Sunday, June 21, 2020

Terkini, 2,000 ahli cabang keluar parti



Seorang pemimpin PKR Cabang Kalabakan di Tawau, Sabah mendakwa kira-kira 2,000 ahli cabang itu termasuk ahli jawatankuasanya keluar parti hari ini.

Timbalan ketua cabang Mohd Jailani Chachu berkata mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap parti.
Keputusan dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan mana-mana pihak, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Kampung Kijang, Merotai dekat Kalabakan.
Mengulas lanjut, Mohd Jailani berkata keputusan itu juga sebagai tanda solidariti kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kalabakan Asis Bakri yang dipecat daripada PKR pada April lepas tanpa asas yang kukuh.

Sementara itu, Setiausaha cabang Samsir Bakri yang turut hadir berkata tindakan keluar parti tersebut tidak akan menghentikan tanggungjawab mereka menyantuni dan memperjuangkan nasib masyarakat.

Menurutnya, mereka akan bergerak dalam pertubuhan bukan kerajaan dan memberi sokongan kepada Mohamed Azmin Ali serta bekas pemimpin PKR lain yang berada dalam blok kerajaan Perikatan Nasional ketika ini

"Sokongan tidak berbelah bagi juga kami nyatakan kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin," katanya.
 Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails