Saturday, June 27, 2020

PKR Jelebu hampir lumpuh, 40 ahli keluar parti hilang kepercayaan terhadap Anwar



Seramai 40 ahli PKR Cabang Jelebu termasuk jawatankuasanya mengisytiharkan keluar parti serta-merta pada Sabtu, sekaligus menyebabkan cabang berkenaan hampir lumpuh.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Jelebu, Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus, berkata tindakan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PKR, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mohd Faizal Fadli mendakwa kumpulan yang keluar dari parti tersebut merangkumi dirinya, naib ketua, ahli jawatankuasa (AJK), naib ketua, setiausaha dan AJK AMK, naib ketua dan AJK wanita serta ahli.

"Perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu kegagalan presiden mendamaikan dua kumpulan selepas pemilihan dan kemelut kepimpinan yang berpanjangan," katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Turut mengisytiharkan keluar parti ialah Ketua Srikandi Negeri Sembilan, Ismaliza Ismail selain timbalan ketua cabang Jelebu, Tang Jay Soon yang telah keluar parti pada 15 Mei lepas.

Dalam pada itu, Mohd Faizal Fadli berkata kumpulan itu turut menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan akan bergerak menerusi platform baharu iaitu Pengerak Komuniti Negara, sebuah badan bukan kerajaan. – Bernama

  • Perhatian:
  • Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
  • Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

8 comments:

Anonymous said...


Realtinya PRIHATIN Makcik Kiah hamPAS. Ini buktinya

ULASAN: “Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Mak Cik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864”.
Ini antara gambaran yang disampaikan sewaktu pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN pada bulan Mac yang lalu. Persoalannya sekarang ini, adakah Mak Cik Kiah dan mereka yang melalui situasi seumpama Mak Cik Kiah benar-benar menerima apa yang telah dijanjikan?
Hakikatnya di bawah sana kita tahu ramai lagi rakyat yang masih terjejas dengan cabaran ekonomi ekoran wabak COVID-19. Kehidupan mereka sekarang tidak menentu dan kini hanya bergantung kepada bantuan yang dijanjikan kerajaan untuk terus menyara keluarga dengan keperluan asas.
Sebagai contoh, terdapat satu kes yang saya terima di mana suami hilang sumber pendapatan oleh kerana pelaksanaan PKP. Pada masa yang sama, beliau memiliki tanggungan dua orang anak, isteri yang sedang mengandung 7 bulan anak ketiga. Disebabkan tiada wang, satu keluarga kini dihalau keluar daripada tempat tinggal mereka kerana tidak mampu membayar sewa bulanan. Adakah ini satu kes yang terpencil?
Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini telah melaporkan bahawa kesan daripada wabak COVID-19, kadar pengangguran telah bertambah dari bulan ke bulan: Februari 3.3 %, Mac 3.9% dan April 5%. Ini bersamaan dengan lebih 610,000 orang bagi Mac dan 778,800 orang bulan April.
Malah, seperti yang dilaporkan dalam The Edge Markets pada 15 Jun 2020, pakar ekonomi menjangkakan angka ini berpotensi untuk terus bertambah sehingg 7% atau melebihi 1 juta orang.
Untuk pengetahuan, terdapat sejumlah 2.59 juta orang yang bekerja sendiri pada bulan April 2020. Kumpulan ini yang sebahagian besarnya terdiri daripada peniaga/pengusaha kecil-kecilan (pasar tani/ pasar malam/ katering/ freelancer), terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan PKP.
Memang mudah untuk kita memberikan statistik dengan angka-angka dan peratusan seperti di atas. Tetapi bagi tuan punya diri yang menjadi sebahagian daripada statistik itu, lain ceritanya.
Tekanan daripada pelbagai sudut termasuk kewangan, mental dan psikologi sedang menghambat mereka. Inilah yang sedang dilalui oleh 778,800 orang yang telah hilang pekerjaan dan dijangka akan bertambah melebihi 1 juta orang. Jika dimasukkan bilangan tanggungan yang terbabit bagi setiap pekerja, jumlah mereka yang terkesan pasti jauh lebih tinggi.
Namun persoalan yang berlegar sekarang adalah sejauh manakah keberkesanan penyaluran bantuan melalui Pakej PRIHATIN yang bernilai RM22billion dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bernilai RM35billion ini?
Rakyat perlu tahu setiap perincian penyaluran dana yang dibuat kepada kumpulan sasaran bagi memastikan sistem penyampaian yang telus. Ini bagi mengelakkan sebarang ketirisan yang biasa berlaku akibat daripada amalan orang tengah, komisen dan sebagainya.
Saya menuntut agar kerajaan membentangkan satu strategi yang holistik untuk menangani situasi pengangguran yang kian bertambah ini dalam sesi Parlimen yang akan datang. Memandangkan sebelum ini langsung tiada perbincangan di peringkat Parlimen bagi meluluskan pakej-pakej ransangan ekonomi tersebut.

Anonymous said...

Ada perancangan Allah. Ada pula perancangan manusia. Masalah covid dengan rantaian ekonomi yg terkesan selain doa, juga perlu juga kepada usaha manusia. Tidak usah terlalu panjang lebar huraiannya menyalahkan sesiapa. Ada kalanya takdir sudah ditentukan. Bahkan semuanya ketentuan Allah. Jangan bersikap terlalu sopan menerusi fahaman liberal. Namun usaha dan ikhtiar tetap diperlukan. Lebih manis jika berlandaskan kefahaman beragama.

Anonymous said...

Pendek cerita PAN adalah sebuah parti yang bukan-Islam. Mereka parti kaki fitnah, adik kepada parti DAP. Kepada ahli-ahli PAN, keluarlah dari parti itu… mereka akan bawa anda ke Neraka Jahanam. Kepada ahli-ahli PAN yang sumpah setia, terpulang pada anda untuk hentam saya. Ada aku kisah.

MURALI ABDULLAH

Anonymous said...

Atok suka bergurau sakat bang non dan otai...

yg bodo bang non action nnpk sabau manco dan penyabar..

atok sakat bang non tiap tiap minit

bila otai bertemu atok , otai jadi kaku bengap... sindir sindir dari jauh

Tahniah lah semua nya,

waris pluralist lgbt vs waris COMANGO Gereja


tahniah bergaduh lah sampai hujung nyawa


kami nak tepok tangan sbil pop corn tambah dan super ring tambah


haahhhh gadohhhh jangan tak gadohh..!!


kikikkiki

Anonymous said...

Sama la jugak parti pas. Parti yg bukan islam.

-Allena aisyah

Anonymous said...

Iya..kita sbg ahli pas brharap sangat mereka bergadoo.

-allena aisyah

Anonymous said...

Elok lah mereka bergaduh. Mereka pun dah keluar dari jamaah untuk bersama jamaah dap. Sama sama liberal dan sangat harmoni dengan al kafirun.

Anonymous said...

Fuuu.ni kalo pru skrg, bungkusla ph. Tu psl umno ajak bubar parlimen skrg utk pru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails