Thursday, May 02, 2019

K-Pop Menjerumus Generasi Muda, Tolak Cadangan Menteri Belia..

Imej yang berkaitan

HALAMAN HIBURAN
BANGI, 25 Syaaban 1440H, Rabu – Kerajaan perlu memikirkan strategi dan perancangan yang berkesan bagi mempromosikan kehebatan serta keunikan negara, sama ada daripada aspek kebudayaan mahupun kesenian bagi meningkatkan keberangsangan sektor pelancongan.
Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abd Hamid berkata, adalah sesuatu yang menguntungkan negara sekiranya pihak kerajaan terus-menerus mempromosikan industri seni dan budaya negara kita yang mempunyai keunikan berbilang kaum.
Menolak keras cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, beliau menegaskan, hiburan seperti itu hanya akan menerapkan budaya hedonisme dan menjadi agen penghakis amalan tradisi negara kita.
Ia juga katanya, menjerumus generasi muda ke arah norma-norma kehidupan yang bertentangan dengan agama dan budaya.
“Malah hiburan yang melampau ini juga turut menyebabkan masalah sosial dan keruntuhan akhlak generasi muda semakin teruk. Persoalannya, mengapa kita perlu mengangkat budaya muzik dari negara luar berbanding industri seni dan budaya tempatan tanah air kita sendiri sempena TMM2020?
“Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk mempertingkatkan promosi industri kreatif negara yang unik dan pelbagai di persada dunia bagi menarik pelancong ke negara kita?”
“Besar harapan saya sekiranya kerajaan terus memastikan budaya dan seni warisan masyarakat tempatan berbilang kaum terus dipelihara dan dikembangkan lagi dengan pelbagai pengiktirafan dan anugerah sehingga di peringkat tertinggi seperti Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan dipromosikan di persada dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Syed Saddiq menjelaskan kehadiran kumpulan muzik luar negara ke Malaysia adalah sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara.
Malah, beliau berkata, pihaknya komited menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia (PMS) sebagai hub industri hiburan yang bakal memberi pulangan kepada negara.(ismaweb.net)
Hasil carian imej untuk k-pop

4 comments:

Anonymous said...

Siapakah yang menentang, menghina , menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam?

http://theunspinners.blogspot.com/2019/05/mahathir-punca-islam-di-hina-di-bumi.html?m=1

Anonymous said...

Kita sibuk memperjuangkan Islam dan hak umat Islam tetapi malangnya seorang 'syed' sanggup membelanjakan berjuta ringgit untuk membawa masuk hiburan hedonistik k-pop untuk memusnahkan akhlak remaja Islam.

Nama sahaja 'syed' tetapi tidak menghayati perjuangan Rasulullah S. A. W. menegakkan agama Islam dan membela hak Islam. Eloklah buang nama 'syed' itu dari nama dalam kp sebab mentaliti, sikap dan gelagat yang tidak bermoral.

Kita yang mempunyai pertalian darah dengan Rasulullah S. A. W. pun merasa malu melihat perangai seorang syed yang tidak bernoral.

Anonymous said...

Ada orang islam yg suka k-pop tapi sikit sangat kut. Yg majority suka ni ialah party yg sekufu dengan yb syed. Jd yb syed terpaksa memenuhi citarasa group politiknya. Pada masa yg sama yb ni mempromosi dan mengajak seluruh rakyat malaysia menyertai gerakan maksiatnya melalui budaya yg gila gila dan penuh tidak bermoral. Maknanya yg baik akan lambat laun jadi seragam dengan yb dari sudut aqidah budaya. Tapi masalahnya bukan semua rakyat malaysia yg suka budaya k-pop, ramai yg suka budaya tempatan. Dan itu yg patut diutamakan. Majoriti islam tak gemar, tp yb syed lebih melayan golongan minoriti.

Anonymous said...

1982

》Mahathir mengatakan politik suku dan agama suku...

Mahathir telah di tegur oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan di minta menarik balik kenyataan serta memohon maaf...

》"Kita tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad SAW"...

"Jika tidak Nabi Muhammad SAW, orang lain akan di utuskan untuk menyampaikan agama Islam"...

"Oleh itu tidak perlulah kita mengagung2kan Nabi Muhammad SAW"...

"Memadailah dengan bersyukur kepada Allah SWT sahaja..."

》"Hukum hudud tiada didalam Quran, ia hanya ciptaan manusia"...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails