Thursday, May 02, 2019

'Sandev Sandev'' Rupanya, Ugut Pukul Mufti Perlis.



MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat laporan polis selepas menerima ugutan berbaur ancaman yang membahayakan dirinya di Facebook (FB) semalam.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, laporan itu dibuat oleh Mohd Asri sendiri pada jam 6.30 petang di sebuah balai polis di daerah Padang Besar.
Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh Mohd Asri demi keselamatan diri dan keluarganya daripada sebarang perkara yang di luar jangkaan.

“Kita terima laporan itu dan menurut keterangan, beliau menerima satu mesej daripada sebuah akaun di FB bernama ‘Sandev Sandev’ milik seorang lelaki pada jam 6 petang yang mengancam untuk memukulnya.
“Pada mesej itu, lelaki berkenaan meminta Mohd Asri memberikan alamat rumahnya bagi membolehkan suspek datang dan memukul Mohd Asri sehingga parah.
“Suspek juga memberikan nombor telefon bimbitnya bagi membolehkan Mohd Asri menghubunginya secara terus di samping bertujuan memudahkan suspek memukulnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Noor Mushar berkata, pihaknya sudah mendapatkan keterangan Mohd Asri dan menyimpan bukti yang jelas menunjukkan terdapat ancaman berkenaan di FB.
“Malah kita juga sudah mengesan suspek lelaki yang berusia 36 tahun dan kini menetap di sebuah alamat di Pintasan Pengkalan 4 Wels Quay, Pulau Pinang.
“Jadi kita akan menahan suspek dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung ancaman pukul yang dilakukan olehnya terhadap Mohd Asri,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (HMetro)



1 comment:

Anonymous said...

mesti ada seseorang yang berkuasa di belakang malaon sandev the sucker ni... jangan terkejut kalau lepas ni tiba-tiba ada suara ghaib yang menafikan semua ni malah akan menyalahkan SS Mufti Perlis ni. So.. bottom line is ... siapa yang sebenar pengganas agama ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails