Monday, September 28, 2020

RM611,000. Ditipu pakej pelancongan Didalangi Suami-isteri ini..

 

 Suspek kes penipuan pakej pelancongan yang ditahan polis di IPD Sungai Buloh. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Seramai 519 individu menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan didalangi suami isteri dengan jumlah kerugian lebih RM611,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Muhammad Yazid Muhammad Yew, berkata setakat kelmarin, polis menerima 69 laporan berhubung kes berkenaan di negeri itu.

"Laporan tertinggi diterima di daerah Sungai Buloh dengan 30 laporan membabitkan 63 mangsa dengan jumlah kerugian sebanyak RM26,193.

"Jumlah kerugian tertinggi dicatatkan RM261,269 menerusi tujuh laporan polis oleh tujuh mangsa di Ampang Jaya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Yazid berkata, sebanyak 10 laporan polis membabitkan 194 mangsa diterima polis daerah Petaling Jaya dengan jumlah kerugian sebanyak RM232,110.

Katanya, polis daerah Kajang menerima empat laporan membabitkan 204 mangsa dengan kerugian sebanyak RM48,929 dan di daerah Gombak, ada tujuh laporan membabitkan 26 mangsa dengan jumlah kerugian mencecah RM15,430.

"Sebanyak enam laporan oleh 20 mangsa diterima polis daerah Shah Alam dengan jumlah kerugian RM19,472, tiga laporan di Subang Jaya dengan kerugian RM4,097 dan dua laporan di Sepang dengan kerugian RM3,493," katanya.

Beliau berkata, siasatan kes itu bermula 13 September lalu, susulan beberapa laporan berhubung penipuan pakej pelancongan oleh syarikat I&I Paradise Venture diasaskan kedua-dua suspek.

"Kedua-dua suspek berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan pada 25 September.

"Kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya. (BH)

Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails