Serbuan kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu dijalankan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) hasil risikan dan maklumat berhubung kegiatan premis hiburan yang menggaji khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing.
Penolong Pengarah Jabatan Imigresen WPKL, Mohd. Sharulnizam Ismail berkata, kesemua GRO yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu terdiri daripada 175 warga Thailand, lima Laos dan empat Vietnam.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjadi GRO di pusat hiburan terbabit.
“Dalam serbuan itu, kita turut menahan enam lelak iaitu tiga warga Bangladesh disyaki pekerja serta tiga lelaki tempatan.
“Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada tiga lelaki tempatan adalah pengurus pusat hiburan, manakala seorang lagi ditahan kerana mengganggu pihak berkuasa melaksanakan tugas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, menurut Mohd Sharulnizam berkata, kesemua warga asing yang ditahan akan disiasat mengikut Peraturan 38(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas.
Katanya, pengurus atau majikan akan disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi durjana pusat hiburan atau kelab malam, kerajaan PH tidak peka tapi pekak!