Saturday, March 05, 2022

Legenda bola sepak Belanda, pilih Islam. Al-hamdulillah.

 

Clarence Seedorf (kanan) dan isterinya, Sophia Makramati. - Foto ihsan Instagram

Clarence Seedorf peluk Islam

DUBAI: Legenda bola sepak Belanda, Clarence Seedorf mengesahkan dia sudah memeluk Islam.

Bekas pemain AC Milan, Real Madrid dan Ajax itu membuat pengumuman terbabit menerusi akaun media sosialnya, semalam.

Menerusi Instagram, dia menulis 'ucapan terima kasih yang teristimewa atas mesej indah untuk meraikan saya memeluk Islam.'

"Saya sangat gembira dan bersyukur untuk menyertai saudara baharu saya khususnya isteri saya, Sophia (Makramati) yang mengajar saya mengenai erti Islam dengan sangat mendalam.

"Saya tidak menukar nama saya dan akan terus menggunakan nama yang diberikan oleh ibu bapa saya, Clarence Seedorf."


Sebagai rekod, Seedorf muncul satu satunya pemain yang memenangi Liga Juara -Juara sebanyak tiga kali bersama tiga pasukan berbeza.

Isterinya, Sophia turut menulis menerusi Instagram 'saya sangat gembira dan berbangga menjadi sebahagian daripada detik indah untuk orang yang saya sayangi, Clarence Seedorf yang memeluk Islam.'

"Selamat datang dan semoga kamu akan terus dirahmati dan memberi inspirasi kepada seluruh dunia."

- AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimLegenda bola sepak Belanda, Clarence Seedorf pilih Islam. Al-hamdulillah, kerana Islam bukan milik bangsa Melayu dan Arab sahaja, bahkan semua bangsa di dunia yang berfikiran tamaddun dan berkemajuan.

Semua kita akan bertemu di hari Akhirat, Insya Allah!

1 comment:

Anonymous said...

Selamat tinggal pada acah acah Melayu power Islamik... lakonan mantap kamu selama 22 tahun 22 bulan berkecai sudah...

Islam untuk semua umat...

KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails