Monday, April 29, 2019

'Kami sembang ja...' Kata Yang Ditahan Tanpa Se Urat Benang Di Bawah Selimut Itu..



“MANA ada buat apa...kami sembang-sembang ja,” itu antara alasan diberikan seorang lelaki Myanmar yang ditahan bersama pelacur di sebuah rumah tumpangan di Bukit Mertajam, semalam.
Alasan diberikan itu langsung tidak logik kerana kedua-duanya ditahan tanpa seurat benang, namun kerana mahu membuktikan dia tidak bersalah lelaki Myanmar itu mengatakan dia tidak berbuat apa-apa bersama pelacur terbabit.
Bagaimanapun, lelaki berkenan akhirnya mengaku yang dia sebenarnya baru mahu melakukan hubungan seks dengan pelacur terbabit dan membayar RM40 untuk perkhidmatan disediakan.

Dalam Op Bersepadu dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Tengah (SPT) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang itu, seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama 20 pelacur terdiri daripada wanita dan mak nyah ditahan.
Operasi pada 2 petang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPDSPT, Deputi Superintendan Mohd Hazazi Othman selepas mendapat aduan orang ramai berhubung kegiatan pelacuran dilanggan pekerja asing dan dilihat semakin berleluasa di kawasan terbabit.
Dalam operasi terbabit, seorang mak nyah turut membuat pengakuan yang dia sudah melakukan pembedahan menukar jantina dengan kos mencecah RM14,000 sejak empat tahun lalu.
Mak nyah berusia 20-an itu berkata, dia menjual tubuh semata-mata mahu mengumpul wang untuk menampung kos pembedahan menukar jantina yang dilakukannya di negara jiran.
“Saya bekerja keras untuk mencari wang bagi melakukan pembedahan menukar jantina semata-mata untuk kepuasan sendiri dan mahu dilihat sebagai wanita tulen.
“Selain itu, pelanggan lebih menyukai saya dan mereka langsung tidak mengetahui yang saya sebenarnya adalah lelaki,” katanya.
Difahamkan, golongan pelacur dan mak nyah di kawasan terbabit mengenakan caj serendah RM30 untuk pelanggan terdiri daripada pekerja warga asing yang ingin mendapatkan khidmat seks mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam operasi itu pihaknya merampas peralatan seperti losyen, tuala, tisu dan kondom yang dipercayai digunakan ketika melakukan hubungan seks.
Menurutnya, pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan, Bangladesh, Myanmar dan Nepal turut ditahan dalam serbuan itu. (HMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, Malaysia tanah airku negara berperlembagaan Islam kononnya!

4 comments:

Anonymous said...

Future pm dari negara anta berantah akan promosi aktiviti ini, yg memang sangat kesukaannya. Maka rakyat jelata pun akan ramai jadi penyokong setia kerana ada peluang tumpang sekaki. Dulu suka bersongkok, tapi akhir akhir ni, identiti tu dah padam semata mata supaya selaras dengan hobi sejak dulu lagi.

Anonymous said...

Tak faham aku orang ph ni. Aktvt pelacuran pun nak dibela. Setiap kali didedah tiap kali tu sumpah seranah. Entah2 lgbt kot korang ni kan? Lgbt kan memang pembela seks bebas

Anonymous said...

Sekarang ni ramai yg bukan melayu guna nama melayu utk bantai parti pembangkang yg sedang bergabung. Siapa tahu apa motifnya?
Kalau ikut pandapat aku, utk tunjuk ramai melayu tak sokong gabungan. Itu satu lagi fitnah yg ditujukan kpd melayu supaya melayu terus berpecah.
Rasanya cukuplah perpecahan yg telah berlaku. Melayu yg sokong kerajaan biarlah malar bilangannya. Yang lain terus bersama dengan Islam dan raja raja melayu,basmi maksiat, lgbt dan liberal. Muah muaah

Anonymous said...

Betul tu 9.08. realitinya ph dah teramat kurang sokongan melayu. Memang la segelintir ada yg masih sokong itu biasa. Sama la masa zaman si kitul dulu. Sikit2 sure ada. Especially yg ada kepentingan...yg lain ada la sikit2 macam lgbt, wahabbi, dan segelintir jenis melayu ego rasa diri tu konon cam moden pandai sangat sampai tak 'layak' jadi melayu. Memang ada segelintir melayu jenis cenggitu. That's normal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails