Saturday, June 27, 2020

Pelakon, Noorkhiriah Mewakafkan Van Jenazah, Siap Beroperasi.

Noorkhiriah mengumumkan kenderaan pelbagai guna yang diwakafkan sebagai van jenazah siap diubahsuai dan sedia menawarkan perkhidmatan. Foto IG Noorkhiriah
Noorkhiriah mengumumkan kenderaan pelbagai guna yang diwakafkan sebagai van jenazah siap diubahsuai dan sedia menawarkan perkhidmatan. Foto IG Noorkhiriah
HALAMAN HIBURAN
'Operasi van wakaf dah mula'


KL: Selepas hampir sebulan diubahsuai, kenderaan pelbagai guna milik pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie yang diwakafkan sebagai van jenazah sudah siap untuk beroperasi.

Pelakon yang terkenal dengan watak Aishah dalam drama rantaian Nur, Noorkhiriah Ahmad Shapie mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jenazah.

Mengusahakan projek itu bersama suami, Azfaizul Ahtan, Noorkhiriah berkata, ketika ini, Azfaizul dibantu jemaah Surau Al-Ikhlas, Kota Damansara, mengendalikan kenderaan terbabit bergilir-gilir.

Tambah Noorkhiriah, van jenazah itu boleh digunakan semua pihak yang memerlukan. Namun, perkhidmatan hanya ditawarkan di sekitar Lembah Klang.

"Kita merancang menyediakan perkhidmatan ke negeri lain. Namun, sebagai permulaan, khidmat kami hanya diperluaskan di Lembah Klang.
"Lagipun, suami masih bekerja. Jika dia tidak dapat memandu, ada jemaah lain di surau kediaman kami akan mengambil tempatnya," katanya kepada BH Online.

Noorkhiriah berkata, selain menghebahkan perkhidmatan van jenazah percuma di Instagram, suami merancang menampal notis mengenai perkhidmatan van jenazah percuma yang disediakan mereka di hospital.

"Namun, kami perlu meminta izin daripada pengurusan hospital. Bukan semua orang mengikut akaun Instagram saya.
"Jadi, dengan cara ini, lebih ramai orang tahu khidmat percuma yang disediakan ini," katanya.
Noorkhiriah ketika berkongsi hasrat menjadikan kenderaan pelbagai guna sebagai van jenazah untuk diwakafkan di Instagram, baru-baru ini. Foto IG Noorkhiriah
Noorkhiriah ketika berkongsi hasrat menjadikan kenderaan pelbagai guna sebagai van jenazah untuk diwakafkan di Instagram, baru-baru ini. Foto IG Noorkhiriah


Noorkhiriah bersyukur ada hamba Allah bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi membantu melancarkan perkhidmatan van jenazah itu.
Pelakon berusia 41 tahun itu berkata, niat menyediakan perkhidmatan van jenazah lahir secara spontan.
"Saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti van hitam miliki keluarga akan diwakafkan sebagai van jenazah.
"Kenderaan ini digunakan untuk membawa barang-barang perniagaan saya. Tidak lama lagi, pinjamannya akan langsai. Hendak dijual terasa sayangnya.
"Lalu, timbul hasrat mewakafkan van itu. Inilah salah satu cara saya mengumpul saham akhirat," katanya yang terbuka jika ada mana-mana pihak mahu melabur memperluaskan perkhidmatan van jenazahnya. (IH)

Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

1 comment:

Anonymous said...

Insyaallah ana juga akan derma vellfire ana NDF2427 utk jadikan van jenazah.

Mokhtar senik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails