Tuesday, June 30, 2020

Ulasan Drama Korea: Penonton Suka Elemen Jenayah Tapi Kelakar..

episod akhir team bulldog: off-duty investigation
HALAMAN HIBURAN

Ulasan Drama Korea: Selepas 12 episod bersiaran, akhirnya drama penyiasatan “Team Bulldog: Off-Duty Investigation” gandingan Cha Tae-hyun dan Lee Sun-sbin sudah pun melabuhkan tirainya.

Sinopsis ringkas

Jin Kang-ho (Cha Tae-hyun) ialah seorang detektif yang sangat bersemangat dan berdedikasi. Dia akan memastikan kesemua penjenayah jatuh ke tangannya dalam apa jua cara sekalipun sehingga membuatkan ramai detektif lain menyampah dengannya.
episod akhir team bulldog: off-duty investigation
Kang Moo-young (Lee Sun-bin) pula ialah seorang produser TV yang menghasilkan program penyiasatan. Misi utama rancangan ini ialah untuk menangkap penjahat yang tidak mampu diberkas oleh pihak polis. Wanita ini adalah sangat tulus tetapi sanggup mengambil risiko supaya dapat menegakkan keadilan. Tanpa sengaja, kedua mereka bertemu dan mula bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai kes jenayah yang menemui jalan buntu.

Rating mula perlahan dan berakhir dengan tinggi

Daripada respons yang ditinggalkan oleh penonton, rata-rata daripada mereka melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan plot drama ini. Bahkan pengarah ini menerima tepukan gemuruh kerana berjaya menyeimbangkan elemen komedi dan serius sehingga membuatkan penonton tak berasa janggal langsung dengan perubahan emosi sepanjang tayangannya.
episod akhir team bulldog: off-duty investigation
Bukan itu sahaja, lakonan kesemua pelakon utama “Team Bulldog: Off-Duty Investigation” turut menerima pujian melambung kerana lakonan mereka yang mantap dan meyakinkan. Oleh sebab tiada langsung cacat cela kepada naskhah ini, rating yang dicatatkannya juga kian meningkat pada saban episod. Malahan episod akhir drama ini berjaya merekodkan rating tertinggi sepanjang ia bersiaran iaitu 4.39%.
Siapa yang berminat dengan drama penyiasatan yang kelakar, anda elok menonton drama ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia baru bawah PM 8, sepatutnya drama-drama di sini bermutu tinggi dan mengikut syariat! Cuba-cubalah wujudkan!


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails