Saturday, June 27, 2020

Hati terpaut Islam bermula dari 'online game'

ZAHRA. FOTO ihsan Zahra Riza

TIDAK banyak pengetahuan mengenai Islam yang dimilikinya namun ia sudah cukup membuatkan seorang wanita dari Brisbane, Australia ini berpandangan serong terhadap Islam sejak sekian lama.
Lebih-lebih lagi apabila rakan baiknya bertindak mengenakan hijab sebaik mengahwini lelaki Islam dari Afghanistan kira-kira 10 tahun lalu, perkara itu dilihatnya umpama satu bentuk penindasan dan paksaan terhadap wanita.
Namun, perkenalan dengan rakan baru beragama Islam dari Singapura setahun lalu merubah seluruh persepsi mengenai Islam dan berita keburukan Islam di media massa juga tidak lagi mempengaruhinya.




Lebih jelas, pengurus butik pakaian yang hanya ingin dikenali sebagai Zahra Riza ini berkata, semuanya bermula apabila dia mendapati rakan yang dikenali menerusi permainan dalam talian itu memakai hijab.
"Permainan ini muncul secara rawak di Facebook (FB) yang kemudian menemukan saya dengan rakan baru dari pelbagai negara khususnya Asia termasuklah Kim dari Singapura.
"Saya dan Kim menjadi sangat rapat, mungkin disebabkan kami berada dalam pasukan sama untuk permainan terbabit tetapi saya sangat selesa untuk bercerita perihal apa saja dengannya.
"Menerusi 'chat group' yang diwujudkan untuk pasukan kami menyusun strategi permainan, Kim berkongsi profil yang menunjukkan dia memakai hijab menyebabkan saya mula terfikir untuk bertanya mengenai Islam. Ternyata saya terlalu jauh menggambarkan Islam dari yang sebenarnya," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi.
Bercerita lanjut, Zahra berkata, bermula daripada saat itu dia semakin tertarik untuk mengenali Islam malah berjinak-jinak menutup rambut dengan memakai turban di peringkat awal.
Ini kerana katanya, dia tidak mahu terlalu drastik sebaliknya hanya mahu mencuba untuk menutup aurat secara berperingkat dan ingin melihat jika dirinya dapat membiasakan diri memakai hijab sebagai mana dituntut dalam Islam.
"Awalnya, rakan sekerja menyangka saya mempunyai masalah dengan rambut apabila saya memakai turban, ada juga yang menganggap saya ingin berfesyen dengan gaya baru.
"Namun akhirnya saya berterus-terang memberitahu saya sedang mendalami Islam sebelum memutuskan untuk melafaz dua kalimah syahadah secara rasmi di Kuraby Mosque (di Brisbane) awal tahun ini.
"Kim antara yang sangat gembira mendengar berita itu walaupun pada awalnya dia sangat berat hati untuk berkongsi mengenai Islam kepada saya kerana dia tidak mahu dilihat sebagai mempengaruhi saya untuk mendalami Islam," katanya.
Jelas Zahra, selain mengucap dua kalimah syahadah, dia juga memberitahu wanita yang mengislamkannya di masjid itu bahawa dia ingin berkahwin dengan lelaki Islam dan tidak kisah jika perkahwinan itu diatur oleh orang lain.
Siapa sangka, selepas mengenali Islam secara dalam talian, Zahra juga mengenali seorang lelaki dari Malaysia menerusi aplikasi perkahwinan Muslim.
"Selepas beberapa kali berbual, saya dan lelaki terbabit sama-sama menyatakan hasrat untuk serius dengan hubungan kami dan kami juga kemudiannya melakukan panggilan video bersama keluarga kedua-dua belah pihak sebagai simbolik ikatan.
"Rancangan kami adalah untuk melangsungkan pernikahan di Malaysia sebaik sekatan pintu masuk dan keluar kedua-dua negara (Malaysia dan Australia) ditarik balik nanti.
"Ya, kami cuma bertentang mata di alam maya namun setakat ini, isu kepercayaan tidak pernah timbul kerana kami yakin dengan kejujuran masing-masing," katanya.
Menurut Zahra, dia juga sudah memaklumkan Kim mengenai pernikahannya dan berharap rakannya itu dapat hadir.
"Insya-Allah, sekiranya semuanya lancar, majlis pernikahan saya nanti akan menjadi saat pertama saya bersemuka dengan Kim malah apabila saya ke Malaysia untuk urusan pernikahan selepas sekatan dibuka nanti, ia juga akan menjadi saat pertama saya dan bakal suami bertentang mata," katanya.
Ditanya mengenai identiti bakal suami, Zahra sekadar berkata, lelaki itu menetap di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penyunting kandungan digital untuk sebuah organisasi berkaitan Islam.(MyMetro)

Lihat sebelum ini..

Hibur Hibur Sikit

Ebiet G Ade Penyanyi Indonesia, Lagunya tolak Atheisme.. Komunisme dan demokrat?

EBIET G Ade adalah penyanyi era 80-an yang lagu-lagunya hits hingga kini. Bukan sekedar nyanyian, lagu-lagu Ebiet G Ade sarat akan makna dan pesan. Bahkan beberapa lagu terinspirasi dari beberapa peristiwa pilu yang terjadi ditanah air. 
Lihat lirik lagu-lagunya.. antaranya menolak faham atheis. Atau komunis. Atau juga demoktatis?


Ebiet G. Ade - Hidup I (Pernah Kucoba Untuk Melupakan Kamu)

Hidup II (Obsesi Kp. I/203)

Hidup III

Hidup IV

Hidup V


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails