Tuesday, September 29, 2020

Hajiji KM Sabah, Bung Moktar TKM, Tahniah! Biar PH Putih Mata..

 

Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu di hadapan Yang di-Pertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri, hari ini. - FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU: Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas mengangkat sumpah pada jam 10.32 pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan, menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri II.

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam pula menjadi Timbalan Ketua Menteri III.

Sebahagian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berdoa sebelum bergerak bersama-sama ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16 di Istana Negeri, hari ini. - FOTO BERNAMA

Selain itu, Bung Moktar turut memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Jeffry juga dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan, manakala Joachim sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Seterusnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Sabah.

ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, pula memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Kedua-dua Masidi dan Jahid berstatus Menteri Kanan Kabinet Sabah.

(Gambar fail) Istana Negeri Sabah. - NSTP/MALAI ROSMAH TUAH

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah KM baru! Biar PH putih mata. Boleh cuba lagi akan datang..

Hibur Hibur Sikit

2 comments:

Anonymous said...

Kempen sup katak oleh puak roket telah gagal. Sembang lebat habuk pun tarak ! Padan muka !

Ha ha ha ha ha 500x .....

Unknown said...

Tungguuuuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails