Friday, July 03, 2020

Beri peluang PAS realisasi keupayaan memerintah



KUALA LUMPUR: Politik adalah sebahagian daripada Islam di mana agama ini yang mengawal politik dengan menunjukkan jalan dan matlamat tujuannya, demikian kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Menurut beliau, aspirasi PAS ketika ini adalah merealisasikan pemerintahan negara di mana selain Islam diperkenalkan secara ilmu, ia juga sangat penting diperlihatkan secara praktikal menerusi politik.
“Dengan sebab itu kalau politik mengikut Islam, semua jadi baik. Yang silap hari ini ialah bila politik nak memaksakan Islam. Ini perbezaan dua perkara ini perlu kita selesaikan dahulu.
“Ada kalangan yang memang tahu Islam ini baik, tapi mereka tak mahu beri peluang kepada Islam, kerana mereka takut mempengaruhi (masuk Islam). Ini satu sikap yang tidak jujur,” ujarnya pada program Bicara Naratif TV1 di Angkasapuri, di sini semalam.
Jelas beliau, PAS mempunyai pengalaman memerintah Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, serta pernah menyertai Kerajaan Pusat tahun 1973 dan dalam BN 1974 hingga akhir 1970-an.
Terangnya, pengalaman itu mengajar PAS kekuatan, kelemahan, kebaikan dan kesempurnaan, serta menjadi pembangkang yang menasihat kerajaan di mana kini peluang itu mahu dibuktikan dalam kerajaan.
Kerana itulah maklumnya, pemilihan calon dalam PAS berdasarkan integriti dan melalui saringan tapisan dibuat Majlis Syura Ulamak dilihat iman, akhlak, ilmu dan tiada kelemahan secara zahirnya.
Menerusi pendekatan itu katanya, PAS berjaya memilih pemimpin yang mempunyai sifat baik hingga menimbulkan suasana stabil dalam parti, tidak sebagaimana perkara dialami oleh parti-parti politik lainnya.
“Kita tak mahu cakap kelemahan orang lain, kita tak mahu mengambil budaya bila orang tanya, ini salah orang lain, ini salah orang lain. Kita perlu tunjukkan apa yang boleh kita buat, yang kita tunjukkan kepada orang,” ujarnya.
Menurut Ahli Parlimen Marang ini juga, dalam menyelesaikan pertikaian terhadap tonggak-tonggak negara dalam Perlembagaan, PAS mengambil pendekatan menyatukan parti politik yang ada.
Perinci beliau, ia bermula dengan parti-parti yang pernah terlibat dalam perjuangan kemerdekaan dan menggubal Perlembagaan di mana turut menyertai pilihan raya pertama 1955 dan pada tahun 1959.
Kerana terangnya, walaupun Perlembagaan itu digubal Suruhanjaya Reid, tetapi parti-parti ketika itu mempunyai semangat Perlembagaan di mana sama ada kerajaan atau pembangkang; mereka menerima hakikat dan sedar jaminan hak di dalamnya.
“Antara yang menarik ialah hukum Islam tak boleh hukum orang bukan-Islam. Ini satu kelonggaran yang diberi. Kita tak paksa orang bukan-Islam menerima hukum Islam. Kita perkenalkan dulu.
“Dengan perkenalkan ini saya yakin bahawa orang bukan-Islam akhirnya akan terima hukum Islam ini. Bahkan banyak Undang-undang Barat itu diambil daripada Islam, diciplak daripada Islam.
“Banyak konsep yang diambil oleh Barat, kehakimannya, undang-undangnya, persaksian, banyak. Kita lebih sempurna,” optimis beliau.
Menjawab pertikaian terhadap komposisi Kabinet, beliau berkata yang penting adalah tidak bersifat ekstrem di mana pihak lain boleh tidak bersetuju, tetapi beri ruang kerajaan baharu memperkenal dan sedia berhujah.
Sebaliknya tegur beliau, sekiranya bersikap ekstrem dan melulu tidak akan memberi kesempatan untuk memperkenalkan, kerana Islam tidak cukup dengan ilmu, teori, ucapan dan tulisan, tetapi mesti praktikal.
“Dengan sebab itu kita percaya dan yakin, kalau diizinkan Islam dipraktikkan dengan cara yang betul, akan memberikan kefahaman yang betul kepada orang Islam dan akan memberi kefahaman orang bukan-Islam sendiri. Dan mereka boleh terima Islam dengan cara yang lebih terbuka kepada Islam ini.
“Perlu kita sedar banyak dalam sejarah undang-undang antarabangsa sebagai contohnya, apabila ahli undang-undang antarabangsa nak menggubal undang-undang antarabangsa selepas Perang Dunia yang Pertama. Mereka gagal untuk mencipta undang-undang antarabangsa bagi mengawal peperangan yang berlaku.
“Sehingga mereka jadikan Quran sebagai rujukan. Dan hari ini kita dapati bagaimana terdapat kalangan bukan-Islam, saintis yang bukan-Islam menganut Islam bila mereka baca Islam. Dan ada yang mengaku Islam itu benar, Islam itu betul. Mereka terima hakikat ini.
“Dan banyak kajian saintifik tentang angkasa lepas yang ditunjuk oleh Quran. Dibuktikan benar macam Quran sebut itu benar. Bila bercanggah Quran dengan pandangan manusia, akhirnya orang tahu Quran itu betul,” terangnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2020

Ketua Dewan Pemuda PAS Sampaikan Ceramah


PEKAN 2 Julai – Ketua Dewan Pemuda PAS,Ir. Khairil Nizam Khirudin menyampaikan ceramah beliau di Ceramah Muafakat Nasional – Hikmah UMNO dan PAS Bersama sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.23 Chini di Tapak Pasar Tani FAMA, Pusat Bandar Dara di sini malam ini. Foto – MediaUMNO


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

10 comments:

Anonymous said...

Kan dah ada peluang skrg ni. Dah jd sebahagian kerajaan pusat pun. Nak beri peluang apa lg?

Anonymous said...

Elok sekeh jer kepala mamat ni. Perkara serius pun masih nak menyindir.

Anonymous said...

Kau tu yg patut disekeh. Betul ckp mamat tu. Dh jd kerajaan buat la apa yg dulu terpekik ini tk boleh, itu tk ikut Islam. Semua salah..
Akta kn hudud tu, tutup panggung wayang, judi, Pusat hiburan, riba dn semua yg diperjuangkn masa jd pembangkang dulu.
Ni parlimen dh nk mula bahas lah semua tu. Takkn geng2 umno mic mca bersatu muhyiddin tk setuju pulak. Kalau dap tk setuju logik la sebab depa kapir.

Anonymous said...

Pulang balik duit aku utk lawan srwk report. Kami bukan bagi nak selesai bayar mrk

Anonymous said...

Hoi swmua RBA ternakan parti kafir Harbi gonna end, cukup-cukuplah kamu semua membodohkan diri kamu sendiri dengan membuat komen bodoh berunsur fitnah jahat untuk memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam.

Hoi RBA bahlol @ bodoh berlapis-lapis , kamu percaya semua undang-undang boleh diubah serta merta tanpa sebarang kajian mendalam , pemahaman rakyat dan perbincangan pemimpin-pemimpin kerajaan.

RBA bahlol fikir perubahan undang-undang semudah membina reban ayam sedangkan kera jaan Pakatan Hancing pun gagal membuat sebarang perubahan positif dalam tempoh kurang dari dua tahun.

Ini membuktikan RBA adalah kepala bapak hipokrit yang suka menipu rakyat.

Anonymous said...

Wah RBA 10:58 cuba menyamar sebagai ahli pas menuntut wang yang kononnya untuk lawan swrk report. Sejak bila puak roket tolong pas ??? RBA mabuk todi !

Ha ha ha ha ha ha ha ha ha

Anonymous said...

Kalo la mujahid bg alasan gini, dah lunyai kena maki dek penganut ajaran kuat maki ni

Anonymous said...

Mana ko tau dia puak roket? Kalo salah ko dah kira fitnah ni. Ko jgk meroyan org lain kuat fitnah

Anonymous said...

Mana ko 3:07 tau dia bukan puak roket? Kalo salah ko dah kira fitnah ni. Ko jgk meroyan org lain kuat fitnah

Anonymous said...

Biasalah bila dah jadi pembangkang, orang lain jadi tak waras. Yg paling tak waras ialah bang non. Kekal tak waras sejak dulu lagi, sampai sanggup duduk celah kangkang dap. Atok pulak tolak bang non, nak boboi jadi pm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails