Saturday, May 04, 2019

Pondan Mengajar Kanak-kanak Di KEMAS?

Transgender dilarang mengajar di Kemas - Rina Harun
Rina Harun berkata, kerajaan amat teliti dalam proses pengambilan guru Kemas. - Gambar fail

Transgender dilarang mengajar di Kemas - Rina Harun


KERAJAAN tidak akan membenarkan pengambilan tenaga pengajar yang terdiri daripada golongan transgender di Taman Asuhan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas).

Ketetapan itu dibuat bagi memastikan kanak-kanak tidak terkeliru dengan status guru yang mengajar mereka, 

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, kementerian amat teliti dalam proses pengambilan guru Kemas.


Pengambilan guru Kemas, jelas beliau, amat ketat sehingga setiap pemohon perlu lulus ujian psikometrik selain lulus dalam beberapa ujian lain.

“Setakat ini, tidak ada. Transgender ini kadang-kadang kita tak tahu bahawa dia adalah transgender. Kalau tengok dokumen, namanya mungkin Ali bin Mohamad, tapi yang datang (temuduga) ala-ala Anita.

“Ini budak-budak kecil, nanti budak-budak keliru,” kata Rina seperti dilaporkan portal berita Utusan Online pada Jumaat.

Rina berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) di Institut Kemajuan Desa (Infra) Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin.

Pada majlis itu, seramai 198 pelatih menerima sijil SPAK masing-masing dan 18 daripadanya merupakan pelatih lelaki. (AA)

1 comment:

Anonymous said...

Menghantar kanak2 kecil ketadika2 cina adalah lebih merbahaya! Ianya boleh mendoktrinkan pemikiran mereka jauh dari ajaran Islam, percayalah! Mereka seperti kain puteh ibubapa yang mencorakkannya untuk menjadi liberal, LBGT, anti Islam dsb.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails