Thursday, July 02, 2020

Presiden Bersatu Calon PM Ke 9. -PAS Sokong.



KUALA LUMPUR: PAS menzahirkan kepercayaan dan sokongan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang Kesembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15
.
Menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, tujuan PAS menzahirkan dukungan kepada kepimpinan Muhyiddin Yassin serta permuafakatan politik Perikatan Nasional (PN) adalah demi kesejahteraan negara dan rakyat.
Beliau berkata demikian melalui satu hantaran di laman Facebook Rasmi beliau tengah hari tadi, di sini, hari ini.
Sebelum ini, melalui hantaran Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyatakan bahawa ketua-ketua parti dari PN menzahirkan sokongan terhadap beliau dan bermuafakat demi memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Dalam foto yang dikongsi kedua-dua tokoh politik itu, pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Dato’ Seri Wee Ka Siong, (MIC) Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee, (PBB) Dato’ Patinggi Dr Abang Abdul RahmanZohari, dan beberapa pimpinan parti lain termasuk Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails