepada Umno dan nama baik beliau juga terjaga. Tun M hanya terpaksa ke mahkamah kerana menjadi saksi kes orang lain, tetapi bukan kes beliau.

Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah, kemudiannya dipilih menjadi Presiden Umno dan masuk ke pejabat Perdana Menteri bagi mengambil alih tugasan daripada Tun Mahathir. Dikenali sebagai ‘Mr. Clean’, Pak Lah kemudiannya memenangi PRU-11 dengan kemenangan sangat bergaya, mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.

Namun, setelah ada beberapa laporan yang beliau sering tertidur dalam mesyuarat, lemah dalam membuat keputusan, imej ‘Mr. Clean’ itu kemudiannya tidak lagi menjadi keramat baginya. Apatah lagi imej waraknya tercalar teruk dek kerana sekeping gambar makan malam di Hotel D’Riyaz, Duyung, beliau sedang memegang bahu Michelle Yeoh tanpa berlapik.

Beliau diserang Tun Mahathir dibantu oleh Dato’ Seri Najib, supaya meletakkan jawatan. Setelah mencuba beberapa kali, beliau akhirnya gagal mempertahankannya. Beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai PM dan juga Presiden Umno setelah kira-kira enam tahun berkuasa. Bagi mempertahankan dirinya, beliau menyalahkan Tun kerana gangguan terhadap pemerintahannya. Pak Lah tiada kes mahkamah, tiada kes salah laku yang didakwa.

DS Najib naik pada tahun 2009. Di bawah pimpinannya sebagai Presiden Umno, BN masih menang PRU-13, tetapi majoriti dua pertiga tetap gagal diraih kembali. Beliau bertungkus lumus mengembalikan kepercayaan rakyat. Tetapi isu 1MDB, GST dan beberapa lagi, telah menenggelamkan usahanya itu. Beliau lemas dalam kolam buatannya sendiri.

PRU-14 menyaksikan buat pertama kalinya BN kalah. DS Najib membuat keputusan bijak dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno. Tetapi kes salah guna kuasa tetap berjalan di mahkamah. DS Najib berkuasa selama sembilan tahun sebagai Presiden Umno dan PM. Malah sekarang nama beliau dipuja kembali untuk menjadi PM. Dalam masa yang sama, beliau berbalah dengan Tun M, mendakwa Tun M berbohong.

Penggantinya ialah Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Presiden Umno yang paling lemah dan tidak pandai menyembunyikan kelemahan dirinya. Beliau baru sahaja naik menjadi Presiden, tetapi terpaksa memilih Dato’ Seri Ismail Sabri menjadi PM kerana Zahid dibicara dengan kes salah guna kuasa. Dan kes itu bersusun-susun banyaknya. Mungkinkah dia kekal sebagai Presiden Umno yang tidak dilantik menjadi PM? Dia tidak mampu menyalahkan sesiapa, kecuali Presiden PAS.

Sekurang-kurangnya Najib mengambil sembilan tahun sebagai PM dan Presiden Umno sebelum dihadapkan ke mahkamah, tetapi Zahid, tidak sampai tiga tahun, sudah kena tangkap. Bukti yang beliau tidak layak menjadi pemimpin. Yang beliau tahu ialah mencari jalan menyalahkan orang lain dalam masalah yang beliau ciptakan sendiri.

Mujur rakyat sangat cerdik sekarang, tidak mempercayai cerita-cerita rekaannya kepada Presiden PAS semenjak beliau merasa Umno kuat. Padahal dahulu, beliaulah yang meminta maaf kepada Presiden PAS atas kejahatan Umno kepada PAS. Mahu jadi baik, kena cerdik. Tapi kalau mahu jadi jahat, kenalah lagi lebih cerdik berganda-ganda, Zahid weii….! Jangan sampai orang tahu jahat kita.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 15/6/2022

2. Bon Odori: Perangkap DAPSIS tidak menjerat 


DAPSIS iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Sister In Islam (SIS) dilihat menjadi pihak paling lantang mempertikaikan PAS berhubung Bon Odori. Mereka menyerlahkan kepura-puraan hairan dan keliru serta bertanya-tanya konon.

Sandaran DAPSIS adalah penganjuran Festival Kelantan-Jepun 2018 yang turut mempersembahkan tarian Bon Odori ketika itu. Dulu tahun 2018 boleh, sekarang tahun 2022 tak boleh – itulah cuba dipertikaikan mereka terhadap PAS.

DAPSIS sengaja memicu isu dengan buat-buat bodoh dan tak tahu demi menjebak heret orang ramai ke kancah polemik, khususnya Muslim. Malang sekali, bom dilontar itu gagal meletus, majoriti umat Islam faham mengenai status Bon Odori.

Mereka turut cuba menyuntik vaksin jahat kepada setidak-tidaknya dalam kalangan bukan-Islam termasuk warga atau pihak negara Jepun kononnya PAS jumud dan ekstrem. Jarum itu juga rupanya berkarat dan lebih awal patah.

Untuk melagakan PAS atau mendakwa ingkar derhaka kepada istana, nampaknya DAPSIS ternyata akur sangat mengenali hakikat diri mereka sendiri tanpa dapat disembunyikan.

Terima kasih Menteri Agama

Bon Odori hanya diketahui ia perayaan keagamaan apabila Menteri Agama, Dato’ Ustaz Idris Ahmad menasihati umat Islam agar tidak menyertainya. Beliau tidak pun mengarahkan pihak berkuasa menghalang acara atau mendesak penganjur membatalkan majlis.

Ramai yang pernah sertainya, termasuk orang Islam kerana ia dirai dalam bentuk tarian. Dalam pengetahuan peserta, ia pesta kebudayaan bangsa Jepun dan satu hiburan. Semata-mata meraikan dan menghormati keunikan budaya. 

Malah, sedikit pun mereka tidak memandang sejarah lampau betapa peritnya Jepun pernah menjajah sengsara nenek moyang kita di bumi pertiwi ini. Jauh sekali melihat atau mematuhinya sebagai ritual keagamaan.

Ramai yang berterima kasih kepada Dato’ Ustaz Idris kerana dengan nasihat itu baharulah mereka tahu. Malah, ada yang memanjangkannya kepada rakan kenalan warga Jepun, didapati generasi muda negara itu juga kebanyakannya tidak tahu asal usul Bon Odori.

Hubungan Kelantan-Jepun

Kelantan yang diterajui PAS sejak tahun 1990, mempunyai pertalian langsung dengan Jepun hingga memeterai Bandar Persahabatan Kasaoka-Kota Bharu. Sejarah mengenainya boleh dibaca menerusi pautan yang dilampirkan.

Persahabatan kedua pihak antaranya telah diterjemahkan menerusi penganjuran Festival Kelantan-Jepun saban tahun, di mana salah satu persembahan adalah tarian Bon Odori. Kerana dalam pengetahuan ketika itu, ia hanya semata-mata tarian kebudayaan.

Namun, sebaik nasihat itu diumumkan, Kelantan langsung meniadakan tarian yang telah disahkan ritual agama itu, tetapi tidak membatalkan sambutan Festival Kelantan-Jepun di Kota Bharu pada 4 Jun lalu. Kerana asal sambutan itupun adalah berasaskan hubungan kedua pihak dan ia hanya kemeriahan kebudayaan. 

Bermakna, tiada masalah atau halangan meraikan hubungan dengan pihak berlainan negara, bangsa, bahasa, adat, budaya dan agama, selagi tidak melibatkan ritual agama. Ia kebaikan yang dianjurkan Islam dalam meluaskan seruan “Li ta’arafu” iaitu “Agar kamu saling mengenal” (surah al-Hujurat: 13).

Begitulah tindakan Kerajaan PAS Kelantan dahulunya ‘mengharamkan’ wayang kulit dan Mak Yong kerana adanya unsur ritual pemujaan khurafat. Setelah unsur itu dibuang atau ditiadakan, ia kembali dibenarkan semula. Jika inipun DAPSIS tak faham, bermakna kamu dangkal!

Tahu: Hindari dan istighfar

Nasihat Menteri Agama bukan semberono atau prejudis dan sama sekali bukan radikalisme, tapi berdasarkan kajian pihak berautoriti iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia pengetahuan baharu banyak pihak di negara ini. 

Bahkan, majlis di Kelantan selama dianjurkan dahulu hanyalah sambutan kebudayaan yang tarian Bon Odori dimasukkan tanpa diketahui ia berunsur ritual agama. Berbeza majlis di Selangor dan Pulau Pinang difahamkan ia berasas ritual agama tetapi dimasukkan unsur kebudayaan.

Kini hal sebenarnya telah diketahui, lantas tindakan pembetulan wajiblah kepada setiap Muslim tidak menyertainya atau ditiadakan sahaja secara khusus acara tarian itu. Sementara acara kebudayaan lain boleh sahaja diteruskan tanpa sebarang aktiviti pelanggaran syarak lainnya.

Adapun perlakuan atau penyertaan di masa lalu pula, ia adalah tanpa pengetahuan atau keterlanjuran. Sebagai hamba Allah yang tidak lari dari kesilapan, sebaiknya juga secara peribadi disusuli istighfar dan solat sunat taubat.

Penghasut yang gagal

Dalam hal ini, DAPSIS sekali lagi dilihat gagal menghasut dan membolak-balikkan pendirian terutamanya umat Islam untuk ingkar terhadap urusan agamanya. Malah, ada anak didik DAP begitu ghairah memalit PAS dengan cercaan ‘hipokrit’, tetapi ternampak dia pula yang munafik.

Sepatutnya DAPSIS sedar diri, termasuk perlu ‘nasihat’ dari semua sekutu dan rakan subahat supaya tidak menyibuk hal ehwal agama Islam yang mereka begitu tidak hormati ini. 

Ada banyak seruan dan usaha meninggikan Islam dalam negara ini, kamulah yang mengelirukan dan menentangnya. Ada pula larangan-larangan Islam, kamu jugalah yang menganjurkan terbuka menjebak umat Islam untuk bersama.

Kamu gagal kerana kamu mengikut gelojoh syaitan mempolitikkan hal ehwal agama kami. Sedang kami berjuang mengikut jalan lurus Allah Yang Esa. 

“Lakum dinukum waliya din” – “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” (surah al-Kaafirun: 6)

Terima kasih juga kepada semua para Mufti, tokoh dan aktivis Islam yang seia-sekata menjelaskan perkara ini. 

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 15/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebagai hadiah kepada rakyat bekalan untuk PRU 15, ini dia bongkaran kelemahan preiden-presiden UMNO, DAP dan SIS. Dan akan bersambung seterusnya, insya Allah!

Sila lihat..
Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Siapa sebenar nya pencuri wang 1MDB.

PH tidak berani buka kes billion-bilion terhadap Najib Razak kerana jika dibuka yang bakal diseret ke mahkamah adalah pemimpin PH sendiri termasuk Tun Mahathir.

Pulangan wang 1MDB sudah lesap entah kemana atas sebab hutang 1MDB tidak susut jumlah nya semenjak Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri.

Pada sekitar tahun 1988-89 ketika Krisis bersama badan kehakiman, demi hendak memecat Ketua Hakim Tun Salleh Abas , Mahathir telah ‘engage’ hakim luar negara dari Sri Lanka dan Singapura untuk memenuhi Hasrat nya.

Maka Ketika memecat Ketua Hakim, tiada pula timbul sama ada para hakim luar negara itu fasih berbahasa Melayu atau pun tidak.

Sudahlah kerajaan PH menipu rakyat dengan kisah Najib mencuri berbillion-billion, tetapi kes dibuka hanya RM43 juta sahaja, itu pun kes AMLA.

Mana pergi duit pulangan dari , Abrar, Goldman Sach, AMBANK?

Mana pergi RM500 juta jual kapal mewah Equanimity

Sambil pembela bawa bukti ‘hard evidence’ seperti bukti Zeti dari CAD Singapura dan Nazlan dari dokumen Maybank, pendakwa hanya guna kata kata air liur saksi sahaja , selain itu pendakwa perguna hakim mereka.

Ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri hutang 1MDB sekitar RM32 bilion, namun setelah kerajaan PH mendapat pulangan dari pihak terbabit , hutang 1MDB masih sama juga jumlah nya.

Mungkin setelah kejayaan menuduh Datuk Seri Najib Razak pada kes 1MDB maka, pihak tertentu boleh mencuri dan menipu akaun 1MDB kerana “penyamun” sudah di dakwa.

jumlah wang keluar masuk akaun 1MDB langsung tidak match , atau tidak tally.

Bukan sahaja jumlah wang keluar masuk tidak tally, bahkan jawapan yang di beri oleh Menteri Kewangan juga tidak kena atau “doesn’t hold water”.

Ketika kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir yang sangat terkenal dengan sifat memperbodohkan rakyat mengambil alih, segala benda dan segala perkara dikaitkan dengan hutang 1MDB.

Dana yang dalam akaun amanah khas 1MDB sekarang ada hampir Rm33.4 billion seperti yang diumum kerajaan Pakatan Harapan setakat ini:

– dikembalikan oleh DOJ: RM2.7 bilion

– penjualan kapal Equanimity: RM523 juta

– penyelesaian Riza Aziz: RM443 juta

– penyelesaian Goldman Sachs: RM16.1 bilion

– penyelesian Ambank: RM2.83 bilion.

– penyelesaian Deloitte’s: RM324 juta

– penjualan 60% Bandar Malaysia tahun 2019: RM7.41b

– penjualan tanah Pulau Indah milik 1MDB: RM416 juta

– penjualan tanah Pulau Pinang milik 1MDB: RM2.7 bilion

Jumlah yang telah diambil balik kerajaan setakat ini: RM33.4 bilion

Akhirnya baru kita tahu, tiada 1 sen pun hutang prinsipal 1MDB yang dibayar oleh kerajaan PH melainkan bayar bunga sahaja.

Siapa sebenar nya pencuri wang 1MDB.

Siapa boleh jawap?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails