Tuesday, May 26, 2020

Mabuk Di Kuantan Pula. Jangan 'Tunggul' Lama-lama..

Lelaki maut dilanggar pemandu mabuk melawan arus di Kuantan
Kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota CHR yang datang dari arah Semambu itu telah memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus. - Foto pembaca

Lagi Mabuk Punya Hal. PN, Sila Ambil Perhatian, Jangan 'Tunggul' Lama-lama..

KUANTAN: Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan untuk bertugas syif malam di jalan Kuantan By-pass malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis menerima maklumat dari orang awam mengenai seorang mangsa yang dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota CHR yang datang dari arah Semambu itu telah memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus.

Ia turut dipandu secara merbahaya dan telah mengakibat beberapa kenderaan lain mengalami kemalangan kerana mengelak dari bertembung, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala suspek yang cedera di bahagian kaki turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan lanjut.


Polis telah menahan suspek untuk direman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Baru PN sekarang, sila ambil perhatian, jangan tunggu lama-lama mengenai pengharaman arak. Jangan biarkan kematian kerana arak kencing syaitan itu terus meningkat. Tunggu boleh jadi 'tunggul'. 

1 comment:

Anonymous said...

Sepatutnya pemandu mabuk kerana arak didakwa dibawah seksyen 302 kerana mereka secara sukarela memilih untuk minum arak dan mabuk dan mereka tahu akibat sangat buruk jika memandu ketika pemandu mabuk.

Adalah sangat malang apabila sebilangan pemandu kafir mabuk telah melanggar umat Islam sehinggakan menyebabkan kecederaan kritikal atau kematian dan menyebabkan kerugian harta benda kepada umat Islam seolah-olah mabuk adalah lesen untuk membunuh umat Islam.

Sudah tiba masanya kerajaan PN untuk mendakwa pemandu mabuk yang menyebabkan kematian di bawah Seksyen 302 dan jika didapati bersalah , mereka boleh digantung hingga mati atau dipenjarakan seumur hidup supaya rakyat selamat dari ancaman pemandu mabuk.

Malangnya parti kafir Harbi DA-Pigs dan khadam liberalnya menyokong pesta arak terbuka. Berapa ramaikah rakyat perlu mati kerana pemandu mabuk sebelum DA-Pigs menukar dasar pro-araknya ????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails