Friday, July 03, 2020

Dr Kamarul Zaman: Salahkah, Pembaca Menyimpulkan 3 Perkara Ini?


Agresifnya pendakyah Kristian di Malaysia

DISEBABKAN beberapa kes mahkamah antara saya dan pemimpin DAP adalah melibatkan isu Kristianisasi di Malaysia, saya telah membeli dan membaca buku-buku tertentu untuk lebih mendalami isu ini.


Antara buku yang baru sahaja saya beli dan baca adalah sebuah buku yang dijual secara banyak sekali bertajuk “Lakukan Apa yang Benar: Satu Panduan Perundangan yang Praktikal untuk Gereja-gereja di Malaysia”.
Buku ini diterbitkan hasil daripada “keperluan untuk membekali umat Kristian dengan pengetahuan asas undang-undang supaya mereka boleh melaksanakan hak Perlembagaan mereka dalam mengamalkan dan menyebarkan iman Kristian dengan bijaksana dan berani”.
Setelah membaca buku ini, fahamlah saya bahawa apa yang saya nyatakan selama ini mengenai keagresifan pendakyah Kristian di Malaysia sememangnya adalah sesuatu yang betul.
Berdasarkan kepada kandungan buku ini, maka nyatalah bahawa merekalah, dan bukannya umat Islam seperti saya, yang lebih banyak mengocak keharmonian kehidupan beragama di Malaysia.
Sebegitu agresifnya mereka sehingga mereka boleh menganggap enakmen-enakmen kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam yang diluluskan oleh negeri-negeri sebagai “batal dan tidak berlaku vis-a-vis Perlembagaan Persekutuan”.
Alasan yang mereka berikan adalah “pembuat undang-undang negeri mungkin telah bertindak di luar kuasa yang sah dalam menguatkuasakan undang-undang ini” kerana “enakmen-enakmen tersebut memberi kesan larangan yang signifikan bahkan absolut untuk penyebaran agama-agama lain kepada orang Islam, dan bukan hanya satu kawalan dan sekatan”.
Pendirian mereka ialah “kerajaan negeri tidak diperkasakan untuk melarang mentah-mentah penyebaran agama-agama bukan Islam kepada seorang Muslim” kerana “di negara yang menjamin kebebasan beragama untuk setiap orang, termasuk seorang Muslim, perkataan ‘kawalan dan sekatan’ tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘melarang secara total‘”.
Turut ditegaskan oleh mereka adalah bahawa “meletakkan tanggungjawab pada orang bukan Muslim untuk memastikan agama orang yang sedang berbincang atau bercakap dalam usaha menyekat penyebaran juga tidak dapat diterima akal”.
Ini diikuti oleh gesaan buku ini kepada gereja-gereja di Malaysia yang berbunyi begini:
“Kita tidak boleh berbau perkauman atau mendiskriminasi agama dalam penginjilan hanya kerana undang-undang buatan manusia yang tidak menguntungkan bagi kami. Lagi pula, siapa yang harus kita taati: Tuhan atau manusia?”
Salahkah jika kandungan buku ini membuat pembacanya menyimpulkan bahawa:
(1) Pendakyah Kristian di Malaysia tidak berpuas hati dengan kawalan dan sekatan yang dikenakan ke atas mereka untuk mendakyahkan agama Kristian kepada umat Islam.
(2) Pendakyah Kristian di Malaysia berpendirian bahawa enakmen-enakmen yang mengawal dan menyekat penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
(3) Di atas alasan keterbatalan enakmen-enakmen ini, dan di atas alasan mereka perlu mentaati Tuhan dan bukannya manusia, pendakyah Kristian di Malaysia tetap mahu berusaha untuk mengkristianisasikan umat Islam.
Bukankah semua ini adalah punca utama kepada ketidakharmonian kehidupan beragama di Malaysia?
Dan keagresifan mereka tidak terhad dalam isu penyebaran agama sahaja kerana enakmen-enakmen yang menghalang kalimat dan ekspresi yang dikhususkan kepada umat Islam dari digunakan oleh orang bukan Islam juga turut dipersoalkan oleh mereka.
Tegas buku ini: “Sebagaimana yang telah dibahaskan dalam bab mengenai penukaran agama, adalah disarankan bahawa undang-undang yang melarang penggunaan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu mungkin bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.”
Tambah buku ini lagi: “Tambahan pula, larangan mengenai penggunaan Bahasa Melayu sebagai media pengajaran di gereja juga bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membuat Bahasa Melayu sebagai satu subjek wajib di semua sekolah rendah dan menengah.”
Begitulah agresifnya pendakyah Kristian di Malaysia ini.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 3/7/2020

5 comments:

Files Moody said...

nice

Unknown said...

Pendakwah Islam.... Mcmane

Unknown said...

Dr kamarul perlu cerita keindahan Islam kpd non muslimin

Anonymous said...

Di waktu orang-orang Kristian termasuk paderi Kristian dan mubaligh Kristian di Eropah dan Amerika Utara dan Selatan memeluk agama Islam, pendakwah Kristian dan gereja cuba melaksanakan dakyah kristianisasi di negara-negara umat Islam.

Alhamdulillah majoriti kaum Melayu Islam masih berpegang teguh pada agama Islam. Kita sangat bimbang jika terdapat segelintir orang Melayu murtad secara sulit @ rahsia dan hidup seperti orang Melayu dan mereka menjadi musuh dalam selimut.

Anonymous said...

Non muslim tidak pulak dipaksa berhenti makan babi, tapi islam di uighur disuruh jangan berpuasa dan jangan solat. Dipaksa makan babi, binatang yg dilarang dlm islam.

Undang2 manusia di cina sampai ke tahap jenayah tertinggi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails