Thursday, May 28, 2020

RM1.5 Bilion Dituntut, Mukhriz Pelingkup Kedah..


Mukhriz pura-pura tak tahu ganti rugi RM1.5 bilion dituntut pembalak, kata MB

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bekas menteri besar tahu sepenuhnya bayaran ganti rugi RM1 bilion kepada kira-kira 40 pemegang konsesi balak selepas hak pembalakan di hutan simpan kekal ditarik balik.

Beliau berkata demikian selepas bekas menteri besar, Mukhriz Mahathir mendakwa beliau tidak tahu mengenai tuntutan berbilion ringgit yang belum dijelaskan kepada pemegang konsesi dan tidak pernah dengar tuntutan sedemikian ketika memegang jawatan itu.
Mukhriz berkata demikian selepas Sanusi mencadangkan pemberian hutan ganti kepada pemegang konsesi untuk membalak bagi mengelakkan bayaran tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 bilion kepada pembalak.

Hari ini, Sanusi berkata, jumlah ganti rugi itu kini meningkat kepada RM1.5 bilion yang perlu dibayar kepada 40 syarikat pembalakan memiliki 131 konsesi pembalakan daripada kerajaan negeri.
Katanya, keadaan ini timbul selepas kerajaan terdahulu memutuskan untuk menghentikan pembalakan di kawasan tertentu di Hutan Simpan Kekal Ulu Muda pada 30 Ogos 2018.

Beliau berkata, hak pembalakan kepada 40 syarikat itu diberikan untuk kawasan hutan seluas 22,098ha. Negeri itu sudah menerima premium RM107.5 juta daripada pemegang konsesi itu dengan RM79.5 juta belum dijelaskan.
Sanusi berkata, jumlah kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan ialah 107,197ha.

Katanya, untuk mengelakkan Kedah membayar ganti rugi RM1.5 bilion, Jabatan Perhutanan sudah menghantar cadangan menawarkan hutan ganti kepada syarikat itu untuk menjalankan aktiviti pembalakan.

“Saya tak kata saya sudah membuka kawasan pembalakan baru. Saya kata saya hanya mempertimbangkan pilihan ini.”
Beliau berkata, Mukhriz “berpura-pura” tidak tahu mengenai isu hak pembalakan ketika Jabatan Perhutanan memaklumkan Jawatankuasa Hasil Bumi dan Sumber Asli Kedah yang dipengerusikan Mukhriz sebagai pengerusi pada 5 Mei lalu.

“Mukhriz tahu mengenai isu pembalakan ini. Tetapi dalam kes ini, beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya.
“Saya memimpin sebuah kerajaan yang mengendalikan isu ini sekarang. Saya tidak akan menyembunyikan masalah dan berpura-pura tiada isu langsung, memberi tanggapan semuanya baik di bawah pentadbiran saya.”

Beliau memuji tindakan Mukhriz mewartakan beberapa kawasan di Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air.
“Tetapi di dalamnya, ada kawasan yang diluluskan untuk pembalakan. Dan juga ini bukan hutan asli, tetapi yang diterokai sejak 30 tahun lalu.
“Ini diputuskan kerajaan yang berkuasa 2 minggu lalu, bukan kerajaan yang saya terajui sekarang. Sesetengah konsesi diluluskan 2 tahun lalu dan ada yang sejak 10 tahun lalu.”

Sanusi kemudiannya menggunakan analogi petani malas terhadap kepimpinan Mukhriz. Katanya, seorang petani malas hanya akan membersihkan jalan yang dilaluinya dan mengabaikan baki tanahnya, menyebabkan ia dipenuhi lalang.
Katanya, semak itu kemudiannya menjadi rumah kepada ular, kala jengking dan haiwan berbahaya lain yang akan membawa masalah kepada pemilik serta kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, Mukhriz kemudiannya akan kelihatan terkejut dengan masalah yang timbul.
“Bekas MB itu terus bertanya: ‘Bila masalah ini berlaku?’ Yalah, bila anda selalu naik kapal terbang pergi balik ke Kuala Lumpur, anda akan jadi orang terakhir yang tahu mengenai perkara sedemikian.”
Dalam perkembangan lain, Sanusi turut meminta Mukhriz menyelesaikan isu kewangan Kelab Bola Sepak Kedah yang disifatkan “sakit” dari segi kewangan, sebelum meletak jawatan sebagai presidennya.

Katanya, di bawah kepimpinan Mukhriz, kelab itu mengambil komitmen kewangan besar.
FMT cuba menghubungi Mukhriz untuk mendapatkan komennya.
FMT

1 comment:

Anonymous said...

Pesan orang-orang tua berkaitan Pakatan Hancing pimpinan parti kafir Harbi DA-Pigs :

Prinsip kepimpinan Pakatan Hancing :
'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri kaki kencing'.

Pemimpin DA-Pigs guna istilah 'menyelamatkan' untuk kencing umat Islam dan melingkupkan tabung umat Islam.

DA-Pigs kencing RBA, RBA pula menyamar sebagai orang Melayu kencing kaum Melayu secara berjemaah. Kaum Melayu bergaduh dan berpecah belah, RBA @ syaitan roket ketawa tergolek-golek dapat upah dedak cap roket.

Kafir Harbi DA-Pigs kencing pandap, pandap kencing umat Islam. Musang DA-Pigs berbulu ayam berpura-pura 'suci' sambil makan ayam dalam reban. Ayam bodoh sahaja percaya pada musang.

Ahli politik asal Kerala kencing rakyat, anak sibuk kencing balak. Anak beranak 2 x 5.

Pemimpin liberal mata satu kencing rakyat, DA-Pigs ketawa tunggang kuda liberal tua yang baharu sebab kuda tua dari Kerala sudah menjadi beban.

Hukum Pakatan Hancing kencing rakyat mengikut fart-wa tuan guru Kerala yang disokong oleh tuan guru roket:

Manifesto Pakatan Hancing bukan kitab suci maka pemimpin-pemimpin dan barua-barua Pakatan Hancing pimpinan DA-Pigs boleh kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah dan u-turn secara berjemaah. Syaitan dan iblis ketawa tergolek-golek kerana mendapat teman dalam neraka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails