Friday, June 26, 2020

Kisah pemilik dusun durian kunyit di pendalaman K'tan..

Jualan durian cecah ratusan ribu ringgit, pemilik kebun jadi 'orang kaya'
Pendapatan jualan durian mencecah RM200,000 mampu menjadi pemilik kebun di kawasan pedalaman Kelantan digelar orang kaya.
Jualan durian cecah ratusan ribu ringgit, pemilik kebun jadi 'orang kaya'


DABONG: Pemilik dusun durian kunyit di kawasan pedalaman Kelantan boleh digelar 'orang kaya' apabila meraih pendapatan mencecah RM200,000 hasil jualan durian yang menjadi rebutan ramai.

Bagi Ibrahim Che Musa yang memiliki kebun durian seluas 6.47 hektar, jualan durian kunyit dan musang king kali ini menggalakkan walaupun harga borong yang diberikan RM35 sehingga RM40 bagi sekilogram.

“Hasil pun meningkat sedikit. Dua kebun itu lebih kurang RM100,000 sehingga RM200,000.
“Tahun lepas masuk Singapura, tidak cukup, pesanan tidak putus-putus,” katanya.
Apa tidaknya sepanjang sebulan jualan durian kunyit dan musang king, pemilik kebun itu berjaya mengumpul pendapatan lumayan sepanjang tahun.


Menurut Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Pak Him, dia tidak perlu membuat iklan untuk menjual duriannya kerana pelanggan sudah siap melakukan tempahan sejak awal tahun.

Jelasnya, pasaran durian kunyit dan musang king kali ini tidak dieksport keluar sebaliknya untuk pasaran tempatan, bahkan permintaan pasaran tempatan juga tidak mencukupi.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Pelancongan, Seni dan Budaya Kelantan (MOTAC), Mohd Aidil Afizie Daud memaklumkan, pasaran durian kunyit dari pedalaman Kelantan seperti di Dabong dan Bertam mampu dijadikan produk agro tourism.

“Kali ini kita datang untuk melihat potensi untuk kita promosikan agrotourism, makan durian di kampung atau di kebun sekitar Jelawang.

"Salah satu program yang kita akan tonjolkan ialah 'visit' kampung. Kami jangka ia akan menarik lebih ramai pelancong domestik. Kepada yang gemarkan durian, sila datang ke Kelantan, dan ke Dabong,” katanya.

Tambahnya, sejajar dengan saranan kerajaan menggalakkan pelancongan domestik, sumber dan produk pelancongan seumpama itu perlu diketengahkan untuk pengetahuan rakyat. (AA)

Video: 

Jualan durian cecah ratusan ribu ringgit, pemilik kebun jadi 'orang kaya'



Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah rezeki pakcik2 di kampung... Ingat lg mase saya kecik2 dulu durian hanya 0.30 sekilo, durian ibarat sumber rezeki mereka, murah sungguh rezeke Allah.

Anonymous said...

Kunyit dijadikan permen dan dapat mencegah kanker? Kok bisa? Simak penjelasannya di artikel https://www.unair.ac.id/site/article/read/2567/sulap-kunyit-jadi-permen-pencegah-kanker-mahasiswa-fst-unair-raih-medali-perunggu-di-thailand.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails