Saturday, May 30, 2020

PRK DUN Chini: Gelagat Tun M Jejaskan Undi Melayu Di Chini?

PPBM pecat Dr M takkan jejas undi Melayu di Chini, kata penganalisis

PETALING JAYA: Dua penganalisis berpendapat pemecatan Dr Mahathir Mohamad daripada PPBM tidak banyak menjejaskan cara orang Melayu mengundi pada Pilihan Raya Kecil Chini pada Julai nanti.
Azmi Hassan (gambar) daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, hanya “jumlah tidak signifikan” pengundi Melayu akan terasing, manakala Kamarul Zaman Yusoff daripada Universiti Utara Malaysia menyifatkan pengaruh bekas perdana menteri itu di Chini “sangat kecil”.

Azmi berkata, kebanyakan kemenangan PPBM dalam pilihan raya 2018 dicapai dengan bantuan yang banyak daripada penyokong DAP, PKR dan Amanah. PPBM meninggalkan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu. Dari segi populariti dalam kalangan pengundi Melayu, Azmi berkata, PPBM ketinggalan di belakang Umno dan PAS yang kini menjalin kerjasama politik.

“Pengundi bukan Melayu yang menyokong PPBM pada PRU14 tentunya masih menyokong PH, tanpa mengambil kira pemecatan Mahathir,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, cara lebih baik untuk mengukur impak pemecatan Mahathir ialah melihat jika ia akan menyebabkan pembelotan dalam PPBM.

Kamarul (gambar) meragui Mahathir mempunyai pengaruh besar di seluruh Pahang. Beliau mendapati Chini, sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), terletak di bawah kubu kuat Pekan, di mana bekas perdana menteri, Najib Razak ialah ahli Parlimennya.

“Pemecatan Mahathir daripada PPBM mungkin meningkatkan undi bagi Umno.”

Kamarul mengkritik Mahathir kerana tidak konsisten dalam pelbagai isu dan beliau secara perlahan-lahan semakin dilupakan, mungkin popularitinya hanya kekal di Kedah. 

PRK Chini akan diadakan pada 4 Julai ini susulan kematian penyandang, Abu Bakar Harun daripada Umno, yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,622 undi selepas menewaskan calon PAS dan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu.

Khamis lalu, PPBM menghentikan serta-merta keahlian Mahathir dan 4 ahli Parlimen lain kerana mereka duduk bersama blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.


Empat yang lain ialah anak Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah dan Maszlee Malik. (FMT)

2 comments:

Anonymous said...

Saturday, May 30, 2020
5 TAHUN BERSABAR AKHIRNYA MELETUP, 5 DITIKAM KERANA BUAT BISING.



Foto-Facebook

SEPANG:Akibat gagal mengawal kemarahan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan nekad menikam lima remaja yang juga jirannya serta rakan mereka dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil di sini, awal pagi semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans selepas dihubungi orang ramai.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca akibat perbuatan mangsa yang sering membuat bising, terutama pada waktu malam sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, suspek sebelum ini sering menegur mangsa supaya tidak membuat bising pada waktu malam, namun teguran itu tidak diendahkan.

"Suspek juga pernah menegur rakan kepada jirannya itu supaya pulang dan tidak membuat bising tetapi tidak diendahkan.

"Suspek juga dikatakan rasa tercabar dengan perbuatan jirannya itu yang sering membunyikan ekzos motosikal pada waktu malam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, berikutan itu, suspek kemudian mengambil pisau di rumahnya dan pergi ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan dan menikam semua mangsa.




"Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri manakala, kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.

Sumber: Fb Bagan Serai Kampung Halamanku

Anonymous said...

Setelah Atuk Kerala menghina kaum Melayu (termasuk kaum Melayu yang mengundi Atuk Kerala) sebagai kaum pemalas , pengecut dll , majoriti orang Melayu dari golongan cerdik telah menolak Atuk Kerala dan Pakatan Hancing secara total.

Hanya segelintir orang Melayu yang bodoh dan tidak mempunyai maruah diri masih menyokong dan menjilat pemimpin-pemimpin pakatan kafir harbi-liberal walaupun puak ini telah menghina Islam dan menindas umat Islam dan mengkhianati kaum Melayu Islam.

Otak letak mana ? Lutut ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails