Saturday, May 01, 2021

Bila nak robohkan tugu Komunis MPAJA di Nilai? -Prof Dr Mohd Ridhuan Tee



Sebuah patung emas raksasa Mao Zedong yang baru saja dibangun di sebuah perdesaan di China dirobohkan menyusul protes dan kritik masyarakat di media sosial (USA Today, Sabtu (9/1/2016)Sebagian besar mengatakan bahwa dana pembuatan patung itu boleh  digunakan untuk pendidikan masyarakat.

SAYA ucap syabas kepada Majlis Perbandaran Kajang yang telah merobohkan monumen atau patung Mao Tze Tung yang dibina secara haram di Taman Peringatan Nirwana, Semenyih. Bagaimana pula dengan tugu Komunis MPAJA? Bila Majlis Perbandaran Nilai mahu bertindak merobohkan tugu Komunis yang juga dibina secara haram pada 1996.

Sampai bila kita harus biarkan rakyat negara ini, terutamanya ultra kiasu, terus mengagung-agungkan Komunis? Kepada ultra kiasu Komunis itu adalah pejuang sepertimana mereka mendewakan Mao Tze Tung.

Mana lebih bahaya daripada patung Mao Tze Tung atau patung Komunis MPAJA? Sudah tentu MPAJA lebih bahaya. Mao Tze Tung berada di China, sedang MPAJA ada di depan mata. Saban kali MPAJA terus dinobatkan dan didewa-dewakan.

Saya cukup hairan, kenapa kita terus membiarkan tugu atau patung Komunis itu terus didewa- dewakan hingga hari ini, sedangkan saya telah bangkitkan perkara ini sejak ia mula didirikan. Sudah sampai masanya, kita melihat perkara dengan serius. Pemikiran Komunis MPAJA sedang menguasai generasi dahulu dan diperturunkan hingga kini.

Sebab itu, kita lihat perangai dan tingkah laku Komunis terus-menerus mengganggu-gugat pembinaan negara bangsa yang kita idam-idamkan. Silibus sejarah sekolah persendirian Cina masih mengagungkan Komunis. Komunis dilihat sebagai pejuang menentang Jepun.

Sedangkan kita semua tahu bahawa penentangan Komunis terhadap Jepun disebabkan oleh permusuhan yang panjang antara negara China-Jepun dalam Perang China-Jepun. Permusuhan China-Jepun terus berpanjangan hingga ke hari ini. Bukan kerana Komunis mahu memerdekakan negara ini ketika Jepun menduduki Tanah Melayu sekitar 1941-1945.

Justeru, saya amat berharap tugu Komunis MPAJA ini segera dirobohkan sebelum pemikiran Komunis terus mencengkam generasi akan datang. Pastinya ia akan menghalang pembinaan negara bangsa kerana ia telah ditanam sejak kecil lagi. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya sekolah perkauman seperti sekolah Vernakular dan sekolah persendirian Cina.

Apakah kita sudah lupa bagaimana bersungguh-sungguhnya ultra kiasu mempertahankan Komunis Chin Peng? Ultra kiasu turut menyeludup abu Chin Peng ke negara ini meskipun jasadnya tidak dapat dibawa pulang. Teramat malang jika kita mudah lupa. Tidak hairan patung Chin Peng secara diam turut ditegakkan nanti jika tidak ada ketegasan dalam membina negara ini.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 30/4/2021

3 comments:

Anonymous said...

Melayu tidak menguasai ini. Mereka sering jadi adu domba politik murahan. Sering bercakaran

Di Hari Kerajaan Cina Singapura Rugi $39.90 Billion Sing Dollar.

Orang Malaysia akan kata "Oh peduli apa Temasek Hldg hilang $39.0 billion Sing dollar, dia bukan negara kita pun" Full stop. Betul, no doubt. Apasal kita mahu kecoh?

Bukan kerugian mereka sahaja yang kita nak bual di sini tetapi cara mereka sembunyi kan kerugian dan cara mereka menguasai rakyat sehingga tidak boleh menyuarakan kemarahan.

Selain itu sikap para ahli koperat Cina di Malaysia yang sering memandang tinggi kepada cina Singapura dan sering merendah kan kerajaan melayu Malaysia.

Kerugian besar Temasek pada tahun 2008 itu berpunca dari kegawatan ekonomi. Makna kata sehebat mana pun pakar ekonomi baik yang turun dari langit pun tidak akan dapat menyelamat kan keadaan.

Pada tahun yang sama negara kita alami kerugian juga, lebih kurang 18 billion Ringgit Malaysia.Tetapi walau pun pakar ekonomi faham situasi, pakar politik tidak faham.

Susut nilai dari jumlah saham memain kan peranan besar menjumlah kan kerugian,Ia bukan "outright" loss tetapi kerana susut nilai saham dan pelaburan.

Begitu juga dengan negara jiran melalui pelaburan nya di Temasek HLDG. Apa yang mahu di gambar kan di sini ia lah reaksi apabila pembangkang di negara kita bermaharaja lela menjadi kan kisah kerugian kita ini sebagai pesta mengena kan kerajaan, tambahan kerajaan ini di dokong oleh orang Melayu.

Tetapi sebalik nya kerugian berganda dan berskala besar berlaku di negara pakar ekonomi dan negara dimana bermastautin nya golongan kiasu yang hebat berniaga tumpas kepada keadaan ekonomi semasa dengan lebih teruk dari kerajaan di tadbir oleh Melayu Malaysia.

Apa kah beza nya bagi kedua negara yang kerugian?

Beza nya di sana tiada pembangkang yang kuat, untuk melenyek dan menempelak kerajaan nya dengan kritikan dan hentaman yang dasyat walau pun Temasek di tadbir urus oleh keluarga pemimpin nya. Nepotism at its best.

Tetapi di negara kita di Parlimen kita malah di alam maya serta di ceramah , miscalculation on investment serta ketidak jangkaan pada hala tuju cuaca ekonomi dunia serta ketidak jangkaan pada iklim ekonomi yang amat bergantung pada dasar luar kuasa kita di jadi kan lauk pauk untuk menghentam kerajaan.

Para pengamal ekonomi yang bukan melayu menjadi kan bahan ejekan kepada kerajaan dan mereka mereka yang bekerja dengan bank bank milik negara asing memandang hina dan sinis kepada menteri wang Melayu.

Mereka terlupa bahawa negara pujaan hati mereka dari puak mereka sendiri sedang mengalami kerugian lebih dasayat dan telebih teruk.

Kat sini Melayu tak bijak menguasai situasi

Anonymous said...

Cer tanya abam, bila nak berhenti jadi khadam dap. Berhenti jadi liberal dan anut Islam yg sebenar.

Anonymous said...

Bukankah kewujudan simbol-simbol komunis di negara ini menunjukkan barua dan pendokong PKM masih wujud dan aktif di negara ini ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails