Thursday, October 01, 2020

Palestin Protess Bahrain/UAE Kawan Dengan Israel.

 

1. Bahrain/UAE kawan Israel.

Sudah berdekad lamanya isu Palestin masih lagi tak selesai di rantau Asia Barat. Selain dari ancaman keselamatan yang terpaksa dihadapi oleh penduduknya, bekalan makanan kadangkala terputus manakala sebahagian tanah Palestin turut ‘terhakis’ akibat pendudukan haram Israel. 

Kedudukan Palestin jugak banyak bergantung kepada kerjasama negara-negara yang telah banyak bantu menyokong rakyat Palestin daripada penindasan Israel. Jadi apabila sebuah lagi negara Arab ‘bersekongkol’ dengan Israel, ini bererti satu lagi negara dah iktiraf bahawa Israel ini merupakan sebuah negara sekaligus menidakkan kewujudan Palestin di peta dunia. Apa yang dah berlaku sebenarnya?

2. Palestin kecam Bahrain, bakar poster pemimpin Bahrain/AS.

Lepas pembukaan Kedutaan AS di Israel, Palestin sekali lagi ditekan, apabila dua lagi negara Asia Barat telah menjalinkan hubungan dengan Israel atas sokongan Arab Saudi dan AS. Awal September lalu, Palestin menyifatkan persetujuan Bahrain mahu tandatangan pulihkan hubungan dengan Israel adalah pengkhianatan kepada rakyatnya. 

Kepimpinan Palestin menolak kerjasama tersebut, dan mengecam Bahrain kerana tindakan tersebut bakal merencatkan Inisiatif Damai Arab 2022 dan resolusi yang dibuat oleh negara Arab dan sidang kemuncak Islam.

Via Aljazeera

Bukan itu je, media turut melaporkan ratusan penduduk Palestin mengadakan demonstrasi bantahan terhadap tindakan Bahrain. Di Gaza, penunjuk perasaan memijak dan membakar plakad gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Raja Bahrain Hamad Isa Al-Khalifa dan pemerintah UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan.

“Kami katakan kepada Bahrain dan UAE bahawa perjanjian ini adalah pengkhianatan kepada rakyat Palestin dan negara Arab,”- Ahmad al-Medalal, pegawai Jihad Islam Palestin.

3. Pulihkan hubungan baik Bahrain-Israel-AS, &usaha negara Arab tunda pendudukan haram Israel ke atas Palestin.


New York Times menjelaskan, langkah Amerika Syarikat yang dipimpin Donald Trump ni menunjukkan bahawa polisi berbaik dengan negara-negara Arab, termasuklah Bahrain bukanlah satu usaha yang baharu sebenarnya. Bertahun-tahun lamanya, Bahrain antara negara yang sememangnya cuba untuk menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat serta Israel demi mengimbangi kuasa Iran.

Mengikut analisis Mark Landler, koresponden New York Times;

“Peluang untuk kemajuan (hubungan) datang, secara paradoksnya, kerana kekhuatiran Arab terhadap usaha perdamaian Trump dalam isu Israel-Palestin. Rancangan Trump lebih cenderung ke arah Israel, secara tidak langsung memberi Netanyahu lampu hijau untuk duduki kawasan di Tebing Barat”- seperti yang disiarkan dalam New York Times pada 12 September 2020

Trumphamadbinisaalkhalifareuters 1599845029596Trump bersalam dengan Raja Bahrain, Hamad bin Isa al Khalifa. -Via TRT World 

Pendudukan Israel dalam kawasan Palestin akan mengugat usaha perdamaian yang dirancangkan dalam Inisiatif Damai Arab 2022, iaitu dengan memujuk Israel berdamai dengan Palestin melalui pengiktirafan mereka terhadap Palestin sebagai sebuah negara. Jadi sekarang ni, dunia Arab cuma ada dua pilihan dalam usaha mengawal Israel iaitu dengan membiarkan Israel terus menduduki tanah Palestin atau normalisasi hubungan dengan Israel dan Amerika Syarikat.

Yousef al-Otaiba, seorang diplomat yang terkenal kemudiannya dah berunding dengan Jared Kushner, perunding politik Trump di Asia Barat. Jared Kushner pulak telah berjaya memujuk Israel untuk menunda pendudukan Israel agar kerjasama normalisasi hubungan baik tersebut dapat dijalankan. ‘Kejayaan’ ini pun boleh dianggap serampang dua mata sebab ia boleh dijadikan sebagai bukti pencapaian Trump untuk kempen pemilihan Presiden kelak.

 
Yousef al-Oltaiba ni jugak dikatakan ada kaitan dengan kes 1MDB.. Via The Intercept

4. Bahrain &UAE ikut telunjuk Arab Saudi, Palestin masih lagi tersepit..


Bahrain pulak banyak bergantung kepada Arab Saudi, jadi sudah tentulah Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan lebih cenderung untuk mendengar serta menuruti polisi luar Arab Saudi. Dari sudut ketenteraan jugak, hubungan diplomatik dengan Amerika memudahkan mereka membeli dan memperoleh teknologi persenjataan Amerika.

Sementara Palestin mengecam tindakan normalisasi hubungan antara dunia Arab-Israel, Asia Barat turut menjadi pentas untuk ‘merebut’ kekuasaan dan pengaruh antara Arab Saudi, Turki dan Iran. Apa yang sama dengan ketiga-tiga negara ni adalah masing-masing tetap mengiktiraf kewujudan Palestin, namun pergelutan kuasa untuk menjadi negara paling kuat masih lagi berlangsung.

Namun ketika ni, kesan langsung daripada pengiktirafan Bahrain dan Arab Saudi ni memungkinkan lebih banyak negara yang akan mengikuti jejak Bahrain untuk mengiktiraf Israel. Sebelum ni, Israel sudah menandatangani perjanjian damai dengan dua negara Arab, Mesir dan Jordan, masing-masing pada 1979 dan 1994. Kini pada 2020, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu pulak.(IH)

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails