Thursday, July 02, 2020

Berita gembira! Kuliah, solat Duha dibenarkan di masjid, surau..

Kuliah, solat Duha dibenarkan di masjid, surau bermula minggu ini - Ismail Sabri
Jemaah kini boleh menghadiri kuliah dan mengerjakan solat Duha di masjid serta surau, bermula hujung minggu ini selepas kerajaan membenarkan berbuat demikian. - Gambar hiasan BERNAMA
Kuliah, solat Duha dibenarkan di masjid, surau bermula minggu ini - Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kuliah dan solat Duha diadakan di masjid serta surau, bermula hujung minggu ini. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak ketinggalan kelas mengaji dan fardu ain juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau.

"Pun begitu kebenaran ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, masjid dan surau juga dibenarkan mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat tertakluk kepada SOP yang ditetapkan bermula Jumaat ini (3 Julai).


Menurut beliau, kebenaran itu diputuskan susulan cadangan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan aktiviti-aktiviti itu diadakan di masjid dan surau. (AA)


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails