Saturday, October 03, 2020

Tulisan Ini menghasut perpechan atau menyelamatkan UMNO?


Peneroka FELDA dan pekebun kecil mengadakan demo menuntut janji dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan memegang pelbagai kain rentang yang mahukan pembelaan ke atas mereka dan berkumpul di pekarangan pintu masuk Parlimen, hari ini. – Foto: MediaUMNO

UNTUK KEMBALI KUASAI PUTRAJAYA, UMNO MESTI SEGERA TINGGALKAN BERSATU -Shahbudin Husin

Kalau diadakan pungutan suara di kalangan ahli-ahli UMNO tentang kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang, rasanya tidak sampai 10 peratus yang bersetuju.  
Begitu juga kalau diadakan pungutan suara tentang perlukah UMNO berkongsi kerusi dengan Bersatu, terutama di kawasan yang biasa ditandingi parti itu, agaknya hampir tidak ada yang setuju dengan perkara itu.  

Meskipun Bersatu kini mengetuai kerajaan PN dengan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, nyawa parti itu dalam PRU akan datang banyak bergantung kepada ihsan UMNO.  
Tanpa kerjasama dan sokongan, lebih-lebih lagi murah hati UMNO untuk bertoleransi dari segi pembahagian kerusi, Bersatu tiada ruang lagi untuk menghirup udara segar dalam perjalanan masa depnnya. Bersatu ini hanya umpama bunga teratai – gah di permukaan tetapi akar umbinya tidak pun mencengkam tanah. 
 
Dalam PRU14 lalu, mereka banyak bergantung kepada jentera parti PKR dan DAP dan dalam PRU akan datang, mereka mengharap menumpang jentera parti UMNO dan Pas pula. Itulah Bersatu, lebih-lebih lagi Muhyiddin yang menerajui Bersatu tidaklah mempunyai aura seperti Tun Mahathir Mohamad ketika PRU14 lalu.  

Pendirian UMNO terhadap Bersatu ketika ini amat jelas iaitu mereka menyokong Muhyiddin dan berada dalam kerajaan PN hanyalah sehingga penggal Parlimen PRU14 ini berakhir saja.  
Untuk PRU15, UMNO hanya mahu komited dalam kerjasamanya dengan Pas dalam Muafakat Nasional atau MN dan sebab itulah UMNO menolak untuk menyertai gabungan PN secara rasmi. 
Dengan keadaan ini, walaupun Muhyiddin telah mendaftarkan PN, kedudukan Bersatu masih lagi terumbang-ambing kerana jika UMNO menolak untuk bertoleransi dalam soal kerusi, parti itu tiada peluang lagi untuk terus bernyawa. 
 
Berikutan PRN Sabah yang memperlihatkan Bersatu tidak menghormati UMNO di mana sejak awal Muhyiddin telah menamakan Hajiji sebagai Ketua Menteri, walaupun parti itu hanya serpihan UMNO, kemudian cuba memungkiri janji pengagihan kouta menteri kepada Bung Mokhtar Radin, nyata bahawa Bersatu bukanlah rakan yang baik untuk berkongsi kuasa.  
Sepatutnya sejak awal lagi Bersatu menghormati kedudukan UMNO yang lebih besar dan ramai Ahli Parlimennya pula menyokong Muhyiddin, namun Muhyiddin seperti memperlekehkan UMNO dengan mengumumkan nama Hajiji sebagai Ketua Menteri tanpa sebarang perundingan dengan UMNO.  
Kini, selepas PRN berakhir, nampaknya ramai pemimpin UMNO makin sedar mereka bukan saja sedang dipermainkan oleh Bersatu, malah bakal “dibunuh” masa depannya jika terus bersama parti itu.  
Presiden UMNO, Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Mohamad Hasan dan lain-lain pemimpin kanannya mula bersuara tentang hala tuju baru yang mahu dilalui untuk menghadapi PRU akan datang.  Tindakan UMNO tidak menyertai PN adalah suatu tindakan yang betul, tetapi ingin terus berada bersama Bersatu sehingga PRU akan datang, barangkali bukan suatu keputusan yang tepat.  

Ini kerana selama tujuh bulan bersama selama ini jelas menampakkan Bersatu ingin membolot, menguasai dan melemahkan UMNO melalui kuasa yang terkumpul di tangan Muhyiddin dan beberapa menteri kanan daripada Bersatu yang rapat dengan Perdana Menteri seperti Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali.  
Jika lebih lama bersama, UMNO akan terus dilemah serta hubungannya dengan Pas juga akan dipecah-perintahkan yang tujuan akhirnya ialah agar Bersatu terus unggul menguasai kerajaan untuk tempoh yang lebih lama.  Dalam hal ini, UMNO tidak harus berlengah lagi dan mesti cepat keluar daripada kerajaan PN, tidak kira sama ada dengan menyokong Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru atau supaya pilihanraya semula dapat diadakan segera.  

Yang penting, keluar daripada kerajaan PN dan menarik sokongan terhadap Muhyiddin adalah pilihan yang tidak boleh dilengah-lengahkan lagi buat UMNO.  Lagi cepat bertindak, lagi cerah harapan untuk UMNO kembali menguasai Putrajaya seperti sebelum ini, sebaliknya bagi Bersatu pula, sekali ia sudah berjaya mengalahkan UMNO sejak PRU14 lalu, selamanya niat untuk menguburkan UMNO itu tetap membara.  

Berdasarkan sokongan semasa rakyat kepada UMNO dalam beberapa PRK sebelum ini dan di PRN Sabah, tidak dinafikan ia telah pulih dan berada di tahap yang baik, maka masa depan parti itu sebenarnya lebih berkilau jika tanpa bersama Bersatu, tetapi Bersatu hampir tiada masa depan jika tiada UMNO bersamanya.  
Pilihlah mana satu – mahu UMNO terus hidup atau merelakan Bersatu “mematikan” UMNO? (Shahbudindotcom 02/10/2020).
 (http://gigitankerengga.blogspot.com/2020/10/untuk-kembali-kuasai-putrajaya-umno.html)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita sebagai warga Muslim yang yakin dan percaya dunia khirat, hendaklah kembali kepada perpaduan menurut Islam yang lebih luas. Bukan perpaduan hanya semata-mata menurut kaum, bangsa, asobiah, keturunaan terpilih, nak ke Putrajaya atau mengikut hawa nafsu mereka sahaja. 

Bukan begitu... Kerana ‘Islam Memperkukuh Perpaduan’, tema yang dibawa oleh Presiden PAS tahun ini. Maka lahirlah kegiatan seperti Pesta Tanglung DHPP Pulau Pinang pimpinan Steven Koh, yang berasal dari budaya orang Cina. Budaya yang dipergunakan untuk perpaduan manusia. 

Tahniah Steven Koh!

7 comments:

Anonymous said...

Bro..xpayah lah nak Guna islam dalam menghalalkan Cara sudah tiba masanya politik Negara digerakkan oleh orang yang betul2 jujur.bukan Guna kan islam.nampak Sgt macam pas dgn umno Islamik..yg lain semuanya tak elok Dan buruk belaka.

Anonymous said...

Dap sangat islamik. Dsai pun sangat islamik.

Anonymous said...

Kita menyokong PAS memperkasakan dan memartabatkan MN dan PN untuk menegakkan hak Islam dan hak umat Islam.

Kita tahu puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka dan agen sulit mereka sedang menyebarkan pelbagai fitnah untuk melaga-lagakan UMNO dengan Bersatu supaya umat Islam berpecah-belah dan menjadi lemah.

Jika ini berlaku , puak kafir harbi dan khadam mereka akan ketawa tergolek-golek bertepuk tangan berhigh-five kerana peluang terbuka Luas untuk puak kafir harbi memerintah negara dan menindas Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Anonymous
October 3, 2020 at 11:21 AM
October 3, 2020 at 11:21 AM

Dua dua ni si bahlol yang sama, tak faham Islam. Kita mahu perpaduan berdasarkan Islam. Bukan macam cara fikir komunis atau DAP yang peralatttkan agama-agama. Kaalau dah bahlol, jangan ckap pasal Islam le.. Baik jilat juboq tak basuh le.
HHHaaaaaaa

Unknown said...

buang aje umno ni perangai tak berubah bila ada kuasa rasuah orang dah tolong untuk menjadi kerajaan nak. minta lebih lebih pulak ini yanh dinamakan melepaskan anjing tersepit

Anonymous said...

Ibnu Hasyim kenapa tak ada cerita ngentot dan foto bogel,dah kehabisan ideakah.kah...kah...kah.....

Anonymous said...

Apalah punya bangang Ibnu Hasyim ni.Sekarang yang bekuasa PN alias UMNGOK dan PAS.Nak tuntut dengan pihak yang tidak memerintah negara buat apa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails