Saturday, October 05, 2019

Tun M Akui Sukar Tunai Janji Manifesto PH.. Tun M Menipu Rakyat..


Hasil carian imej untuk lidah bercabang


KL: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kerajaan sukar menunaikan manifestonya termasuk janji untuk memansuhkan beberapa undang-undang yang drakonian atau keterlaluan.
Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak mudah dilaksana, apatah lagi dengan kedudukan kerajaan yang tidak mempunyai mandat dua pertiga di Dewan Rakyat, selain menyifatkan kerajaan diterajuinya kini menjadi mangsa kepada manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah (pada pilihan raya lalu), jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk dilaksanakan) dalam manifesto, supaya jika kami kalah, kerajaan (terdahulu) akan terperangkap.
“Tetapi sekarang kami sudah menjadi kerajaan, kami jadi mangsa kepada manifesto kami sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA di sini, hari ini.
Dr Mahathir juga akui kerajaan berdepan kekangan tertentu untuk memenuhi setiap janjinya dan ini berbeza keadaannya dengan menabur janji kepada rakyat, yang ternyata lebih mudah.
Katanya, gesaan berterusan daripada rakyat dan pelbagai pihak yang mahu kerajaan memansuhkan undang-undang tertentu, ada kalanya sukar dikotakan, biarpun PH sudah menerajui kerajaan pusat.
“Rakyat tidak sabar, mereka mahu undang-undang ini dimansuhkan segera. Itu tak mungkin dapat dilakukan. Hari ini kami dikritik kerana tidak mengotakan janji.
“Memang mudah membuat janji ketika pilihan raya, tetapi tidak mudah mahu tunaikan bila sudah menang pilihanraya,” katanya.
Dalam manifesto pilihan raya lalu, PH memberi komitmen untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948; Akta Pencegahan Jenayah 1959; Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU); Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Majlis Keselamatan Negara 2014.
PH juga berjanji memansuhkan beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Kesalahan Keselamatan, Akta Perhimpunan Aman 2012 serta Akta Pencegahan Keganasan 2015.
Mengulas mengenai demonstrasi berterusan di Hong Kong, Dr Mahathir berpandangan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam, seharusnya meletakkan jawatan bagi mengelak keadaan lebih runcing di wilayah berkenaan.
“Hakikatnya dia (Lam) kini dalam dilema, dia perlu patuh kepada tuan dan pada masa sama bertanya nuraninya, nuraninya berkata rakyat Hong Kong di pihak yang betul dalam menolak undang-undang. Tetapi dia tahu akibat menolak undang-undang.
“Ia pernah terjadi dalam peristiwa Tiananmen di China. Rakyat yang berdemonstrasi ada pertalian keluarga dengan askar di kawasan itu. Apa yang mereka buat, bawa askar dari kawasan lain dan ambil tindakan keras untuk menamatkan demonstrasi.
“Saya rasa akhirnya itulah akan dilakukan China tetapi bagi pentadbir, saya rasa jalan terbaik ialah letak jawatan,” katanya.
 PRESIDEN CUEPACS, Datuk Azih Muda, ketika sidang media berkenaan Bajet untuk penjawat awam 2020, Penggabungan universiti awam Unisza dan Universiti Malaysia Terengganu, serta Penutupan institut latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Wisma CUEPACS, Jalan Yew, Pudu, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Sementara itu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyokong langkah kerajaan memberikan insentif kepada kakitangan awam yang mendedahkan salah laku dan penyelewengan, namun tidak bersetuju mereka diberikan insentif tunai sehingga RM30,000.
Sebaliknya, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda mencadangkan supaya kakitangan itu dihargai dengan diberikan kenaikan gaji kerana ia lebih menjamin kedudukan kewangannya berbanding insentif tunai. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah (pada pilihan raya lalu), jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk dilaksanakan) dalam manifesto, supaya jika kami kalah, kerajaan (terdahulu) akan terperangkap." Kata Tun M menipu rakyat dan pengundi PRU 14 lalu.
Lihat Sebelum Ini..

2 comments:

Anonymous said...

Depa ni biawak ker? Hidup asyik menipu jer

Anonymous said...

Bila banyak makan minum produk non muslim yg menyamar muslim, macam ni lah jadinya. Produk nya membohong, muslim ph pun sentiasa berbohong. Makanan bohong sebati dengan darah daging, kata kata yang diucapkan tiada yang benar melainkan bohong belaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails