Thursday, April 29, 2021

Presiden PAS terima rawatan susulan di IJN

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman menerusi laman Facebook Tuan Guru Abdul Hadi, malam ini.

“Marilah kita berdoa agar YB Dato’ Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah. Terima kasih,” katanya.

Beliau turut memetik ayat 80 surah As-Syuara’ yang bermaksud: “Dan apabila aku sakit, maka Dia (Allah) yang menyembuhkan”.

Pada 15 Februari lalu, Tuan Guru pernah menerima rawatan susulan di IJN.

Sebelum itu, beliau dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya pada jam 7.50 malam akibat sesak nafas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dibenarkan keluar dari IJN pada 19 Februari. – HARAKAHDAILY 28/4/2021

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails