Friday, May 29, 2020

Tarbiah Pertanian: Kebun Cili Khairunnisa'..


Sikit Tazkirah Ekonomi:
Kebun Cili Khairunnisa' Mula Keluarkan Hasil

SETIU, 29 Mei- Projek penanaman cili secara fertigasi yang diusahakan Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') diatas tanah seluas dua ekar di Kampung Mengabang Lekor, disini mula mengeluarkan hasil.

Pengerusi Khairunnisa', To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman yang mesra dengan panggilan Kak Zah berkata, tuaian pertama cili pada bulan Ramadhan lalu mencecah hampir 110 kilogram.

"Hasil tuaian tersebut telah dijual kepada pemborong sayur-sayuran.

"Kak Zah ingin buktikan dan mengajak rakyat Terengganu untuk memanfaatkan kawasan tanah terbiar dengan dijadikan kebun komuniti.

"Bermula dari laman kecil, jika bersungguh-sungguh usaha ini boleh mendatangkan manfaat jika kita tekun dan berazam untuk berjaya," ujarnya kepada pemberita.



Tidak memadai dengan laman kediaman rasmi yang dipenuhi pelbagai tanaman sayur-sayuran dan bunga, Kak Zah yang juga isteri Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus mengorak langkah 'mempromosikan' pertanian bandar secara lebih kormesial.

Jelas terbukti, usaha beliau dan ahli Khairunnisa' telah berjaya menukarkan kawasan semak samun dan manfaatkan tanah terbiar milik Khairunnisa' seluas dua ekar itu kepada kebun cili.

Sementara itu menurut Kak Zah, suaminya turut mengagumi inisiatif Khairunnisa' yang mengusahakan tanah terbiar untuk projek yang bermanfaat.



"Sebagai tanda sokongan dan penghargaan, Dr. Sam juga turun ke kebun bagi memetik hasil cili yang lebat.

"Dr Sam suka sangat kalau diajak ke kebun ni, dia pun puas hati tengok hasil usaha daripada "zero". Dah dua tiga kali turun membantu, antara terapi beliau juga", jelas Kak Zah lagi.

Turut hadir ke kebun cili Khairunnisa' beberapa hati lalu bagi memberikan sokongan kepada usaha isteri masing-masing ialah  Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Pembangunan Insan dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman. 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu contoh terbaik ke arah terjun dan berekonomi bersama rakyat. 
(https://www.teganukita.net/)

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

1 comment:

Anonymous said...

Adakah Pas akan kekal bersama Umno dalam Maufakat Nasional? Pas adalah parti yang mempunyai impian yang besar dan bukan sebuah parti yang mudah menyerahkan kerusi yang ditandingi kepada parti lain.

Sejarah membuktikan Pas sanggup bertanding 3 penjuru walaupun sudah ada perjanjian dengan parti lain yang bertanding di kerusi berkenaan. Contohnya, semasa PRU tahun 2013, Pas meletakkan calon di kerusi Kota Damansara walaupun kerusi berkenaan dipersetujui ditandingi PKR.

Maufakat Nasional yang dibentuk oleh Pas dan Umno setakat ini masih belum diuji kukuhnya ikatannya. Walaupun sudah mempunyai kerajaan negeri masing-masing , tapi kerajaan negeri Pas dan kerajaan negeri BN tidak dapat mewujudkan kerajaan Maufakat Nasional.

Kerajaan negeri Pahang dan Perlis yang di kuasai BN tidak dilantik wakil Pas sebagai exco, manakala kerajaan Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Pas tidak dilantik wakil Umno sebagai Exco.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails