Presidennya, Mohideen Abdul Kader hari ini berkata, satu kajian yang mereka jalani mendapati terdapat 1,000 pelajar di Pulau Pinang sejak kebelakangan ini terlibat dalam tabiat ini dan ini membimbangkan.
"Kami mendapati bahawa anak muda berkenaan membentuk kumpulan antara enam hingga 10 lelaki dan perempuan, menamakan diri mereka mengikut jenama e-cecair itu (digunakan untuk vape dan e-rokok) dan mereka akan berkumpul di pusat membeli-belah berhampiran sekolah untuk mengutip wang mingguan bagi membeli e-cecair itu," katanya pada persidangan akhbar di sini.
Beliau juga berkata, e-cecair itu yang paling murah berharga RM45 dan anak muda berkenaan sanggup membayar hingga melebihi RM100 bagi nilai e-cecair itu untuk mendapatkan jumlah yang lebih banyak, perisa yang unik atau mengeluarkan lebih asap.
"Mengikut perkembangan vape kebangsaan pada 2015, dipercayai terdapat 1 juta penghisap vape di Malaysia dan kira-kira 10 peratus adalah anak muda," katanya. - Bernama


Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..