Thursday, April 23, 2020

Jom Bayar Zakat Fitrah Online..

Dr Zulkifli menunjuk portal Zakat Online selepas melancarkannya di Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Dr Zulkifli menunjuk portal Zakat Online selepas melancarkannya di Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
COVID-19: Bayar zakat fitrah dalam talian

KUALA LUMPUR: Kaedah bayaran dalam talian bagi zakat fitrah diperkenalkan untuk memudahkan proses pembayaran dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kaedah diperkenalkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu bertujuan meringankan beban umat Islam dan mengambil kira keadaan semasa.

Selain itu katanya, kaedah kutipan zakat fitrah secara tradisional diteruskan menerusi 919 amil dilantik dengan lokasinya tertakluk kepada PKP dan arahan kerajaan.

“Amil juga dibekalkan dengan QR Code SnapNPay bagi membolehkan transaksi tanpa tunai dibuat terus menerusi mereka, selain mereka digalakkan untuk mencari kaedah kreatif bagi menghebahkan QR code masing-masing.

“MAIWP kini sedang mempertimbang kaedah pembayaran secara pandu lalu di masjid tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Dapur Al-It'am, Zakat Online dan Bantuan Pengimarahan, Ihya Ramadan serta Kebersihan atau Keceriaan peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Sebelum ini, MAIWP mengumumkan dua kadar zakat fitrah tahun ini, iaitu RM5 atau RM7 seorang mengikut kemampuan pembayar zakat dengan ia dipersetujui Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan.

Info aplikasi pembayaran zakat fitrah dalam talian

- mobil SnapNPay
- e-Wallet Boost
- JomPay-portal PPZ fitrah.com.my
- laman sesawang ejen bank (14 bank)
- PayHalal
- Portal MyEG
- U-Mobile
- Pos Online
Muestras De La Mano Puño Del Sacador Aislado En Blanco Foto de ...
Terus gerakkan ekonomi segera, bangkit semula! Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails