Sunday, September 27, 2020

Wajahkan dakwah mengikut suasana semasa -Dr Zulkifli

 

 DR Zulkifli Mohamad Al-Bakrii. - Foto/Bernama

Pendekatan dakwah ikut arus semasa dan persekitaran

KOTA BHARU: Pendekatan dakwah Islamiah perlu mengikut arus semasa dan selari dengan persekitaran bagi membolehkan mesej itu sampai kepada golongan sasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata mesej utama yang ingin disampaikan perlu menitipkan rasa Islam itu indah dan tidak dianggap ekstrim.

"Sempena Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), matlamat kami jelas, iaitu bagaimana kita mahu wajahkan dakwah Islamiah mengikut suasana semasa.

"Kita mahu menonjolkan Islam itu sifatnya sesuai sepanjang masa dan semua tempat. Justeru, dakwah perlu dilakukan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

"Pada masa sama, dakwah itu boleh membawa kepada rasa Islam itu indah dan tidak dianggap ekstrim sehingga menzahirkan kebencian atau permusuhan dengan sesiapa sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka YADIM Peringkat Negeri Kelantan, di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, terdapat banyak agensi di bawah YADIM yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan dakwah kepada masyarakat.

"Kita mahu sifat dakwah dibawa penuh tatasusila dan kesopanan.

Ini kerana apa yang kita lihat sekarang, sifat murni itu sudah banyak terhakis dalam menyampaikan dakwah dan perkara ini yang kita cuba betulkan semula.

"Sebagai contoh apabila kita datang berdakwah di Kelantan, kita perlu memahami denyut nadi rakyat orang kampung di negeri ini dan pendekatan mana yang lebih sesuai.

"Di negeri lain pula mungkin pendekatan lain yang lebih sesuai berbanding pendekatan yang kita gunakan di Kelantan," katanya.

Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails