Friday, June 26, 2020

Demokrasi ala DAP 'terlalu cacat'. -A. Sivasubramaniam

ADUN Buntong tinggalkan DAP, sertai Gerakan
Sivasubramaniam berkata, pengalaman selama 22 bulan bersama DAP menjadi kerajaan di Perak, adalah amat mendukacitakan. - Gambar Astro AWANI
ADUN Buntong tinggalkan DAP, sertai Gerakan

IPOH: Selepas lebih tiga bulan mengumumkan keluar daripada DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, di Perak, A. Sivasubramaniam memilih untuk menyertai parti Gerakan.

Kata Sivasubramaniam, keputusan itu dibuat bagi meneruskan khidmatnya kepada rakyat di Buntong yang didakwa gagal dilaksanakan semasa dalam DAP.

Sivasubramaniam berkata, pengalaman selama 22 bulan bersama DAP menjadi kerajaan di Perak, adalah amat mendukacitakan.

"Kononnya, DAP adalah sebuah parti politik yang berpaksikan demokratik dan multiracial. Tetapi keadaan sebenarnya terlalu pahit.


"Demokrasi dalam DAP Negeri Perak dikawal oleh satu dua orang yang berkuasa, mengenepikan kesuburan demokrasi dalam parti itu.

"Di peringkat negeri, dua saudara yang terlalu selesa dengan kuasa, tiada siapa yang boleh menegur mereka, tiada siapa yang boleh menasihati mereka. Demokrasi ala DAP adalah terlalu cacat," katanya pada sidang media khas di Wisma Gerakan Perak di Ipoh pada Jumaat.

Hadir sama Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng.

Pada 9 Mac lalu, Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong mengisytiharkan keluar DAP bersama-sama ADUN Titi Serong dari Amanah, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim untuk menjadi ADUN bebas.

Sivasubramaniam yang menjadi ADUN sejak tiga penggal lalu, berkata, lebih 600 ahli DAP daripada 21 cawangan parti itu di Buntong juga bertindak keluar dan menyertai Gerakan.

Sambil menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan kerajaan PN Perak, Adun Buntong itu percaya ada lagi wakil rakyat DAP akan meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Dominic Lau mengalu-alukan penyertaan Sivasubramaniam ke dalam Gerakan bagi meneruskan perjuangnya untuk rakyat di Buntong. (AA)



Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana dapatkan benihnya? 
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"


Hibur Hibur Sikit

Si Jantung Hati (Hẹn hò đêm trăng)

NGƯỜI ĐẾN TỪ TRIỀU CHÂU QUANG LINH KTV

6 comments:

Anonymous said...

Nasib baik bukan menteri pas umum..

Pusat urut, spa dibenarkan kembali dibuka 1 Julai
Diterbitkan 4 jam lepas

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pusat urut dan spa dibenarkan membuka semula operasi mereka bermula 1 Julai depan, manakala kegiatan mencuba pakaian di pusat membeli-belah juga kini dibenarkan.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Ismail berkata mesyuarat khas menteri berkenaan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) hari ini setuju untuk membenarkan konvensyen serta pameran pelancongan dan perdagangan kembali diadakan.

Anonymous said...

Dah tak ada kuasa baru timbol tak kena itu ini..kalo masih berkuasa niat nak kluar pon tak ada..

Kenape tak letak jawatan supaya prk diadakan..

Anonymous said...

Video Mokhtar Senik: Mujahid siber Pas beza pandangan, nak lapor polis atau tidak
Para mujahid siber Pas sekarang berpecah kepada dua kumpulan samada mahu ulama Pas, Ustaz Mokhtar Senik membuat laporan polis atau tidak ekoran tular video dan salinan komunikasi yang didakwa antara beliau dengan seorang wanita bernama Leena.

“Report polis, saman je pihak (laki dan perempuan) yang merakam ni… itu time baru kita tahu jawapan yang betul,” tulis netizen bernama Mohamad Nabel dalam perbahasan mengenai isu.

Kenyataan Nabel disokong oleh Muna Maira dengan berkata, “setuju…ustaz kena bersihkan nama. Ajar sikit dia orang.”

Nidzam Adzhar Md Yusof juga bersetuju agar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat ini bangkit membela diri beliau, “Harap UMS bangkit bersihkan nama beliau dari fitnah ni… sekarang nama baik beliau sudah tercemar.”

Perbincangan ini berlaku ekoran PAS Cyber Trooper membuat posting dalam akaunnya yang mendakwa kononnya penyokong Pakatan Harapan (PH) kena tipu dan percaya kepada isu ini.

“Tersebar video rakaman perbualan whatapps Ustaz Mokhtar Senik yang bersayang-sayang dengan perempuan…” tulis admin PAS Cyber Trooper itu.

Ekoran itu, pelbagai pihak membuat komen dan cadangan dalam posting itu bagi menanganinya.

Namun PAS Cyber Trooper tidak bersetuju bebanan diletakkan kepada Mokhtar Senik.

“Yang dituduh kena bela diri… yang menuduh rileks duduk rumah. Senang lepas ni nak fitnah orang. Fitnah sana sini, kemudian suruh bela diri. Kelakar kan,” tulis admin Siber trooper Pas itu.

Ekoran itu pelbagai cadangan dibuat kepada Pas apa yang perlu dibuat.

Antaranya netizen yang menggunakan nama ‘Beside Us’ menulis, “Alahai admin buat apa pening-pening nak backup ulama ni… contact suruh dia saman si Alex tu…bersihkan nama dia kalo rasa tak bersalah….”

Ia disokong oleh netizen yang menggunakan nama Chuck Shurley dengan berkata, “Dia rilek do rumah la dah hangpa tak pi report. Try hangpa pi report, baru polis panggil pi balai.”

Anonymous said...

Pusat urut lelaki untuk lelaki, perempuan untuk perempuan. Yg dilarang perempuan urut lelaki macam yg dap setuju.

Anonymous said...

Biasalah. Fitnah sebelum pru 14, fitnah selepas pru 14. Atok tua fitnah atok muda dan sebaliknya. Retak menanti belah dalam ph. Dap tolak atok muda, dap ambik atok tua.

Depa dok bantai para ustaz, macam depa perfect macam wali keramat. Atok tua tamak harta, atok muda banyak kes senggugut.

Unknown said...

.....sokong dap= sokong komunis.
.....sokong dap= sokong rasis.
.....sokong dap= sokong cauvinis.
.....sokong dap= sokong lgbt.
.....sokong dap= sokong kafir harbi.

....JANGAN SOKONG dap@komunis!!!
....JANGAN SOKONG dap@komunis!!!
JANGAN SOKONG dap@komunis@laknattullah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails