Monday, April 20, 2020

22 Juta Penduduk AS Hilang Kerja, Dibimbangi Menuju 'kelaparan'..

Sukarelawan membagikan sekitar 10.000 sandwic yang disumbangkan untuk menolong orang yang memerlukan di jalan masuk Oakmont Bakery di Oakmont, Pittsburgh.
Sukarelawan membagikan sekitar 10.000 sandwic yang disumbangkan untuk menolong orang yang memerlukan di jalan masuk Oakmont Bakery di Oakmont, Pittsburgh.
COVID-19: Ramai keluarga di AS bergantung kepada bantuan makanan


NEW YORK: Keluarga di Amerika Syarikat (AS) yang terjejas akibat COVID-19, kini bergantung harap sepenuhnya kepada bank makanan untuk meneruskan hidup.
Kira-kira 22 juta penduduk Amerika Syarikat hilang pekerjaan selepas perintah berkurung dilaksanakan di negara itu
Ia menimbulkan kebimbangan mungkin akan lebih ramai rakyat AS yang berada dalam keadaan kelaparan dan berlakunya ‘tsunami’ permintaan bantuan makanan yang sukar dipenuhi.
Misalnya, pada Selasa lalu, lebih 1,000 kereta bersusun di pusat pengagihan makanan di Pennsylvania bagi mendapatkan bantuan makanan, direkodkan permintaan itu melonjak kepada 40 peratus pada bulan lalu.
Menurut Naib Presiden Komuniti Bank Makanan Greater Pittsburgh, Brian Gulish, lapan pusat bank makanan yang dikendalikan oleh mereka telah mengagihkan kira-kira 227 tan makanan.
“Ramai yang menggunakan perkhidmatan kami untuk pertama kali. Mereka ini tidak permah hadir ke bank makanan sebelum ini.
“Jadi mereka tidak tahu terdapat 350 pusat agihan di sini. Disebabkan itu, barisan yang beratur bagi mendapatkan bantuan makanan terlalu panjang,” katanya.
Antara kejadian paling dramatik berlaku di San Antonio, Texas, apabila 10,000 kereta hadir ke pusat bank makanan itu dengan sebahagian keluarga sanggup datang lebih awal, iaitu pada malam sebelumnya untuk duduk dan menunggu.
Menurut jurucakap rasmi bank makanan di AS, bekalan bahan mentah bagi sumbangan makanan meningkat naik kira-kira 30 peratus, antaranya membabitkan rangkaiannya di Akron, Ohio.
“Kami membangunkan rantian penyedia makanan sejak bertahun-tahun lalu bagi membantu mereka yang memerlukan.
“Bagaimanapun, untuk menyediakan lebih daripada 30 peratus permintaan sehari, ia agak mustahil,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Makanan Wilayah Akron-Canton. - AFP
AS Protes Kuarantin Penduduk di beberapa negeri Amerika Syarikat (AS) mengadakan tunjuk perasaan memprotes.. 3 hari lalu.

3 comments:

Faizal Rahman said...

Nampak macam negara maju, rupa2nya Amerika ni macam negara dunia ketiga sahaja.

Anonymous said...

Ya, betul..

Wizard said...

Tiap rakyat Amerika menerima usd1200. Tak perlu risau tentang America. Perlu risau negara kita sebab Amerika dan Cina are our largest trading partners.The day they stop buying our products the day we will have no food on the table.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails