Thursday, June 25, 2020

PM, Bubarkan Parlimen Segera Bagi Membolehkan PRU. -T/Presiden UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Foto fail NSTP/Syarafiq Abd Samad
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Foto fail NSTP/Syarafiq Abd Samad
Tok Mat minta PM bubar Parlimen, tamatkan ketidaktentuan politik


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan berikutan ketidaktentuan politik semasa.




Katanya, situasi ketidakstabilan politik yang dihadapi sekarang tidak pernah dihadapi sejak negara merdeka.
"Situasi ini menyukarkan kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi.
"Segala usaha untuk memulihkan ekonomi negara, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang.
"Justeru, pembubaran Parlimen ini perlu dilakukan tanpa berlengah. Negara tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan.
"Ini bukan sesuatu yang sihat untuk negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam mengemukakan cadangannya itu, Mohamad meminta Muhyiddin mencontohi langkah diambil Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang membubarkan Parlimen republik itu bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai 2020. Keputusan itu dibuat bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan negara sangat bergantung kepada kestabilan politik yang akan memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur, aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.
"Hanya kerajaan yang mempunyai mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik dan menumpukan segala fokus kepada memulihkan negara dari segala cabaran besar yang bersifat 'unprecedented' yang sedang kita hadapi.
"Negara ini adalah sebuah demokrasi berparlimen di mana kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada sesiapa yang lain, apatah lagi blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut keselesaan dan kemahuan ahli politik.
"Oleh itu kembalikanlah kuasa kepada rakyat dan biarlah mereka yang menentukan jalan ke hadapan untuk negara kita," katanya. (BH)
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

9 comments:

DapDipDUP said...

Mana yg Abang pilih... Fikah atau Leena.

Anonymous said...

UNTUK PERHATIAN BARU HA HA MCA.
SEBAGAI SATU IKTIBAR.



Hebat MCA. Secara senyap-senyap, Ketua Pemudanya Nicole Wong Siaw Ting telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Majlis Pembangunan Sumber Manusia.
(Bukti https://www.hrdf.com.my/boardofdirectors/)

Siapa Nicole Wong Siaw Ting Ketua Pemuda MCA ini?

Ketua Pemuda MCA bantah Jawi/Khat dalam silibus pendidikan
(Bukti  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/633578/pemuda-mca-bantah-tulisan-jawi-dimasukkan-dalam-silibus-sekolah)

Nicole Wong ulangi pendirian MCA bantah Jawi/Khat
(Bukti https://m.malaysiakini.com/news/501856)

Seperkara lagi. Ketua Pemuda MCA ini mempunyai ijazah sarjana (Masters) dari University of West Coast of Panama.

Carian di internet menunjukkan bahawa universiti ini kilang sijil.

Maka hari ini, kita mempunyai tambahan seorang lagi pemegang sijil palsu dan penentang Jawi/Khat yang duduk dalam Kerajaan Malaysia.

Hebat MCA. Bersenjatakan dua Ahli Parlimen sahaja, MCA telah berjaya......

1. Pelabuhan strategik Kelang, Penang, Melaka dia sapu.
2. Ruang udara dia control dengan memecat CEO Melayu CAAM dan digantikan CEO Cina.
3. Peruntukan sekolah swasta Cina dia naikkan dari RM40 juta kepada RM58 juta.
4. Sekolah swasta Cina yang dimiliknya bagi biasiswa UEC tanpa had.
5. Penentang jawi/khat dilantik Timbalan Menteri Pendidikan.
6. Pelawan undang-undang Islam dilantik Timbalan Menteri Perpaduan.

Hari ini MCA tambah lagi seorang penentang khat/jawi dan pemegang sijil palsu dalam Kerajaan.

Hip hip hooray...gumbiranya baru haha MCA.
saja bagi baca tak suruh publish pun.

Anonymous said...

Asal noleh jadi geng Pas tak bantah.

Anonymous said...

Lapan tahun tinggal di kandang lembu
Diterbitkan 2 jam lepas
Dikemaskini 2 jam lepas


Selepas rumah mereka terbakar sejak lapan tahun lalu, lima beranak daripada Badang, Kota Bharu terpaksa menjadikan kadang lembu sebagai pondok tempat berteduh dari panas dan hujan.

Di kandang daif yang menjadi kediaman mereka itu, ada ruang yang terlalu sempit sehingga terpaksa menundukkan kepala setiap kali masuk ke dalam pondok, malah mereka pun hanya tidur beralaskan lantai kayu yang pernah dijadikan tempat pembuangan najis lembu.

Kata Nasarudin Mat Ali, 39, pondok itu juga tidak mempunyai tandas, menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa menumpang rumah ibunya setiap kali mahu membuang air besar atau kecil, kira-kira 40 meter dari pondok berkenaan.

Anonymous said...

Kena panggil Ebit Liew baru selesai masalah..

Anonymous said...

Exco pas sibok dgn mercs..

Anonymous said...

Pn kena jaga mca. Jangan jadi macam ph, pm pun ditentukan oleh dap. Jika hala tuju pn ditentukan oleh mca, pn dan muhyiddin boleh tumbang. Jadi kena kawal mca. Jika ahli mca bantah jawi, pecat dia. Jika mca bantah hudud untuk islam, pecat dia. Non muslim tiada hak untuk campur urusan agama islam.

Jangan jadi macam ph, ketak lutut bila kena sekeh dengan dap. Sabu pun always on dengan dap. Atok pun patuh kat dap. Nuwar pun patuh kat dap. Mca jangan jadi duri dalam daging pada pn dan muhyiddin.

Anonymous said...

Apa citer bang non dengan en yusof rauther. Banyak sangat kes bang non ni. Bang non buah hati ph, bakal pm atau kekal status pm menanti.

Anonymous said...

Hilang akal apa nak bubar parlimen. Baru dapat habuan. Bini pun blm tmbh lg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails