Friday, October 04, 2019

Air Berbau: Air S'gor Rekod 94 Kes Aduan Baharu

Air Selangor
Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor). - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merekodkan 94 kes baharu aduan air berbau, menjadikan jumlah keseluruhan terkini mencecah 1,046 kes aduan pengguna  dilaporkan sejak 29 September lepas.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan petang ini berkata penambahan kes aduan itu direkodkan sejak 10 pagi tadi.

"Siasatan telah dijalankan terhadap kesemua aduan yang diterima. Hasil ujian pensampelan kualiti air, bekalan air disahkan selamat digunakan dan mematuhi piawaian kualiti air Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Selain itu, katanya, Air Selangor telah memeriksa dan mencuci 14 kolam perkhidmatan dan sistem agihan di 28 kawasan terlibat.

Dalam masa yang sama, aktiviti pencucian kolam perkhidmatan dan sistem agihan di kawasan aduan akan diteruskan sehingga tiada lagi kes dan aduan air berbau dikesan.

Air Selangor memohon maaf berhubung perkara itu dan menasihati pelanggan menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919/019-2816793 sekiranya mengalami masalah bekalan air berbau. - Bernama


Lihat Sebelum Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails