Monday, April 26, 2021

Mun Yee Dari Negara Umat Islam M'sia Sertai Kejohanan Piala Dunia di Tokyo.

 

Mun Yee akan beraksi di Piala Dunia dari 1 hingga 6 Mei ini di Tokyo. - FOTO FB LEONG MUN YEE

SUKAN

Mun Yee teruja sertai Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Leong Mun Yee teruja untuk menyertai kejohanan Piala Dunia di Tokyo, Jepun yang bermula 1 hingga 6 Mei ini.

Ia kejohanan pertama buat Mun Yee, 37, dan rakan sepasukan selepas setahun tanpa aksi kompetitif berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Atlet berasal dari Ipoh, Perak itu bagaimanapun tetap berwaspada ketika Jepun mengisytiharkan darurat di Tokyo, Kyoto, Osaka dan Hyogo, kelmarin susulan peningkatan kes COVID-19.

Namun, dia percaya pihak penganjur akan mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua negara yang bertanding.

"Memang sangat teruja kerana ini adalah kejohanan pertama selepas setahun dan kejohanan terakhir bagi kelayakan ke Sukan Olimpik.

"Saya difahamkan penganjur kali ini memang sangat tegas. Kami semua tidak dibenarkan keluar langsung, sebaik tiba di lapangan terbang nanti, kami akan terus dibawa ke hotel. Dari hotel kami boleh ke kolam renang sahaja.

"Selain itu, kami juga perlu menjalani ujian calitan dua hari sekali," katanya yang akan berlepas ke Tokyo malam esok.

Pada kejohanan kali ini, Mun Yee akan mengambil bahagian dalam acara 10 meter seirama bersama gandingannya, Pandelela Rinong.

"Sasaran peribadi saya sudah pasti mahu membawa pulang pingat. Kami akan cuba buat yang terbaik bagi merealisasikan matlamat itu.

"Saya juga berharap akan ada lebih ramai lagi atlet terjun turut layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020," katanya yang sudah pun mengesahkan tiket ke Tokyo bersama Pandelela sebelum ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Mun Yee, atlet terjun negara dari negara umat Islam Malaysia, sertai Kejohanan Piala Dunia di Tokyo.. wajarkah berpakaian begini?

1 comment:

Anonymous said...

Adoyai Pak Aji.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails