Saturday, May 30, 2020

Ini, 7 Perkara Yang Mahu Dihapuskan Mereka..Siapa? DAP..


7 undang-undang di Malaysia yang mahu dihapus musuh Islam  
ISU-ISU berkenaan hak-hak kemanusiaan sering kali menimbulkan polemik dalam masyarakat kita, apatah lagi apabila melibatkan undang-undang atau dasar berkaitan dengan agama.

Pengenalan undang-undang yang digubal masyarakat antarabangsa juga dilihat sebagai langkah mencabar kedaulatan undang-undang negara kita, sehingga mampu mempengaruhi segelintir individu dalam masyarakat agar turut sama terikut-ikut mahu melihat pengaruh barat diamalkan sepenuhnya di negara kita - atas tuntutan hak-hak kemanusiaan.

Undang-undang negara kita seringkali dikritik bersifat tidak toleran dan sempit, tetapi elemen manakah sebenarnya yang menjadi sasaran untuk dikenakan perubahan?

Berikut adalah isu-1su masyarakat antarabangsa berkaitan undang-undang negara kita yang dikatakan tidak adil dari segi kebebasan beragama.

1. Kebebasan menukar agama dan kepercayaan


Dalam artikel 18 Deklarasi Hak Universal Asasi Manusia atau UDHR, disebutkan bahawa setiap individu yang hidup patut mempunyai kebebasan dalam memilih kepercayaan beragama, tanpa sebarang syarat atau peraturan dikenakan ke atasnya.

Undang-undang di negara kita pula, khasnya yang berkaitan dengan Islam melarang malahan menghukum mana-mana individu yang didapati ingin keluar daripada Islam.

Tindakan Jabatan Agama Islam melakukan langkah-langkah pemulihan dan rehabilitasi terhadap mana-mana individu yang ingin meninggalkan Islam, dikritik sebagai langkah yang bertentangan hak asasi manusia dalam piagama ICCPR dan ICERD.

2. Kebebasan mengamalkan mana-mana kepercayaan secara terbuka

Disebutkan juga dalam artikel 18 (1) ICCPR, setiap individu perlu diberikan hak sama rata dalam mengamalkan sebarang jenis kepercayaan - tak kiralah dalam bentuk pemikiran atau amalan secara terbuka, dilakukan dalam bentuk individu atau komuniti tanpa sebarang halangan boleh dilakukan.

Deklarasi hak asasi manusia ICCPR menggariskan bahawa amalan, ritual, upacara dan ceramah-ceramah pengajaran sebarang bentuk agama atau kepercayaan - perlu dibenarkan.

Pembinaan rumah-rumah ibadat juga tidak boleh disekat dengan pembinaan atau tayangan simbol-simbol yang mewakili kepercayaan berbeza ini juga perlu diberikan hak sama rata.

3. Menidakkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi

Salah satu perkara yang kerap kali dipersoalkan berkenaan perlembagaan negara kita dalam artikel 3 (1) yang menyatakan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, dengan kebebasan beragama diberikan kepada seluruh persekutuan dalam cara aman dan harmoni.

Berdasarkan kepada deklarasi ICCPR, kewujudan undang-undang atau perlembagaan yang meletakkan satu agama sebagai agama rasmi tidak berlawanan dengan deklarasi tersebut - namun isu yang sering dibangkitkan adalah; adakah dengan wujudnya agama rasmi iaitu Islam, akan menyebabkan wujudnya segregasi antara hak penganut Islam dan yang bukan Islam?

4. Hak ibu bapa/mahkamah syariah ke atas perkahwinan bawah umur

Dianggap sebagai salah satu masalah paling penting yang perlu diperbetulkan di negara kita, masyarakat antarabangsa melihat kewujudan sistem mahkamah syariah yang mempunyai kuasa dalam membenarkan perkahwinan bawah umur berlangsung, sebagai satu perkara yang tidak wajar.

Di negara kita, undang-undang sivil meletakkan larangan ke atas sebarang perkahwinan melibatkan individu di bawah usia 18 tahun.

Bagaimanapun, sistem syariah yang turut sama diamalkan membolehkan perkahwinan berlaku walaupun usia pengantin belum mencecah 16 tahun bagi perempuan asalkan mendapat kelulusan hakim mahkamah syariah, selepas pertimbangan diteliti dan diperiksa situasinya.

5. Pertukaran agama atas persetujuan satu pihak

Isu ini kerap menimbulkan kontroversi kerana selalunya melibatkan ibu bapa dan hubungan mereka dengan anak-anak yang belum berusia 18 tahun.

Setakat ini undang-undang negara kita masih membenarkan ibu atau bapa menukarkan agama anak mereka kepada Islam, tanpa perlu mendapatkan persetujuan secara bersama.

Perkara ini dikatakan tidak bersifat adil kerana gagal mengambil kira pandangan kedua-dua pihak yang hak, sama ada ibu atau bapa.

Situasi di negara kita dilihat agak kompleks berikutan undang-undang yang seringkali dikritik 'memenangkan Islam', di mana seorang ibu atau bapa sekiranya memeluk Islam; dibenarkan untuk menukarkan agama anak mereka turut sama Islam secara rasmi.

Pengkritik menyifatkan ketidak adilan berlaku kerana jika perkara sebaliknya pula berlaku, kes seperti itu tidak dinilai daripada perspektif serupa.

6. Paksaan amalan agama pada anak-anak

Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1995 dipersetujui oleh negara kita pada tahun 1995, namun sehingga ke hari ini desakan supaya kita bersetuju sepenuhnya dengan kandungan konvensyen tersebut terus didengari.

Ini kerana Malaysia dilihat masih bersikap tradisional, tidak membenarkan kanak-kanak memilih sendiri agama kepercayaan mereka secara bebas - tanpa campur tangan ibu bapa.

Berikutan beberapa pindaan yang diletakkan oleh kerajaan kita dalam memelihara kedudukan perlembagaan serta polisi negara sebagai usaha memelihara kedudukan Islam, tindakan ini dianggap bercanggah sepenuhnya dengan konvensyen yang sudah dipersetujui.

Jadi ibu bapa Malaysia sepatutnya tidak memaksa anak menuruti agama anutan mereka, sebaliknya hanya bertindak sebagai pendorong supaya anak mahu memeluk dan mewarisi agama ibu ayahnya.

7. Kebebasan untuk menyebarkan agama pada sesiapa saja


Berikutan daripada kewujudan artikel-artikel yang memberikan kebebasan beragama pada setiap individu - kebebasan untuk menyebarkan agama juga diletakkan sebagai satu hak yang tidak boleh dihalang di negara kita; sama ada melalui usaha meyakinkan orang lain tentang agama tertentu atau melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan tanpa ada perlindungan atau keistimewaan diletak pada mana-mana kategori agama.

Oleh sebab itulah undang-undang Malaysia yang menjadikan penyebaran agama lain kepada individu Muslim sebagai satu kesalahan, dikatakan perlu dimansuhkan.

Antara negeri yang dikritik agak ketat melaksanakan undang-undang ini adalah Selangor dan Terengganu.

Undang-undang jenayah syariah Akta 1997 juga mewartakan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan ajaran mereka kepada seorang Muslim, boleh didenda RM3,000 atau hukuman 2 tahun penjara.

Berikutan kewujudan syarat ini, negara kita terus menjadi sasaran kerana terus berkeras, tidak meletakkan kebebasan beragama dalam bentuk sama rata terhadap semua dengan banyak keistimewaan dan perlindungan diberikan pada penganut agama Islam, mewakili masyarakat Muslim.
Sumber: Ilumunasi


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mereka musuh-musuh Islam itu siapa? Kalau diperingkat antarabangsa, sudah jelas Yahudi Israel dan 'barua'nya Amerika Syarikat, yang kerjanya mengganggu keamanan dunia. Merekalah gengster, penyamun, perompak, pengganas, penjajah... tetapi mengaku 'polis dunia'.

Hampir setiap negara ada 'barua'nya. Di Malaysia siapa, parti DAP? Jawapannya Ya, kalau DAP juga menentang Islam menurut model Yahudi/Israel dan AS. Mereka mahu memaksa umat Islam supaya TIDAK melaksanakan ajaran dan perundangan Islam di negara umat Islam sendiri! 

4 comments:

Poor Indon said...

Seronok tengok Kaum Munafiq akhir Zaman PH meroyan kat sini

Anonymous said...

Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah benar. Orang-orang kafir dan puak munafiqun seperti puak liberal tidak pernah redha kepada Islam maka mereka berusaha dengan pelbagai tipu daya untuk memecah-belahkan dan menyesatkan umat Islam di negara kita.

Cukup-cukuplah Islam dan kita semua telah ditindas oleh puak kafir Harbi dan puak munafik liberal. Hanya orang bodoh sanggup memasukkan tangan ke dalam lubang ular DA-Pigs untuk dipatuk kali kedua.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
(Al-Baqarah 2:14)

Anonymous said...

Bersatu yang berterabur kah kah kah

Drama politik kembali lagi minggu ini. Daripada ‘pemecatan’ pemimpin Bersatu – termasuk pengerusinya yang mengasaskan parti berkenaan – sehingga angka 129 yang tular dan membawa semacam enigma kepada ramai.

Daya tarikannya tidak kurang meriah berbanding sinetron ditayang di kaca televisyen. Ia lengkap dengan unsur suspens dan komedi.

Dulu Bersatu kelilhatan kompak bersatu untuk menentang Najib Razak dan Umno. Kerana itu mereka bersama Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) dan membentuk pentadbiran baru.

Anonymous said...

RBA ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs cuba kencing orang ramai dengan membuat
pelbagai dakwaan karut konon 'Bersatu yang berterabur' dll.

Fakta pula menunjukkan parti Bersatu semakin kukuh dan kukuh apabila Bersatu berkerjasama dengan PAS dan UMNO dll membentuk kerajaan PN yang cenderung untuk mengutamakan dan menjaga kebajikan rakyat.

Dengan memecat duri dalam daging yang menjadi masalah besar kepada Bersatu selama ini, Bersatu menjadi semakin kukuh, kuat dan stabil berbanding dengan sebelum ini.

Maka impian pakatan kafir harbi-liberal untuk memerintah negara hancur berkecai kerana politik persepsi mereka telah gagal untuk menggulingkan kerajaan PN.

Maka hari ini kita melihat puak pakatan tersebut meroyan histeria kerana mereka telah hilang kuasa dan gagal berkuasa semula setelah mereka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll.

Mereka lupa bagaimana mereka telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam terutamanya hak kaum Melayu Islam dalam tempoh pendek mereka berkuasa. Kita boleh bayangkan apa akan berlaku jika mereka memerintah negara selama 5 tahun.

Inilah sindrom orang gila kuasa yang telah hilang kuasa dan gagal berkuasa semula dan merasa sangat kecewa yang melampau.

Jika perasaan sangat kecewa ini gagal dikawal, puak kafir hatbi-liberal ini mungkin akan mengidap penyakit mental.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails