Saturday, May 04, 2019

Tak Masuk Akal Tanam Padi Waktu Malam - Petani



BATU RAKIT - Pesawah menyifatkan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan penanaman padi pada waktu malam sebagai satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan di sini.

Pesawah, Mamat Engah, 67, berkata, sudah menjadi kebiasaan pesawah mengusahakan tanaman itu pada waktu siang dan berehat pada waktu malam selepas seharian bekerja.
"Cadangan menanam padi pada waktu malam juga akan menambah kos kerana kami perlu memasang lampu.


“Selain itu, kami juga terdedah bahaya kerana pada waktu malam ular dan haiwan berbisa lain keluar dari sarang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bapa sembilan anak dari Padang Maras itu berkata, secara tradisinya tanaman padi di tanam sekali setahun di kawasan itu walaupun menghadapi masalah sistem pengairan.
“Jadi saya lihat cadangan tanam padi waktu malam tidak sesuai di sini walaupun masalah pengairan diatasi. Kos akan meningkat dan kami tidak mampu menampung kos tambahan,” katanya
Seorang lagi pesawah, Mohamad Rani, 46, berkata, mereka sudah lama bekerja di bawah panas terik matahari dan tidak menjadi masalah untuk meneruskan tradisi nenek moyang mereka itu.
"Mana boleh tanam padi waktu malam. Waktu malam tidak sesuai berada di sawah. Cadangan ini mustahil dan agak tidak masuk akal,” katanya yang mengusahakan tanaman padi lebih 10 tahun lalu.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bakal memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam dalam usaha membantu meringankan kerja rakyat.
Pengerusi PH itu berkata, inisiatif itu juga sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing. (SH)

8 comments:

Anonymous said...

Setiap hari, saat dan ketika ko MEMFITNAH kerajaan PH tu bermoral dan beretika sangat ke? Sbb tu itulah bahasa yg paling sesuai bagi PEMAKAN BANGKAI di blog BANGKAI nih!

Anonymous said...

Pelik jugak. PH ada moral kah?

Anonymous said...

Jika dia (sultan Johor) telah membayarnya, kita perlu membeli semula. Jika belum bayar, kita tidak perlu beli semula. Itu tanah kerajaan.

Contoh bahasa Pm mahathir bila membahasakan sultan johor- guna bahasa 'dia'. Patutlah ngam dlm ph.

Anonymous said...

Siapa tau Sejarah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang? Kat negeri mana peristiwa tu berlaku? Mengapa Laksamana Bentan mengamuk sekampung dan menderhaka kepada raja? PH elok suh Semua stesen TV mainkan filem arahan dan lakonan Tan Sri P Ramlee tu bagi tontonan yang buta sejarah

Mahathir yg hapus subjek sejarah di sekolah satu masa dulu, hari ni dia dapat hasil nya, rakyat nya buta sejarah

Anonymous said...

Mahathir adalah bahan sejarah. Sejarah berulang dalam versi baru. Dulu maha firaun sekarang maha telunjuk. Maksudnya taring dah gugur, ikut telunjuk abang besar. Kesannya sama, merapatkan saf melayu separas bumi. Dlm ertikata lain meruntuhkan jati diri orang melayu dan bantu menongkat bangsa abang sulung.
Bak kata orang politiknya palsu, kepentingannya adalah keuntungan peribadi. Bilakah masanya mahathir mengangkat bangsa melayu dan islam. Tiada dalam kamusnya, lantaran caciannya kepada ulamak dan raja2. Longlai pada telunjuk abang sulung bila taring tinggal gusi, bisanya udah tawar hanya air liur yang lagaknya bisa yang membunuh. Sampah2 yg melompat parti adalah sumber kekuatan peribadi, sedangkan pengangkat pelompat sudah mengundurkan diri lantaran janji dikhianati. Tidak perlu edah menanti suami baru, kerana pengkhianatan sangat kejam dalam budaya perebutan politik. Siapa perlu kepada khianat kerana khianat berlaku pada pemungkir janji.

Anonymous said...

Good move Tun.

Anonymous said...

Atuk Kerala hanyalah boneka kepada abang besar kafir harbi roket yang memusuhi Islam dan umat Islam.

Lihatlah bagaimana setia seekor anjing pada tuannya. Disuruh jilat, ia jilat. Disuruh bergolek, ja bergolek. Disuruh angkat dua kaki depan, ia akan angkat tanpa bantahan.

Malangnya anjing makan tulang, tuannya makan daging. Dan barua-barua roket makan dedak cap roket, tak cukul vitamin menulis komen merapu dan merepek.

Anonymous said...

Kebiadaban keterlaluan bila melibatkan majlis raja2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails