Monday, September 30, 2019

Juara Terbuka Skuasy M'sia Berpakaian Terbuka (Telanjang)


SUKAN

PEMAIN skuasy kebangsaan, Rachel Arnold membuktikan dirinya berada pada kelas tersendiri apabila terus melakar kejutan dengan menjuarai Terbuka Malaysia, hari ini.
Pada aksi final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu menundukkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Low Wee Wern 11-7, 11-13, 10-12, 11-8, 11-5.
Dalam pertarungan selama sejam, dua sandaran negara itu mempamerkan aksi sengit sehingga membawa kepada set penentuan.
Rachel mengakui agak beremosi berikutan kejohanan itu kejayaan terbesar diperoleh dirinya setakat ini.
“Selepas menewaskan pilihan pertama (Rowan Elaraby dari Mesir) semalam, saya bertekad untuk terus fokus pada aksi final ini.
“Berbekalkan sokongan penyokong dan keluarga, saya berjaya menyerap segala tekanan dan tentangan sengit Wee Wern sekali gus muncul juara edisi kali ini,” katanya ketika ditemui Arena Metro.
Turut berkenan hadir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Semalam, pemain berusia 23 tahun itu mara selepas menundukkan Rowan yang juga bekas juara remaja dunia dalam pertarungan empat set 11-4, 11-7, 9-11, 11-7.
Untuk rekod, Rachel yang menghuni ranking ke-46 dunia tewas kepada Wee Wern 6-11, 11-7, 9-11, 3-11 dalam pertembungan di Kejohanan Skuasy Kebangsaan, Julai lalu.
Dalam pada itu, pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow turut muncul juara selepas menundukkan Nicholas Muller dari Switzerland 11-7, 12-14, 11-9, 11-5.
Kategori lelaki menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$30,000 (RM125,403) dan AS$20,000 (RM83,602) untuk kategori wanita. (MyMetro)  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rachel juara terbuka negara umat Islam Malaysia berpakaian terbuka, yakni berpakaian tetapi telanjang.

Dalil berpakaian terbuka itu adalah pakaian telanjang;

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:

"Ada dua golongan ahli neraka yang belumku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berlenggang lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga itu dapat tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini"
(Sahih Muslim, bab jahanam dari kitab A;aadzal laahu minhaa 17:190)

Dalam hadis lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda:

"Diantara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah akan munculnya pakaian-pakaian wanita dan bila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang"

Di dalam riwayat Al-Hakim, dengan susunan demikian :
"Pada angkatan belakangan umat ini akan ada orang-orang yang naik keenderaan yang empuk hingga datang ke depan pintu masjid mereka dan wanita mereka berpakaian seperti telanjang"
(Dikuatkan hujah oleh muslim tetapi didaifkan oleh Abu Dawud dan An-Nasa-i.)

Oleh itu tidak selayaknya sebuah kerajaan umat Islam seperti Malaysia dipimpin oleh parti PH, yang pemimpin tertingginya mengaku beragama Islam, tiba-tiba wakil atlet sukannya berpakaian tetapi telanjang. Yakni berpakaian terbuka yang bertentangan dengan agama negara itu sendiri walau pun individu tersebut masih belum menganut Islam lagi. Na'auzubillahi minzalik.

Ikutlah sukan patuh syariat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails