Friday, June 26, 2020

PRU 15: MCA/MIC Merancang Bertanding Di Kerusi Majoriti Pengundi Melayu.. M/Dateline


MCA, MIC berebut kerusi majoriti Melayu sebelum Umno, Bersatu dan Pas berunding
Oleh MALAYSIA DATELINE  June 25, 2020


Dua parti sekutu Umno sejak era kerajaan Perikatan dilihat merancang untuk bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU15 nanti mendahului rundingan antara Umno dengan Bersatu dan Pas.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata demikian ketika mengulas tuntutan MIC Perak untuk kerusi DUN Pasir Panjang, Behrang dan Hutan Melintang serta desakan MCA untuk bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Malim.

Untuk rekod, DUN Behrang dan Pasir Panjang dimiliki AMANAH manakala Hutang Melintang disandang oleh Umno. Bagi kerusi P077 Tanjong Malim pula kini berada di bawah PKR diwakili Chang Lih Kang.

“Saya pasti, ini merupakan perancangan rapi parti-parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional (BN) untuk cepat-cepat ‘secure’ sebanyak mungkin kerusi majoriti Melayu sebelum Umno berunding dengan Bersatu dan Pas.

“Mengapakah kerusi majoriti Melayu? Semua orang tahu serta nampak dengan jelas bahawa MCA dan MIC selama ini dan akan selamanya menagih undi orang Melayu yang setia pada ‘lambang dacing’,” kata Aminuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rekod keputusan pilihan raya sebelum ini menyaksikan semua kerusi bukan majoriti Melayu yang MCA dan MIC tandingi terbukti tidak berjaya dimenangi sekali pun satu kerusi pun.

Sehubungan itu, Aminuddin berpendapat MCA dan MIC beralih perhatian kepada kerusi majoriti Melayu pula.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan Umno tertekan dengan tuntutan demi tuntutan kerusi untuk ditandingi pada PRU15 oleh kedua-dua parti bukan Melayu itu.

“Saya pasti bahawa parti-parti Melayu terutamanya Umno tertekan dengan tuntutan-tuntutan ‘test water’ sebegini.

“Maka, menjadi tanggungjawab akar umbilah untuk bersuara melawan arus dan naratif ‘nakal’ MCA dan MIC ini.

“Akar-akar umbi masyarakat Melayu adalah pengundi, maka anda berkuasa juga membuat tuntutan.

“Ini sama juga untuk pendokong parti-parti Melayu dalam PH seperti AMANAH dan PKR, itu pun jika mereka kisah mengenai isu ‘dominasi’ ini,” ujarnya lagi.

Paling buruk

MCA dan Umno antara dua parti terawal membentuk gabungan parti Perikatan pada 1952 sebelum disertai MIC dan pada 1973 sekali lagi kedua-dua parti menubuhkan BN menggantikan Perikatan.

Keputusan PRU-14 pada 2018 menyaksikan prestasi paling buruk MCA apabila hanya menang satu kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam di Johor yang dimenangi Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan majoriti hanya 303 undi. Terdapat 66.72 peratus pengundi Melayu di kawasan itu.

Di peringkat DUN, MCA hanya menang dua DUN iaitu Cheka dalam Parlimen Lipis di Pahang dan DUN Titi Tinggi dalam Parlimen Padang Besar di Perlis juga kawasan majoriti pengundi Melayu dengan jumlah 71.4 peratus dan 77.83 peratus.

Sementara itu, MIC pula hanya mampu memenangi dua kerusi Parlimen dan tiga DUN pada PRU-14 berbanding PRU-13 dengan menang empat kerusi Parlimen dan lapan DUN daripada sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN yang ditandinginya.


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

7 comments:

Anonymous said...

Yeahh..sokong..diharap teman2 pas mengundi calon mca dan mic. Mereka tu bkn kapir harbi mcm dap

Anonymous said...

Sebenarnya ini lah salah satu taktik puak kafir nak menakluk bumi Melayu bertuah ini. dah dirancang beratus ratus ratus abad lagi..

meldaresearch said...

Online health & safety essay writing services are very difficult to complete and many students are always searching for Health & Safety Writing Services to help them complete their health & safety research paper writing services and health & safety coursework writing services.

Anonymous said...

Ini masalah dengan dap dan mca. Sama kita berhadapan dengan mereka.

Anonymous said...

Kalau terdesak sangat nak letak calon mca or mic, plz cari calon Muslim non Malay. Mungkin pn boleh pertimbangkan. Anuar Tan ok jer jadi wakil orang Cina kat kota Bharu.

Anonymous said...

Anak muda zaman sekarang perlu belajar sejarah...tahu macam mane Islam sampai kat semenanjung, tahu macam mana Cina atau India masuk kat Malaysia ni, baru boleh layak mengundi. Belajar sejarah dulu.

Smart xone said...

Thanks for sharing a nice post keep sharing samsung official firmware download | gsm box cracked full pack

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails