Friday, May 29, 2020

Tak 'pulun', Elak 'rakyat cemuih'. Politik MB Kedah.

tumpang sekole...?: Kalu apa2 tak berlaku pada May 2020...
PH tumbang di Kedah kerana pergelutan dalaman


KUALA LUMPUR: Perubahan tampuk pemerintahan negeri Kedah bukan berlaku kerana kegelojohan atau kerakusan PAS atau rakan-rakan parti politik yang membentuk Perikatan Nasional, tetapi berpunca oleh pergelutan dalam Pakatan Harapan.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengakui bahawa perubahan di Kedah berlaku lewat berbanding Johor, Melaka dan Perak setelah terdahulu perkara sama ke atas Kerajaan Persekutuan, di mana diibaratkan beliau seperti buah durian.
“Durian tak luruh lagi, kan? Kalau kita pergi kait, mungkin tak boleh makan, tak masak, tak ada isi lagi. Jadi yang berlaku baru-baru ini ialah durian dah luruh. Jadi bila durian dah luruh, berlakulah proses ini (perubahan kerajaan).
“Orang pergi kutip, orang belah, orang perisi, orang buat serawa, orang makan. Ini proses-proses bila durian luruh. Kita ambil masa yang panjang, dua bulan beza dengan Johor. Johor yang mulakan, kita ambil masa yang panjang, tak mahu gopoh, tak mahu menimbulkan kerisauan, keresahan di kalangan rakyat.
“Saya yakin kalau kita terlalu pulun (kejar dalam politik, nak pejatuh orang, nak ambil kuasa, nak tukar kerajaan ini, rakyat akan cemuih (meluat). Saya nak elak rakyat cemuih. Dan kita nak didik rakyat, biarlah proses politik ini berlaku secara alami.
“Bukanlah kita direkayasa keterlaluan sehingga menyeret rakyat masuk dalam kancah ini. Rakyat boleh maintain menjalani kehidupan masing-masing, biar orang politik buat adjustment sikit-sikit walaupun lambat akhirnya jadi apa yang kita hendak,” jelasnya.
Beliau mengupas isu tersebut sebagai menjawab pertanyaan moderator dalam satu temubual eksklusif bersama MalaysiaGazette di sebuah hotel di Ibu Negara, di sini baru-baru ini.
Ad

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails