Tuesday, April 30, 2019

300 NGO Adakan Himpunan 4 Mei Ini.. -UMMAH

MGF01032019_HIMPUNAN-AMAN-ANCAMAN-ISLAM_21-681x454
KUALA LUMPUR – Sebuah himpunan yang akan menggabungkan 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan pada 4 Mei ini di Masjid Jamek di ibu negara.
Himpunan tersebut yang dipanggil Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam akan berarak dari masjid berkenaan hingga ke pusat beli belah Sogo.
Timbalan Pengerusi, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan yang akan diadakan itu bakal menyentuh isu ancaman kepada kedaulatan negara yang meliputi Statut Rom, isu arwah Adib, isu Bahasa Kebangsaan, dan isu-isu lain yang berkaitan.
Menurutnya, seramai 10 orang wakil NGO dan beberapa tokoh ahli politik yang akan hadir berucap.
“Himpunan tersebut akan bermula selepas solat Zohor dan kemudian berarak ke Sogo di mana pentas disediakan di situ bagi pimpinan NGO dan parti politik yang hadir untuk memberikan ucapan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia serta mana-mana pihak yang mengambil berat tentang isu tersebut untuk turut hadir bersama bagi menyatakan sokongan dalam himpunan yang bakal diadakan itu. – MalaysiaGazette

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails