Monday, April 20, 2020

Hollywood, Bollywood Bersatu Menjajah Otak..

FILEM Hustlers terbitan STX Entertainment lakonan Jennifer Lopez yang pernah mencipta kejayaan.
FILEM Hustlers terbitan STX Entertainment lakonan Jennifer Lopez yang pernah mencipta kejayaan.
HALAMAN HIBURAN
Hollywood, Bollywood bersatu hasil 40 filem

KUALA LUMPUR: Gabungan dua syarikat, STX Entertainment dari Amerika Syarikat dan Eros International PLC berpangkalan di India menyatukan Hollywood dan Bollywood selepas industri perfileman global mengalami kemerosotan akibat serangan pandemik COVID-19.
Kini dikenali sebagai Eros STX Global Corporation, syarikat berkenaan disenarai dalam syarikat tersenarai awam dalam Bursa Saham New York.
Mengikut laporan Bloomberg, sasaran Eros STX mahu menerbit dan mengedarkan kandungan Bollywood dan Hollywood.
Selain filem dan siri televisyen, Eros STX menawarkan operasi penstriman menerusi Eros International yang memiliki 188 juta pengguna menerusi platform digital Eros Now. Ia termasuklah 26 juta pelanggan berbayar dengan lebih 12,000 hak milik digital dan 3,000 judul filem.
Pengasas Eros International, Kishore Lulla berkata, hubungan baik dan kepercayaan terhadap rakan kongsi dari STX, Robert Simonds akhirnya menjadikan penggabungan satu kenyataan. Apatah lagi, anak perempuannya pernah menjalani latihan industri bersama STX.
“Saya sentiasa percaya teknologi akan mengubah model studio kepada digital. Pada akhirnya, wabak COVID-19 menyatukan perjanjian antara kami.
“Dalam tempoh empat hingga enam minggu ini, jumlah masa yang dihabiskan pengguna platform digital melonjak antara 50 hingga 200 peratus, ” katanya yang memegang jawatan Eksekutif Pengerusi Bersama, Eros STX.
Gabungan berkenaan membolehkan dua syarikat bebas bersaing dengan syarikat perfileman besar yang kini menjadi trend di Hollywood. Ia menyebabkan syarikat kecil dan indie di Amerika Syarikat sukar bersaing.
Eros STX merancang menghasilkan 40 filem dan lebih 100 siri televisyen, tahun ini termasuk menyediakan kandungan saluran penstriman seperti Netflix, Hulu dan Amazon.
“Impian saya mahu menjadi penyedia kandungan premium terbesar dalam pasaran global seperti Amerika Syarikat, India dan China. Gabungan ini menjurus kepada tiga negara,” kata Simonds yang juga Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Eros STX.
Laporan Bloomberg mendedahkan, hanya dua filem terbitan STX, I Feel Preety lakonan Amy Schumers dan Hustlers dibintangi Jennifer Lopez mencipta kejayaan di layar perak sejak ditubuhkan pada 2014. STX mula menghadapi tekanan apabila menghasilkan filem berbajet pertengahan, beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagi ‘menyelamatkan’ syarikat, STX menyediakan kandungan program televisyen seperti menerbitkan program BET, E!, National Geographic dan Quibi, namun usaha itu juga kurang menjadi.
Eros STX kini berpangkalan di Isle of Man. Bagaimanapun, cawangan masih beroperasi di Mumbai, India dan Burbank, California. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk mengetahui bagaimana pengusaha-pengusaha industri hiburan menjajah pemikiran manusia se dunia, sila lihat artikel-artikel di bawah ini..

Lihat Sebelum ini..
 IH-122: Cuci Otak Yahudi..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..
Antara Kandungan:
Bab 1 
Bab 2
Bab 3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails